Posts Tagged ‘Padang Pasir’

h1

Kabar Hijaz dari Nadj

9, February 2009

Buat Bro Lope,

Kaif al hal ?

Ketika didepan Kaabah, teringat pula hendak menulis kpd kawan2.  Mungkin dgn catatan pendek ini dapat mengambarkan keadaan rumah Allah termulia dimuka bumi ini.

Masjidilharam sentiasa ada tetamu. Walau belum dibuka visa untuk jemaah para hujjaj dari seluruh dunia mengerjakan umrah, masih ada tetamu dari dalam negeri samada rakyat tempatan atau para karyawan dari luar negara. Terutama menjelang malam Jumaat semakin ramai tetamu memenuhi setiap penjuru masjid. Ruang sekeliling kaabah makin penuh dgn manusia begitu juga dgn medan saie. Dikala mengerjakan umrah siang tadi, ruang saei yg telah diperluaskan nampak lenggang, tapi dikala maghrib telah mula sesak.

Kerja2 pembesaran masih djalan kan ditingkat atas medan saie dan disekitar luar Marwah menyebabkan hanya satu laluan sahaja disitu untuk keluar masuk ke Masjidilharam dari arah sebelah bukit Marwah. Bila bertembung jemaah yg bersaei dengan jemaah keluar masuk masjid maka berlaku lah sedikit kesesakan. Polis pun tidak buleh berbuat apa2.

06022009507

Di luar masjid, super-cranes kelihatan aktif memunggah barangan untuk pembinaan yang rancak dijalankan.
Hotel2 dan bangunan disekeliling sebelah Marwah telah dirobohkan satu persatu untuk kerja2 pembesaran masjd.
Bila berjalan dari Masjid Kucing ke arah Haram, akan kelihatan tuan2 punya hotel 2 dan kedai2 yg sedang dalam proses peruntuhan dengan raut muka yg agak murung. Ada yg duduk disofa2 yg di atur diluar bangunan, bagaikan menanti giliran bangunan mereka pula diruntuhkan. Mungkin juga sofa2 itu untuk dilelong sbg barangan terpakai seperti barangan2 lain seperti mangkuk tandas dan kemasan2 bilik yg diatur di sekitar bangunan2 mereka. 

06022009510

 

06022009511

 

06022009512

 

06022009513

 

06022009514

Diarahkan pindah dari premis yg selama ini menjadi tumpuan para hujjaj bukanlah sesuatu yg mengembirakan. Namun itulah pengorbanan yg perlu dibuat utk pembesaraan masjid bagi menampung jumlah jemaah yg sentiasa bertambah tahun demi tahun terutama musim haji dan ramadhan. Pindah pun bukannya dengan tangan kosong, semuanya ada pampasan.

Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memberi kutbah dan mengimami solat Jumaat. Hujan turun sebaik sahaja solat Jumaat. Begitu juga selepas solat Asar, hujan turun lagi. Namun tidaklah selebat hujan yg dikabarkan turun diRiyadh.

Perjalanan balik menyusuri jalan Mekah ke Taif sungguh menginsafkan. Bagi yg pernah mendengar kisah perjalanan Nabi (s.a.w) ke Taif untuk menyeru Bani Taqif kepada Islam tentu kagum dengan perjalanan itu, kerana sepanjang perjalanan ada lah melalui bukit2 berbatu semata2. Namun setelah bersusah payah begitu, Nabi (s.a.w) hanya di sambut dengan cacimaki pembesar2 Taif serta balingan batu oleh kacang2 hantu Taif hinggakan dikabarkan darah Nabi (s.a.w) mengalir hingga memenuhi sepatu baginda. Malah ada yg membayangkan Nabi  (s.a.w) ketika itu berjalan seperti orang yang berjalan dengan kasut kanvas atau kasut getah didalam hujan, bagaimana kasut akan penuh dengan air, begitulah darah2 baginda mengalir dan memenuhi kasut baginda. Hingga Allah utuskan malaikat yang sedia menjalankan apa sahaja arahan Nabi  (s.a.w) ketika itu, hatta untuk menghempap kedua2 bukit di Taif supaya penduduk2nya semua mati terhimpit juga akan dilaksanakan,. Namun Nabi  (s.a.w) yang penuh kasih sayang pada umatnya hanya memohon supaya jika mereka tidak mahu menerima seruan Islam, biar lah keturunan mereka nanti menerima Islam. Memang terbukti kemudiannya yang penduduk Taif juga menerima sinar nur hidayat seruan Islam.

Tiada pula keghairahan untuk berbelanja digerai2 yg tinggal disekitar hotel tempoh hari, walaupun dengan niat hanya untuk memberi sedikit keuntungan bagi peniaga Mekah. Jadi tiada lah ole2 dari tanah suci. Kayu sugi yg sebatang dibeli pun entah hilang kemana, tidak ketahuan dimana letaknya.

Tapi tamar juga ada diRiyadh ini. Mahukah nanti dikirimkan barang sekilo dua tamar suchary ? Masih di Ladang Tremelbye kah bro ? Mungkin dikesempatan pulang ke Malaya yg akan datang nanti.

 

salam dari Nadj.