Archive for February, 2009

h1

Kita orang Malaya.

26, February 2009

Setiap bangsa akan bangga dengan bahasa sendiri. Hampir semua bangsa yakin dengan kemampuan untuk maju dengan bahasa sendiri. Mengapa pula orang Malaya tidak boleh berjaya dengan bahasa melayu ? Ohhhh….sebab kita orang Malaya, sebab tu kita perlu belajar bahasa Mat Saleh untuk berjaya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Entah kenapa agaknya, dalam syarikat Malaya yang berada di Malaya dan kakitangan semua orang Malaya, tetapi lapuran2 kerja perlu dibuat dalam bahasa Mat Saleh. Hendak tunjuk dengan siapa agaknya ? Mungkin buleh gah dengan orang2 Malaya bukan-melayu yg kita juga boleh berbahasa Mat Saleh. Macam lah laporan tu nak dihantar ke New York atau London. Ohhh…. sebab kita orang Malaya, sebab tu kita perlu membuat kerja2 dalam bahasa Mat Saleh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang berpandangan jauh untuk mendidik anak bangsa dengan bahasa dunia, tetapi sungguh memalukan bila tidak yakin boleh maju dengan bahasa sendiri.

Bagi yg masih yakin tidak boleh maju dengan bahasa sendiri, Al Biul wal Bahlul wal Bengung betul lah lu orang !

Jika pemimpin pun tidak mahu memperjuangkan bahasa sendiri, apa lagi hendak diharapkan kepada rakyat marhaen yg tidak punya apa2 kuasa.

h1

Foul wa laham dan pisau cukur cap buaya

23, February 2009

[dari seorang Zoul]

Dinegara Zoul sebuah kedai baru menjual kacang foul sebagai hidangan utama telah dibuka. Didepan kedai terpampang papantanda kedai yg berbunyi, ‘Foul berserta daging’.

Ramai lah pelanggan datang untuk merasakan kelainan dan kelebihan foul berserta daging yg tiada dijual dimana2 kedai makan yg lain.

Tapi hairan sungguh. Foul yg dihidangkan sama sahaja seperti foul biasa. Tiada pula terasa isi dagingnya. Semua pelanggan merasa begitu.

Sekumpulan anak muda juga datang untuk mencuba. Mereka meminta foul untuk lapan orang. Bila pesanan tiba dan mereka merasanya, masing2 tertanya2, apa beza nya foul disitu dari kedai2 yg lain ? Mereka mula berkata yg tuan punya kedai telah menipu mereka.

Tuan punya kedai dipanggil dan di tanya, mengapa diatas kedai ditulis ‘Foul dan daging’ tetapi sebenarnya tiada sedikit pun daging dalam foul yg dihidangkan ? Adakah dia hendak menipu pelanggan ?

Beliau menjawap, ‘Ya shabab, jika kamu lihat pada kotak pisau cukur, kadang2 ada gambar buaya, kadang2 ada gambar singa dan kadang2 ada gambar helang. Tapi bila kamu beli pisau cukur tu, adakah kamu dapat buaya, atau singa atau helang ? Begitu juga dengan barang2 lain, ada saja benda2 lain yg diletak bersama barang2 tersebut, tapi bila kita beli, tidak pula dapat benda2 yg digambarkan. Dah..sekarang pergi makan foul tu dan jangan bising2 !’

h1

satu petang di setesen keretapi

17, February 2009

ketika menunggu waktu keretapi berangkat, telah masuk waktu asar. para bhayo, bhuzrugo dosto pun mengambil wudhu dan sedia untuk solat disebelah keretapi.

seorang yg agak kelihatan orang lama dikedepankan utk menjadi imam.

mereka pun solat, takbir, rukuk dan sujud. ketika sujud, kedengaran siren menandakan keretapi akan berangkat. para makmum menunggu takbir imam utk bangun dari sujud. tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu..tidak kedengaran isyarat dari imam utk bangun dari sujud.

setelah beberapa ketika, seorang makmum telah menjenguk kedepan kearah imam, di lihatnya imam sudah tidak ada ditempat nya.

aiseh, ropa2nya, si imam telah melompat naik keretapi, kerana keretapi telah mula bergerak.

bila ditanya orang, dia menjawap, ‘solat buleh dilakukan lagi dimana2 selepas itu, tapi jika ketinggalan keretapi yang ini, terpaksa lah pulak menunggu keretapi esuk hari’

h1

Hantam saja lah labu !

12, February 2009

patah tumbuh
hilang berganti
putaran hidup
senang susah silih berganti
setiap pertemuan akan ada perpisahan
berjumpa untuk berpisah

live life !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang… tentu menangis

Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri

Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentukan pulang di mana berasal

Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada Allah yang satu

Oh dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya

Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang dan ada yang duka

Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri

Oh tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita

Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin kembali semula

Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri

[Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh/S Sudarmaji]

h1

mudir no more !

10, February 2009

pengesahan berita kawan dan mentor yg ingin meninggalkan syarikat tempatnya bekerja sungguh menggugat perasaan.

sekejap terasa sedih, sekejap lagi pula seperti hendak marah tapi yg pastinya seakan2 ada perasaan seperti dikhianati. betrayal !

Shattered, furious, resentful, heartbroken, numb, humiliated, rejected, hurt, and NOT SAFE – these are just some of the feelings we experience when we’ve been betrayed.

sungguh mengganggu-gugat betul.

sebenarnya rasa pergantungan yg masih menebal kepada kawan itulah yang menyebabkan timbulnya perasaan yg tidak enak itu. apakah dengan tiada kawannya itu, semua nya akan berhenti ? tiada lagi kerja ? tiada tanggungjawap ?

pelbagai rintangan dan halangan yg dipikirkannya. pihak pengurusan yang tidak memberi kerjasama. tiadanya budaya pengurusan risiko. pokoknya tiada sistem pengurusan yg kukuh.

tapi bila dipikirkan semula, memang semuanya didunia ini hanyalah sementara.

itu lah hakikat hidup.

anggap sahaja kawan itu sudah mati. bagaimana ? tentu semuanya masih boleh berjalan seperti biasa. cuma tiada lagi mudir yg dapat menjadi tembok antara jabatan dan para karyawan lain. tiada lagi penahan semua tembakan dan tikaman dari para karyawan diluar sana dan tiada lagi tukang tolak semua inisiatif pembaikan.

atau mungkin juga ada pengganti ? yg lebih baik atau disebaliknya ? malas dia hendak memikirkannya.

perjuangan perlu diteruskan. selagi khidmat diperlukan, teruskan sahaja. jika tidak nanti, cubalah intai peluang2 yg lain disini. atau bungkus sahaja pakaian dan segala hartabenda dan naik kapal balik malaya.

hilang semangat sungguh dia hari ini.

h1

Kabar Hijaz dari Nadj

9, February 2009

Buat Bro Lope,

Kaif al hal ?

Ketika didepan Kaabah, teringat pula hendak menulis kpd kawan2.  Mungkin dgn catatan pendek ini dapat mengambarkan keadaan rumah Allah termulia dimuka bumi ini.

Masjidilharam sentiasa ada tetamu. Walau belum dibuka visa untuk jemaah para hujjaj dari seluruh dunia mengerjakan umrah, masih ada tetamu dari dalam negeri samada rakyat tempatan atau para karyawan dari luar negara. Terutama menjelang malam Jumaat semakin ramai tetamu memenuhi setiap penjuru masjid. Ruang sekeliling kaabah makin penuh dgn manusia begitu juga dgn medan saie. Dikala mengerjakan umrah siang tadi, ruang saei yg telah diperluaskan nampak lenggang, tapi dikala maghrib telah mula sesak.

Kerja2 pembesaran masih djalan kan ditingkat atas medan saie dan disekitar luar Marwah menyebabkan hanya satu laluan sahaja disitu untuk keluar masuk ke Masjidilharam dari arah sebelah bukit Marwah. Bila bertembung jemaah yg bersaei dengan jemaah keluar masuk masjid maka berlaku lah sedikit kesesakan. Polis pun tidak buleh berbuat apa2.

06022009507

Di luar masjid, super-cranes kelihatan aktif memunggah barangan untuk pembinaan yang rancak dijalankan.
Hotel2 dan bangunan disekeliling sebelah Marwah telah dirobohkan satu persatu untuk kerja2 pembesaran masjd.
Bila berjalan dari Masjid Kucing ke arah Haram, akan kelihatan tuan2 punya hotel 2 dan kedai2 yg sedang dalam proses peruntuhan dengan raut muka yg agak murung. Ada yg duduk disofa2 yg di atur diluar bangunan, bagaikan menanti giliran bangunan mereka pula diruntuhkan. Mungkin juga sofa2 itu untuk dilelong sbg barangan terpakai seperti barangan2 lain seperti mangkuk tandas dan kemasan2 bilik yg diatur di sekitar bangunan2 mereka. 

06022009510

 

06022009511

 

06022009512

 

06022009513

 

06022009514

Diarahkan pindah dari premis yg selama ini menjadi tumpuan para hujjaj bukanlah sesuatu yg mengembirakan. Namun itulah pengorbanan yg perlu dibuat utk pembesaraan masjid bagi menampung jumlah jemaah yg sentiasa bertambah tahun demi tahun terutama musim haji dan ramadhan. Pindah pun bukannya dengan tangan kosong, semuanya ada pampasan.

Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memberi kutbah dan mengimami solat Jumaat. Hujan turun sebaik sahaja solat Jumaat. Begitu juga selepas solat Asar, hujan turun lagi. Namun tidaklah selebat hujan yg dikabarkan turun diRiyadh.

Perjalanan balik menyusuri jalan Mekah ke Taif sungguh menginsafkan. Bagi yg pernah mendengar kisah perjalanan Nabi (s.a.w) ke Taif untuk menyeru Bani Taqif kepada Islam tentu kagum dengan perjalanan itu, kerana sepanjang perjalanan ada lah melalui bukit2 berbatu semata2. Namun setelah bersusah payah begitu, Nabi (s.a.w) hanya di sambut dengan cacimaki pembesar2 Taif serta balingan batu oleh kacang2 hantu Taif hinggakan dikabarkan darah Nabi (s.a.w) mengalir hingga memenuhi sepatu baginda. Malah ada yg membayangkan Nabi  (s.a.w) ketika itu berjalan seperti orang yang berjalan dengan kasut kanvas atau kasut getah didalam hujan, bagaimana kasut akan penuh dengan air, begitulah darah2 baginda mengalir dan memenuhi kasut baginda. Hingga Allah utuskan malaikat yang sedia menjalankan apa sahaja arahan Nabi  (s.a.w) ketika itu, hatta untuk menghempap kedua2 bukit di Taif supaya penduduk2nya semua mati terhimpit juga akan dilaksanakan,. Namun Nabi  (s.a.w) yang penuh kasih sayang pada umatnya hanya memohon supaya jika mereka tidak mahu menerima seruan Islam, biar lah keturunan mereka nanti menerima Islam. Memang terbukti kemudiannya yang penduduk Taif juga menerima sinar nur hidayat seruan Islam.

Tiada pula keghairahan untuk berbelanja digerai2 yg tinggal disekitar hotel tempoh hari, walaupun dengan niat hanya untuk memberi sedikit keuntungan bagi peniaga Mekah. Jadi tiada lah ole2 dari tanah suci. Kayu sugi yg sebatang dibeli pun entah hilang kemana, tidak ketahuan dimana letaknya.

Tapi tamar juga ada diRiyadh ini. Mahukah nanti dikirimkan barang sekilo dua tamar suchary ? Masih di Ladang Tremelbye kah bro ? Mungkin dikesempatan pulang ke Malaya yg akan datang nanti.

 

salam dari Nadj.

h1

kelas dunia beb !

1, February 2009

di sini ramai yg setuju, ‘first world technology, third world mentality’. teknoloji semuanya canggih, tetapi supporting resources hampeh !

walaupun kadang2 customer service sangat lembab, bengung dan menyakitkan hati tetapi applikasi bank dalam talian sangat menakjubkan dan memudahkan urusan seharian.

daftarkan sahaja bayaran apa yg ingin dibuat, samada bil elektrik, kad kredit (walaupun dari bank lain)  atau bayaran hutang bank (walaupun dari bank lain juga). voila ! setiap bulan akan terpapar berapa bayaran yg perlu dibuat. tidak perlu masukkan jumlah yg perlu dibayar, semuanya akan terpapar seolah2 dari sumbernya sendiri.

semasa membuka laman kawanku semalam, terpapar mesej “Malaysia’s First Bank to present  Online Bills” dimuka depan.

oooo…. baru nak mula ropanya depa yer….

%d bloggers like this: