Posts Tagged ‘akhirramadhan’

h1

“Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah”

27, July 2014

Al Khair penuh pagi ini ketika solat suboh. Bagaikan solat Jumaat lagaknya. Mungkin saja hasil tarbiah dibulan ramadhan ini hingga jemaah tidak mahu ketinggalan menghidupkan malam terakhir ramadhan tahun ini. Semua golongan ada bersama, tua dan muda, karyawan dan usahawan, orang tempatan dan pekerja luar negara. Semuanya rapat dalam barisan saf-saf.

20140727-170428-61468136.jpg

[https://www.facebook.com/Masjid.AlKhair/photos/a.10151802576806866.1073741833.194522891865/10152543555406866/?type=1&theater]

Imam sebak semasa membaca surah. Begitu juga ketika qunut. Mungkin sedih mengenangkan ramadhan akan berlalu pergi bersama mentari syawal esuk hari.

Kuliah suboh menyegarkan minda bagi yang mendengar walau jasad keletihan berjaga malam 29 ramadhan. Al Ustaz Zainal Arifin Sarbini Hafizahullah masih bertenaga memperincikan kebesaran Allah yang patut diimani. Betapa Allah berkuasa membuat segalanya walau mustahil pada fikiran insan. Kun fa ya kun ! Akal kita yang terhad tidak akan dapat memikirkan, hanya perkabaran dari Ummul Kitab yang menjelaskannya. Itulah iman bagi yang menyakini. Penyesalan lah di hari pembalasan bagi orang yang tak mahu beriman seperti yang dirakam di akhir surah Al Naba’ “Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah”.

~ masjid al-khair, 1 Teck Whye Cresent.

Advertisements
%d bloggers like this: