Archive for June, 2014

h1

semakin nyata

24, June 2014

setelah berbulan mencari jawapan

memujuk rayu dan mengharap belas

mungkinkah sudah sampai ke penghujungnya ?

 

derita yang ditanggung bersama

hanya taulan mengerti sengsara

jerit perih tangis hiba

 

 

yang tiada semangat waja

dalam senyap mengundur diri

yang hati penuh noda

habis sedunia hamun diserapah

 

——————————————————

mendengar berita sang rajawali

cahaya di akhir terowong semakin nyata

namun tidak lagi terbang tinggi

harus berpijak di bumi nyata

 

Advertisements
h1

Titiwangsa

23, June 2014

Jauh dari banjaran
Di tengah lembah
Antara suka duka
Antara tangis tawa
Janji manis pujuk rayu
Gula-gula pemacu nafsu
Sedap seminit dua
Menjadi sesalan seketika

Bersama mentari esuk
Pemburu dan yang diburu
Saling bertukar peranan
Pemburuan diteruskan
Tenguk siapa yang kena

@ IB @ sarap soto & kaki manok

h1

al hidayah

18, June 2014

Rahman askar kata disatu pertemuan rakan-rakan persekolahan, ramai kawan-kawan bukan islam yang rapat bersama kami akhirnya mendapat hidayah.

Cuba tenguk Cheng Woon penjaga gol pasukan bola sekolah tu. Kabarnya dia mula belajar dan kenal islam bila rapat dengan bakal isterinya.

Ramesh yang bersama dalam pasukan pengakap, kahwin dengan anak penghulu di Sabah. Kabarnya masih mengajar disana.

Ravi yang juga bersama berpengakap pun dah kahwin dengan melayu. Jumpa bakal isteri semasa di Bank Negara dulu.

Sentul tempat kami belajar. Belajar ilmu dan belajar hidup.

di sentul juga lah letaknya masjid al-hidayah

%d bloggers like this: