Archive for June, 2010

h1

menyusuri jalan2 kenangan.

10, June 2010

Hari ni pak supir limosine memandu ikut laluan yang selalu gua gunakan. Biasanya mereka2 ini akan mengambil jalan yg terdekat sahaja tapi terpaksa melintasi beberapa isyarah yang tentu nya akan menyebabkan penantian beberapa ketika.

Laluan yang biasa, walau sedikit jauh melalui lebuhraya tetapi kereta boleh bergerak terus dan hanya akan melintasi  satu isyarah saja sebelum sampai ke tempat dituju.

Memang ikut citarasa masing2, ada yang suka dekat walau tersekat2 dan ada yang suka lancar perjalanan walau sedikit jauh. Nampaknya pushto-walla asal afghan ini sama kepala dengan gua dan agak mengejutkan juga dia buleh “speaking london”. Bila kata dari malaya, terus dipuji2nya malaya  seperti lazimnya supir2 limo disini dan sebut malaya bagus2. Katanya juga, ada kawan di malaya yang berniaga dan telah kahwin perempuan malaya yang katanya juga sangat2 bagus.

Di pembahagi jalan kelihatan pokok2 tamar yang dikemas rapi telah mula mengeluarkan buah2 hijau berjuntai2. Itu tandanya Ramadhan menjelang tiba. Tamar selalunya akan mula masak menjelang Ramadhan.

Putaran dunia kembali. Gua sekarang mahu kemana2 naik limo seperti tiba disini empat tahun lalu. Ketika itu juga demam Piala Dunia sedang melanda.

Ermm…. Empat tahun bagaikan semalam berlalu.

h1

tis’a tis’a kamsah No More

5, June 2010

sesuatu yang sukar.

jika telah bersama sekian lama memang lah sukar melepaskan sesuatu kepada orang lain.

kemana2 telah bersama. lurah sama dituruni, bukit sama didaki. malah kehujung dunia juga telah kita jejaki.

jalan2 ketanah haram sering menjadi saksi. juga laluan ke wilayah timur yang sering berdebu pasir.

berpisah juga akhirnya kita, sepertimana titik akhir setiap kisah pertemuan.

jasamu tetap ku kenang. jika keadaan mengizinkan memang akan kau ku bawa pulang. tapi memang telah disuratkan  jodoh kita hingga di sini, tiadalah dapat dihalang2 lagi.

– c.u.t –

 

h1

kenapa begitu pak masri ?

3, June 2010

[ gambar dari http://en.wikipedia.org/wiki/Gaza]

mengapa si masri tidak di desak untuk membuka terus sempadan rafah ? mengapa masih dibiarkan negara yg terkenal dengan tempat pengajian terulung dunia islam menindas  saudara islam berjiran dengan menutup sempadan ?

jika dibuka sempadan rafah, tentulah tidak berkesan kepungan yang dibuat israil.

desak dan desak terus kepada si Masri supaya membuka hingga sampai bila2 sempadan rafah, bukannya setakat 2, 3 hari saja.

jika si Masri saudara se agama pun tidak mahu membantu,  apalah nak di harapkan belas ihsan Israil musuh yang jelas hendak membinasakan.

%d bloggers like this: