Archive for December, 2008

h1

harapkan pagar semuanya tak jadi

28, December 2008

 

kemana perginya ?

kemana perginya ?

 

 

Pantun berkerat.

Apa diharap orang diseberang

memang tak boleh harap punya orang

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sepetang di hamam.

[shafiq yg sangat perihatin dengan kebajikan kawan2 yang  membujang di perantauan, tidak pernah gagal mencuit hati dengan pertanyaan2 nya setiap kali bertemu spt “how’s life without wife ?”dan mcam2 lagi…]

shafiq al pakistani : helloooo….

al sentuli:  yup (aiseh…mamat ni musti nak kenen aku lagi nih)

shafiq al pakistani : how are you ? how are ur family ?

al sentuli:  kowes…(mula dah ni..)

shafiq al pakistani :  where’s ur family ? here or malaya ?

al sentuli: heyna (sambil menunjukkan kearah hati)…hehehe

shafiq al pakistani :  aiwa…why ? only spiritual love ? no physical love ?

al sentuli: hahahhhaa…

shafiq al pakistani :  musykillaa anta…spiritual love only ? is it enough ? .karbannn anta……

al sentuli: hehehe….karbannnnn…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hamam = toilet

karban = hancuss

heyna = sini

kowes = orait

Advertisements
h1

Semalam, hari ini dan dot dot dot

25, December 2008

 

terus terusan pak !

h1

rajin2lah membersihkan tingkap.

21, December 2008

dikawasan padang pasir seperti Riyadh ini, debu2 pasir terlalu banyak. sudah pastinya banyak juga yg masuk ke dalam rumah dan melekat ditingkap2. bagi orang yg tersangat rajin ini, sering saja berabuk barang2 didalam rumah dan tingkap2 juga sering kelabu asap. patutlah selalu gelap dan berserabut sahaja pandangan diluar sana.

janganlah lengah lagi..bersihkan lah.. berusahalah !

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Through the  Window

 A young couple moved into a new neighbourhood.
 The next morning while they are eating breakfast, the young woman sees her neighbour hanging the  wash  outside.
 
“That laundry is not very clean”, she said.  “She doesn’t know how to wash correctly.  Perhaps she needs better laundry soap”
 
Her husband looked on, but remained silent.  Every time her neighbour would hang her wash to dry, the young  woman would make the same comments.
 
About one month later, the  woman was surprised to see a nice clean wash on the line and said to her husband: “Look, she has learned how to  wash correctly.  I wonder who taught her this?” 

The  husband said, “I got up this morning and cleaned our windows.”
  
And so it is with life.  What we  see when watching others, depends on the purity of the window through which we look

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[sumber : petisurat]

h1

no remorse

20, December 2008

tiada duka nestapa
tiada penyesalan

naluri manusia
memang tak kan berubah
kehendak nafsu nafsi
sentiasa mengalir bersama darah merah
kesetiap inci jasad
kehujung kaki
kehujung rambut

tiada ragu2
tiada malu2
tiada sendu pilu

engkau engkau
aku aku
siapa peduli tingkah laku
ikutkan saja hingga layu

h1

aiwa !

19, December 2008
h1

pak madoff telo.

18, December 2008

ketamakan dan kerakusan kepada duit dan harta ada dimana2.
begitu juga penipu dan perampok juga ada dimana2…

bukan para nelayan, peniaga, pegawai kerajaan saja yang terkena, rupanya mat salleh pun kena tipu juga dengan skim labu peram pak madoff telo. bukan calang2 pulak mangsa yg kena tu..

gah dengan kehebatan diseluruh dunia, hari makin hari menunjukkan kebengungan demi kebengungan.

lesson to learn 

h1

bas sentul no 248

17, December 2008

hidup di zaman moden ini sangat memerlukan pelbagai kemahiran. perlu tahu menepis, mengipas, merayu, menabur, mengayat, mengerek disamping kemahiran2 lain seperti memasak, mengemas, mengurus, mengarah dan pelbagai lagi.

sungguh ajaib bila di pikirkan manusia yg asalnya lemah, dari setitis air, buleh berupaya punya pelbagai kemahiran dan kepakaran.

untuk menjadi multi-tasker perlukan displin diri yg ketat. walaupun biasanya dikatakan multi-tasker tidak mungkin menjadi pakar, jack of all trades, master of none, namun masih ada yg sungguh cekap menanggani segala urusan. seorang kawan pernah menceritakan perihal bekas rakan pejabat yg tinggal sendirian di Sharjah. bagaimana keadaan dalam rumahnya yang sentiasa kemas dan teratur. semua barang terletak ditempatnya yg betul dan tersusun. rumah bagaikan bilik hotel lima bintang. dan beliau sekarang ini berpangkat pengurus besar disalah satu syarikat penerbangan di malaya. kerjaya dan kehidupannya begitu tersusun.

kebersihan dan ketekenun adalah sifat2 mulia. tetapi kenapa sukar dilihat dalam kehidupan manusia2 yg beragama ? manusia2 yg tidak bertuhan pula yg lebih bersih, cekap dan tekun.  malu sungguh bila melihat R&R disepanjang jalan dari Riyadh ke Mekah/Madinah. nak masuk ketandas pun tak sanggup rasanya. di tanah haram pun begitu juga, sampah sarap dibuang merata2. untung juga tiada kafirun dibenarkan di tanah haram. jika tidak memang memalukan sungguh. bandingkan dengan keadaan di jepun misalnya.

displin diri perlu dibudayakan mulai dari pendidikan rendah lagi. bukankah dari kecil patutnya dimantapkan pendirian mengenai suruhan agama yg berkaitan dengan masyarakat ? untuk beribadat perlu bersih. bagaimana agaknya pendirian orang yang hanya tahu membersihkan diri dengan beristinjak dan berwudhu, tetapi sanggup mencampak sampah merata2 dan tidak mempedulikan kebersihan sekeliling ?

tidak payah lah disebutkan tentang kebersihan hati dan keikhlasan dalam lain2 hal. itu semua urusan dalaman. tapi ada ker orang yg punya hati bersih tetapi suka duduk dalam kekotoran dan keserabutan ? tentu sekuat mungkin akan diusahakan dalam kemampuan dan kawalannya.

dah lah tu..berusahalah utk membersihkan rumah sekangkang kera dan trailblazer yg tak besar mana pun tu (kalau nak dibandingkan dengan yukon denali). malu sungguh bila orang datang ke rumah. orang lain pun bujang juga.

%d bloggers like this: