Posts Tagged ‘hidup’

h1

Perjalanan mencari redho.

22, December 2013

Di musim dingin ini, dikala sejuk seringkali menjengah hingga ketulang belulang paling dalam, syukur pada Mu Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menjejak kaki ke tanah penuh berkah ini. Dibumi yang sering dirindui para pencinta kekasihMu ini sentiasa bertali arus dengan pengunjung dan hampir tiada waktu sengang.

Syukur kehadratMu Ilahi pendosa ini diberi secebis ketika untuk sujud dan munajat di taman syurga. Semuga diperkenan pujuk rayu pengemis ini seperti juga rayuan semua yang berziarah, hanya pengampunan dariMu yang dipinta. Juga nikmat iman yang diberi muga kekal hingga akhir hayat.

Meski belum puas berbicara lewat munajat dan ziarah tanah bersejarah, tiba masanya ucap selamat tinggal kepada penghuni mulia Taiba untuk ke Bir Ali bagi memulakan perjalanan ke Al Mukaramah. Muga semangat perjuangan para penghuni mulia Taiba akan menusuk menerebus kedalam tiap pembuluh darah dan menghidupkan semangat beragama untuk jiwa-jiwa yang pernah singgah di Taiba.

Muga Kau berkati kami ya Rabbi !

@ haramain highway @ 3:45 pm

h1

mudir no more !

10, February 2009

pengesahan berita kawan dan mentor yg ingin meninggalkan syarikat tempatnya bekerja sungguh menggugat perasaan.

sekejap terasa sedih, sekejap lagi pula seperti hendak marah tapi yg pastinya seakan2 ada perasaan seperti dikhianati. betrayal !

Shattered, furious, resentful, heartbroken, numb, humiliated, rejected, hurt, and NOT SAFE – these are just some of the feelings we experience when we’ve been betrayed.

sungguh mengganggu-gugat betul.

sebenarnya rasa pergantungan yg masih menebal kepada kawan itulah yang menyebabkan timbulnya perasaan yg tidak enak itu. apakah dengan tiada kawannya itu, semua nya akan berhenti ? tiada lagi kerja ? tiada tanggungjawap ?

pelbagai rintangan dan halangan yg dipikirkannya. pihak pengurusan yang tidak memberi kerjasama. tiadanya budaya pengurusan risiko. pokoknya tiada sistem pengurusan yg kukuh.

tapi bila dipikirkan semula, memang semuanya didunia ini hanyalah sementara.

itu lah hakikat hidup.

anggap sahaja kawan itu sudah mati. bagaimana ? tentu semuanya masih boleh berjalan seperti biasa. cuma tiada lagi mudir yg dapat menjadi tembok antara jabatan dan para karyawan lain. tiada lagi penahan semua tembakan dan tikaman dari para karyawan diluar sana dan tiada lagi tukang tolak semua inisiatif pembaikan.

atau mungkin juga ada pengganti ? yg lebih baik atau disebaliknya ? malas dia hendak memikirkannya.

perjuangan perlu diteruskan. selagi khidmat diperlukan, teruskan sahaja. jika tidak nanti, cubalah intai peluang2 yg lain disini. atau bungkus sahaja pakaian dan segala hartabenda dan naik kapal balik malaya.

hilang semangat sungguh dia hari ini.

%d bloggers like this: