Archive for April, 2009

h1

pembina dan pemusnah

29, April 2009

3 tahun bukan lah masa yg panjang. walau dapat dibangunkan sebuah organisasi yg seperti nampak kemas dan teguh, tetapi jika hanya luarannya sahaja yg cantik  apolah gunanya. susah nak dinilaikan sumbangan sebenarnya untuk masa yg singkat itu. buat lakaran lukisan diluar, didalam rompong.

apa lah  yg nak dibanggakan jika selepas itu apa yg dibangunkan retak dan berantakan.

pelik dan musykil betul lah tenguk orang yg asyik melompat2 dari satu syarikat ke satu syarikat…. 3 tahun sana 3 tahun sini..

tapi kalau pulus yg menjadi pemangkinnya, wa pun tak boleh nak kata apa lah… bak kata almugal di pejabat tu kepada pak arab rakan sekerja, ‘ i come here from pakistan to get money ya shaikh, not to get married with the company’. dan pak arab itu pun ada gayanya akan meninggalkan syarikat ini juga. seperti berkomplot lah mereka untuk mengikuti jejak langkah mudir yg telah pun berhijrah kesyarikat lain walaupun masih tidak diwar2kan ke seentero dunia. akhirnya tinggal rangka lah.. baik betul lah begitu kan. !

musykilla…musykilla…

karbannnn !

h1

membunuh kesepian

26, April 2009

kebiasaan yg lazim itu menjadikan hari2 seperti rutin melulu. bangun pagi minum air jarang secawan. sebelum kesungai, singgah dulu didapur untuk menanak air. selepas solat suboh, ambik alquran, tafsir ibnu kathir dan muntakab al hadith lalu duduk di sofa. buka siaran peace tv semuga peace hidup hari ini. baca quran barang semuka, tafsir ayat2 lazim juz amma dan sehelai dua dari muntakab al hadis. ketika itu cerek air mengeluarkan bunyi menandakan telah mendidih.  rendam telur dua biji buat sarapan nanti dan air selebihnya simpan ditermos. 

sementara itu makan pisang sebiji dan minum apa2 jus buah2an yg ada dipetisejuk untuk melapik perut.

duduk lagi mengadap tv dan menjenguk berita2 online diinternet.

jam menunjukkan pukul 6:00 pagi. masa untuk mengerak2kan kaki  dan mengalirkan peluh. muga lemak2 berlebihan dapat dibakar dan dinyahkan.seluar sukan dan t-shirt disarung serta dengan sweater ber’hood’. muga cepat keluarnya peluh di suasana panas kering ketika ini.

untuk mempelbagaikan kerja dalam satu masa, tasbih dibawa sekali, semuga hati ini dapat dididik mengingatkan tuhan, solawat untuk nabi dan istighfar. walaupun hajat dihati hendak berlari, apakan daya tak sampai dek kaki. hanya berjalan sahaja yg terlarat dibuat. mungkin selepas lebihan bagasi telah berjaya digugurkan, hajat berlari dapat ditunaikan. muga234567…

entah berapa kali pusingan bak tawaf di atas bumbung itu dibuat….tidak pula dikira..tetapi setelah nafas tercungap2 maka itulah penanda supaya aktiviti itu dihentikan…

selepas itu sarapan dengan apa yg ada sambil beralih2 saluran dari CNN ke BBC ke RT ke AlJazeera ke CCTV9 ke Press TV ke Euronews ke Dawn News ke NDTV Arabia ke France24 ke KBS ke NHK atau ke Arirang…aduh..

begitu lah rutin pagi.

semenjak dua menjak ini, cubaan untuk berkawan dengan burung2 tidak lagi menampak kan akan berbuah hasilnya. tetapi selepas solat jumaat yg lepas, makanan burung telah dibeli bila kesempatan ke hyperpanda diperolehi. kalau dulu, hampir setiap kali selepas solat jumaat kami akan singgah di hyperpanda tetapi tidak lagi semenjak dua menjak ni. begitupun adalah dekat setahun agaknya tak berkunjung kesana. tup2 tukang bawa kereta mengistiharkan akan ke hyperpanda pula. bak pucuk dicita ulam mendatang lah kiranya tu…lama jugak dah teringin kesana, sebabnya ada kedai haiwan peliharaan di situ yg tentu nya ada jual makanan burung, ya tak ? bukannya apa, tapi bila timbul hajat berkawan dengan burung tu, baki2 roti-tak-jadi yg disimpan entah dah berapa lama, telah dijadikan sajian untuk burung di batu2 diluar itu. tetapi mungkin sebab keras agaknya, tidak lah berjaya menarik burung2 untuk datang menjamah. walaupun diletakkan juga bekas berisi air tidak juga berhasil nampaknya. jadi dengan adanya makanan burung yg hampir asli ini, mungkin niat suci dihati hamba ini akan tercapai juga akhirnya. pagi tadi, selepas senaman2 yg serba sedikit itu, semua baki2 roti-tak-jadi yg keras kematu itu telah ditukar dengan makanan burung. muga2 sudilah si burung2 terbang pagi singgah untuk sarapan dan minum pagi disitu..kita tunggu dan lihatlah nanti ya..

duduk dibumbung ini memang kesunyian. tetapi agak terhibur juga bila ada siulan burung dipagi dan petang hari. selalu mereka singgah ditingkap dan bersiul dengan bunyinya yg sangat dekat sekali rasanya. itulah timbulnya hajat nak berkawan dengan burung2 tu. ada orang kata, jika dibuat tempat mandian burung, tentu mereka akan singgah mandi-manda disitu. mungkin boleh dicuba jika terjumpa nanti, cumanya dikawasan yg panas terik dan kering ini, air akan cepat hilang mengwap.  tak sempat  nak mandi lagi kolam dah kering. bercakap pasal kolam, teringat pulak kepada kolam renang dihujung sana yg masih kering kontang tanpa air. kalau kering dimusim dingin yg baru lalu boleh lah diterima akal. tetapi bila dah masuk musim panas pun belum berisi air lagi nih, apa cerita ni beb ? Ohh ya,…pak aziz ada beritahu tuhari supaya disediakan surat dengan ditandatangani oleh penyewa2 yg sewaktu, memohon untuk disediakan kolam itu untuk aktiviti renang dan serahkan pada dia. dia nantinya akan memanjangkan surat itu kepada tuan punya bangunan agar diberi perhatian pada kebajikan para penyewa. aparaaa….nak  praktis kuang lentang pun nak tulis surat ker ?

 

dan petangnya, balik kerumah dikala hampir maghrib. burung2 pun dah takde kelihatan. kadang2 air dah tinggal separuh. mungkin diminum burung atau disejat dek kepanasan cuaca, tak tahu lah.

oh yaa… sempena hari bumi, beberapa tumbuhan hijau telah berjaya dimasukkan kedalam pasu dan diletak ditepi rumah. pokok2 tu di beli selepas kepasar mencari udang dan sotong. puas tawar menawar dengan bai sab tu. berkeras dia tak mau bagi kurang. ‘kamsah sitten’ katanya.  setelah beberapa kali kata ‘kullu sitten riyal, ana lazim heyna ! barulah dia nampaknya hendak mengalah. entah betul entah tidak dia tu. entah2 kalau pak arab mahu dimintanya kamsin riyal aje. ada pokok lidah buaya, pokok bunga kertas – ahmar dan dua pokok berbau wangi dan buleh dimakan serta satu lidah buaya kenit, semuanya 60 riyal. tapi tak de juga jual tanah untuk menanam. yg ada hanya bahan poros untuk pasu bunga..beli jugak lah sebungkus. entah lah… cubaan menanam pokok bunga ros didalam rumah ermmm…kira2 2 tahun lalu tidak berhasil. sekarang pokok2 diluar rumah pulak..tunggu dan lihat lah nanti hasilnya ya…

begitulah.. banyak lagi yg buleh dibuat dari duduk merintih sedu mengenang nasib bersendirian  …bak kata sharif chai-walla yg baru dipejabat tu…”MAFI FAEDAH !”

YALLA !

h1

dimana dia ?

22, April 2009

damai yg diimpikan

hanya mainan tidur

igauan sezaman

masih tidak akrab

~ . ~

bertikamlidah menjadi pakaian

porak peranda lumrah kehidupan

nafsu serakah hembusan nafas

topeng agama menutup panau diwajah

~..~

kehidupan salaf hanya tersurat

buat modal dipentas hujah

tiada ingin tiada rindu

sebagai pedoman sepanjang zaman

~…~

aku benar engkau salah

engkau celaka  aku mulia

sesama kita robohkan ukhwah

siapa lantang dialah juara

~….~

biarkan umat terus derita

hanyut dibawa arus kehidupan

hilang pedoman tenggelam punca

tanpa dipeduli

tanpa dikasihani

tanpa ada rasa simpati

~..|..~

tutuplah pintu mu

pada damai

pada tenang

pada luhur budi

kerana yg penting

engkau perlu menang 

dalam medan hujah itu

segala tenaga

segala kudrat

habis kan lah

berkorbanlah segalanya untuk itu

biarkan umat mati menderita

tanpa dipimpin tangannya kejalan lurus

ke jalan kebenaran

tanpa ada rasa benci 

atau iri hati

~..||..~

pening

bingung

mengapa sampai begini sukar untuk beragama

mengapa perlu berpuak2 bercakar2

dimana kedamaian ?

dimana keselamatan ?

dimanakah kehidupan sucimurni junjungan ?

dimanakah kehidupan zaman agung para sahabat ?

oohh….  hanya disana saja

didalam kitab penuh debu

dipenjuru gerobok

menjadi perhiasan rumah

h1

sayang rakam wahid

15, April 2009

Daddy:          I miss her

Mommy:        tina?

Daddy:          yer lah

Mommy:        a’ah dia pun, dia cakap kat saya, tina sayanngggg sgt kat daddy.

                    saya kata, tina tak sayang mommy ke?

                    dia kata, sayang mommy jugak, tapi daddy tina sayang nombor 1

Daddy :         hahaha

Mommy:        sukanyeeee

Daddy :         hehehe. bila tu?

Mommy:        last friday masa nak pegi kumon

Daddy :         ooo…

h1

dia yang dilupakan

12, April 2009

bila ditanyakan kepada shauqat, bila agaknya boleh mendapat remote-control untuk masuk ke parking didalam kawasan syarikat (dapat slot parking dalam compound) beliau bercerita ttg gandhi-jee pulak.

“you know, they make gandhi-jee statue ? and every year during gandhi jee birthday, they will clean the statue. however, after that and the whole year, they let the statue full of bird shit”

“this is the same like our issues. I have been working here since beginning, but they only consider parking space for new manager only.”

h1

Tarsh al bahr

11, April 2009

Begitu rupanya anggapan orang2 asli Nadj terhadap orang luar. Tarsh al bahr = muntahan dari laut. Patutlah orang luar dipandang sebagai sampah saja. Mereka pikir, mereka lah raja di tanah Nadj ini. Jika memandu dijalan2 raya, baiklah mengalah jika ada provokasi dari arab bedui terutama nya jika para syabab (anak muda). Mereka pikir jalanraya mereka yg punya. Jika ada cubaan melawan maka tunggulah makian dan perbuatan jahat dari mereka hingga sanggup menyebabkan kemalangan hanya untuk menunjukkan mereka berkuasa ditanahair mereka ini. Polis yg datang selepas kemalangan pun akan marah pada kita dan menanya kenapa tidak mengelak ?

Namun jika Allah ingin meninggikan mertabat sesaorang, tiada siapa pun yg dapat menahannya, dan jika Allah ingin merendahkan sesaorang, tiada apa kuasa pun yg dapat menahannya. Adil Kalbani dilantik sebagai imam berkulit hitam pertama MasjidilHaram. Walaupun bukan keturunan Arab, tetapi bila Allah ingin memuliakan beliau, siapa pun tidak dapat berbuat apa2. Ini Allah punya kuasa.

Beliau sebelum ini menjadi Imam di Masjid King Khalid, di Um AlHamam. Suaranya gemersik merdu menjadikan siapa yg pernah menjadi makmum akan merindui lagi solat berjemaah dengan beliau. Setiap kali Ramadhan, Masjid King Khaled akan penuh dengan jemaah berterawih. Jalan ke Um Al Hamam ketika itu akan mengecil dari 3 lorong kepada hanya 1 lorong kerana kereta2 jemaah diparking melimpah ke jalan raya.

Masyarakat Riyadh terutama di Um AlHamam akan merindui beliau. Kerinduan yg akan diubati cuma dengan mengikuti siaran lansung solat jemaah dari Masjidilhatam di tv atau hadir sendiri berjemaah di sana.

h1

The tribe has spoken – satu betina, satu jantan

7, April 2009

[ini hanya permainan kata2]

Nampaknya sudah sah lah sekarang.. siapa jantan siapa betina..

Dalam kehidupan dunia yg lurus (tanpa amalan songsang), yg betina akan cari yg jantan dan yg jantan akan cari yg betina, ya tak ?

Maka bila keputusan pertempuran Dua Bukit dan Satu Batang sudah diperolehi, maka sah lah sudah yg satu betina dan satu lagi jantan.

Dalam dunia melayu, jantan melambangkan kehebatan lelaki. Bila mahu mengajak berkelahi atau beradu tenaga maka akan dijeritkan kepada lawannya “Jika berani, tunjukkan lah kejantanan kau ! ”

Hahhh !

h1

Kesejukan

4, April 2009

Semalam hujan sepanjang hari. Hajat Niz utk mencuci kereta nampaknya tidak kesampaian. Kelmarin lagi dia telah mengingatkan supaya kereta diparking didepan pintu rumahnya jam 4:00 petang dan kunci ditinggalkan supaya dapat mencuci dalam kereta katanya. Mungkin akan di-vacuum. Hujan terus-terusan menjadikan kerja2 mencuci sangat sukar dan  agak tidak berbaloi. 

Ketika cuaca agak melampau, penghuni2 unit di bumbung lah akan lebih merasanya. Jika unit2 dibawah mendapat angin dari 2 penjuru, depan dan belakang, unit diatas akan mendapat angin dari 5 penjuru, kiri, kanan, depan, belakang dan atas.   

Bila hujan di Riyadh ni, selalu berlaku kemalangan. Para pemandu dibandaraya ini terutamanya para syabab, tidak dapat membezakan waktu biasa dan waktu hujan, pedal minyak tetap ditekan sehabis mungkin. Jalanraya/lebuhraya yg tidak mesra-hujan sudah tentu akan menjadi sangat licin dan tidak dapat dicekam tayar menyebabkan banyaknya kemalangan berlaku. Hospital dan balai polis akan menjadi sibuk ketika atau selepas hujan kerana ramai pengunjung yg terlibat dengan kemalangan. Seperkara lagi ialah tiadanya perparitan yg sempurna, maka banyaklah air bertakung selepas hujan dijalan2raya, tetapi tidaklah menjadi banjir kilat seperti di lembah kelang. 

Semalam juga semasa memasuki kereta untuk kepasar, cermin kereta didapati telah retak. Pelbagai andaian timbul difikiran, mungkinkah kerana penangan budak2 nakal ? atau sebab benda berat jatuh dari atas ? Tapi kata Az, itu perkara biasa disini, bila panas dan sejuk bergilir dengan agak kerap, maka cermin kereta akan mudah retak. Pasang tinted sajalah katanya, tapi bukan yg gelap punya ya. 

Semalam juga ada perbahasan di salah satu saluran tv mengenai forum G20. Seorang ahli panelnya menanyakan, kenapa  tidak dibincangkan kemungkinan menggunakan sistem syariah dalam ekonomi dunia ? Kenapa masih juga mahu diteguhkan sistem kapitalis ala  IMF dan pakcik sam yg berasaskan usury?

Semakin dekat akhir zaman, semakin terjelas kebenarannya. Bagi yg  memegang teguh tali Allah, kemenangan sudah ditangan anda sejak mula lagi. Dunia ini penuh ujian. Bukan laba dan hasil dunia ini yg menjadi ukuran kejayaan. Kejayaan ialah bila perintah Allah dapat ditaati dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang, rugi mahupun untung, bersendirian mahupun ramai pengikut. 

Allah Karim !