Archive for May, 2008

h1

Syukur !

30, May 2008

 

 Kita memang telah di suruh bersyukur. Sejak lama dulu. Sejak 1400 tahun dulu.

 

Diajar pada kita, siapa yg syukur nikmat, akan di tambah nikmat, tapi siapa yg kufur nikmat, maka tunggu lah saja balasan dari Allah.

 

Ajaran syukur ini sering diselitkan dengan kisahnya si miskin dan si kaya minta seorang Nabi berdoa kepada Tuhan supaya di ubah nasib mereka.

 

Tuhan meminta si miskin bersyukur dan si kaya supaya tidak bersyukur. Si miskin enggan bersyukur kerana tidak melihat satu pun nikmat Tuhan padanya, manakala Si kaya pula kata, mana mungkin tidak bersyukur kerana nikmat Tuhan melimpah ruah kepada dia. Akhirnya, si miskin terus susah, malah kain sehelai yg di pakai pun di terbangkan angin kerana tidak mahu bersyukur, manakala si kaya terus bertambah kaya kerana dia tetap bersyukur.

 

Sukar kah melihat nikmat2 Tuhan pada kita ?

 

Cuba lihat pada diri sendiri.

 

Wahid – Kita dilahirkan sebagai manusia.

Tuhan tidak jadikan kita sebagai rumput2 di padang yg akan tamat riwayatnya bila di makan lembu atau kambing. Atau sebagai lembu atau kambing atau binatang melata. Atau sebagai pokok2 di hutan.

 

Kita dijadikan sebagai manusia. Manusia adalah sebaik2 kejadian yg dijadikan Tuhan dengan tanganNya sendiri. Semua makhluk lain yg diciptakan hanyalah untuk berkhidmat kepada manusia, sedangkan manusia di ciptakan Tuhan ialah untuk mengabdikan diri pada Tuhan. Cuba bayangkan, segala cakrawala di ciptakan untuk berkhidmat kepada manusia. Itulah kemulian manusia.

 

Betapa besar nikmat Tuhan ini ?

 

Ithnain – Mendapat Islam.

Hanya Islam yg di terima Tuhan. Nabi2 diutuskan kepada manusia sejak Nabi Adam, sehinggalah kepada Nabi Muhammad, hanyalah untuk membawa manusia kepada ISLAM.

 

Dengan Islam manusia tahu siapa Pencipta, dari mana dia datang, atas urusan apa dia didunia ini dan kemana kah tujuan selepas dunia ini.

 

Tanpa Islam, manusia hilang pedoman, lantas mengikut hawa nafsu lalu mencipta pelbagai andaian – mengenai alam semesta, keajaiban diri sendiri, malah Tuhan juga mahu di fantasikan mengikut teori masing2.

 

Kadang2 kita kesian melihat usaha2 mereka mengkaji cakrawala, ingin menyelidik adakah makhluk lain di cakrawala ini selain kita dan apakah rahsianya alam semesta terbentang. Sedangkan semuanya telah Tuhan ceritakan dalam AlQuran. Bagaimana alam ini diciptakan, bagaimana manusia diciptakan, kisah2 di alam roh, kisah2 zaman silam, kisah2 di bawah bumi dan di atas langit. Begitu juga dengan kisah2 akan datang selepas alam dunia ini, alam barzakh, alam masyar, titian sirat, dan destinasi akhir, syurga atau neraka.

 

Alangkah bertuahnya menjadi seorang islam, kerana hanya islam yg diterima Tuhan.

 

Thalatha – Di lahirkan sebagai umat Muhammad

Ummat Muhammad ialah ummat yg terakhir tetapi di akhirat, ummat ini di utamakan.

Banyak kelebihan ummat ini jika di bandingkan dengan ummat2 dahulu.

Walau tidak sehebat, sebesar atau sekuat orang2 dahulu dari segi kudrat, ibadat mahupun teknologi tetapi tetap dimuliakan.

 

Nah, itulah nikmat yg Tuhan kurniakan yg mungkin tidak kita rasakan kerana tiada apa2 pun seperti menang duit sejuta ringgit, atau mendapat kontrak berjuta2 ringgit atau dapat berkahwin dengan orang secantik pelakun filem

 

Maksudnya, syukurilah apa jua pun nikmat yg ada pada diri kita atau keluarga. Kemudian barulah kita boleh melangkah untuk mendapatkan impian2 kita seperti mendapat seorang suami/isteri mithali, mendapat wang sejuta ringgit dan pelbagai2 impian hebat lagi.

 

Ingatlah, siapa syukur, akan di tambahkan nikmat, siapa kufur(tidak syukur) akan di timpa bencana.

 

 

Untuk dunia yg fragile ini, kasih sayang dan perkara2 yg baik/positif diperlukan berbanding dengan benci membenci, iri hati, putus asa atau kuciwa.

 

Fragile

[sting]

 

If blood will flow when fresh and steel are one

Drying in the colour of the evening sun

Tomorrow’s rain will wash the stains away

But something in our minds will always stay

Perhaps this final act was meant

To clinch a lifetime’s argument

That nothing comes from violence and nothing ever could

For all those born beneath an angry star

Lest we forget how fragile we are

 

On and on the rain will fall

Like tears from a star like tears from a star

On and on the rain will say

How fragile we are how fragile we are

 

On and on the rain will fall

Like tears from a star like tears from a star

On and on the rain will say

How fragile we are how fragile we are

How fragile we are how fragile we are

 

 

 

Advertisements
h1

selamat !

19, May 2008

Dearest,

untuk masa2 bersama selama ini..

         Kam Sia…
              Syukran….
                  Syukria…
                       Dhonnobād..

Forever and ever and ever …

      Wo Ai Nee !
              Mahal kita !

[20th May]

KALIMAH CINTA

Simpan diri ku terseksa
Nak ku luahkan tak ku gentar
Kekurangan ku terbongkar

Sisi mu umpama syurga
Peluang emas ku jamah
Bahagia yang ku cari
Awal dulu

Aku
Insan yang terdampar
Yang tinggal menagih cinta

Terang dan terlindung
Dimana tempat nak ku singgah
Mengesan mu pasangan ditakdirkan

Ku
Rempuh azab sengsara
Tak kisah asal bersua
Kau kasih penyeri jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Kau kasih isyarat jiwa
Ku meniti jalan yang lurus
Kau kasih isyarat jiwa
Pendorong ku hadapi hidup

Mengenal erti cinta
Mengenal cinta tulus

h1

Ingatan dari kawan.

19, May 2008

Hari ini, Shafiq yg terkenal dengan tagline nya ” How’s your life…….without wife ?” bila sahaja bertemu, memberi ingatan tentang hidup.

Aku sebenarnya pergi berjumpa dengannya untuk bertanyakan tentang report Sales Ledger dari sistem. Bila dia merasakan yg pihak Account tidak menjalankan kerja mereka, dia pun kata yg itu semua kerana sikap2 burok pihak Accountant yg tidak mengemaskan Akaun.

Semua sikap2 burok ini akan hilang bila manusia kembali kepada AlQuran dan Hadis (Sunnah) Nabi. Tapi masalah nya ialah, manusia tidak paham AlQuran.

Jika kita tidak paham sesuatu bahasa itu, bagaimana kita mahu bertindakbalas ? Jika datang seorang bangsa asing dengan bahasa yg tidak pernah kita dengar, bercakap berkali2 dengan kita, maka kita hanya akan tercengang atau terngaga mendengarnya. Walaupun sebenarnya, orang itu hanya meminta segelas air utk di minum, tetapi kerana kita tidak paham bahasanya, maka kita tidak akan berbuat apa2. Tetapi, jika kita mulai paham apa yg orang itu cakap, maka kita akan cepat2 beri dia minuman.

Begitu juga dengan manusia secara amnya dengan AlQuran. Oleh kerana tidak memahami apa yg dikatakan oleh Allah dalam AlQuran, maka segala surohan tidak di ambil endah.

Malangnya, kebanyakan orang islam adalah seperti kebanyakan orang lain juga, yang mendapat agama secara turun temurun. Iman keturunan namanya tu. Oleh kerana emak bapa kita islam, maka kita islam. Jika orangtua kita bukan islam, Nauzubillah, kita juga tidak tahu apa keadaannya.

Kelemahan kita ialah tentang keinginan mencari ilmu, mencari kebenaran. BIla ada sahaja masalah, terus bertanya kepada Ustaz/Mutawwa. Tanpa menyelidik latar belakang ilmu dan pengangan Ustaz/Mutawwa, terus sahaja kita menerima bulat2 apa yg di jawap oleh Ustaz. Dan itulah yg menjadi pegangan kita sehingga akhir hayat. Kita tidak pun teringin untuk memastikan kesahihan hujah2, bukti2, dalil2 yg di beri untuk pemasalahan kita itu. Betul ker hadis nya ? Hassan ? Sahih ? etc

Berlawanan dengan ilmu keduniaan. Manusia akan berusaha untuk memastikan kesahihan penyelesaian kepada apa jua masalah. Second dan Third opinion akan di cari kalau tidak ke Empat atau seterusnya.

Dan juga, Allah sendiri pernah mencabar manusia supaya mencipta sesuatu seperti AlQuran. Sehingga kini, tiada siapa yg dapat menandingi AlQuran.

Mengapa ?

Seorang penulis biasanya akan menulis tentang sesuatu yg pernah di lihat, di alami atau diceritakan kepada nya. Sesuatu yg dapat di capai oleh pemikirannya. Sesuatu yg dalam pengetahuannya. Bagaimana mungkin manusia akan menulis sesuatu yg tidak pernah di lihat, tidak di ketahui dan tidak berpengetahuan mengenai nya ? Sudah tentu mustahil !

terima kasih kawan.

h1

Nasihat kepada para lelaki

14, May 2008

Di Kelas Hadis semalam Ust bawa satu hadis mengenai layanan baik keatas jiran dan wanita.
 
Bulugh Al-Maram : (The book of Marriage: Chapter 2) The Relations With The Wives –  Page 327 [English version]
 
Narrated Abu Huraira (r.a): The Prophet (saw) said, “He who believes in Allah ad the last Day should not harm his neighbour; and take my advice regarding good treatment of woman, for they were created from a rib. And indeed the most crooked part of the rib is its upper part. If you attempt to straighten it, you will break, and if you leave it alone it will remain crooked. So, take my advice regarding good treatment of women.” [Agreed upon; the wording is Al-Bukhari’s]
 
Antara penjelasan Ust :
– wajib berbaik dengan jiran – tidak buleh menyakiti jiran
– siapa sakiti jiran – kurang imannya
– jika membuat kenduri jangan menjemput orang yg jauh tanpa menjemput jiran sebelah
– jika nak bagi zakat, tanya jiran sebelah jika mereka berhak menerima, barulah di cari orang lain
– lelaki lebih kuat berbanding wanita
– lelaki perlu banyak bersabar dengan wanita, (tidak buleh terlalu berkeras hingga bercerai berai, dan tidak buleh pula di biarkan sahaja)
  
Hayati lah tips berikut:

Ten Tips on How To Be A Successful Husband.
By Muhammad Al Shareef

1. Dress up for your wife, look clean and smell good.When was the last time us men went shopping for designer pajamas? Just like the husband wants his wife to look nice for him, she also wants her husband to dress up for her too. Remember that Rasul Allah – sal Allahu alayhi wa sallam – would always start with Miswak when returning home and always loved the sweetest smells.
 
2. Use the cutest names for your wife. Rasul Allah – sal Allahu alayhi wa sallam – had nicknames for his wives, ones that they loved. Call your wife by the most beloved names to her, and avoid using names that hurt their feelings.
 
3. Don’t treat her like a fly. We never think about a fly in our daily lives until it ‘bugs’ us. Similarly, a wife will do well all day – which brings no attention from the husband – until she does something to ‘bug’ him. Don’t treat her like this; recognize all the good that she does and focus on that.
 
4. If you see wrong from your wife, try being silent and do not comment! This is one of the ways Rasul Allah – sal Allahu alayhi wa sallam – used when he would see something inappropriate from his wives – radi Allahu ‘anhunn. It’s a technique that few Muslim men have mastered.
 
5. Smile at your wife whenever you see her and embrace her often. Smiling is Sadaqah and your wife is not exempt from the Muslim Ummah. Imagine life with her constantly seeing you smiling. Remember also those Ahadith when Rasul Allah – sal Allahu alayhi wa sallam – would kiss his wife before leaving for Salah, even if he was fasting.
 
6. Thank her for all that she does for you. Then thank her again! Take for example a dinner at your house. She makes the food, cleans the home, and a dozen other tasks to prepare. And sometimes the only acknowledgement she receives is that there needed to be more salt in the soup. Don’t let that be; thank her!
 
7. Ask her to write down the last ten things you did for her that made her happy. Then go and do them again. It may be hard to recognize what gives your wife pleasure. You don’t have to play a guessing game, ask her and work on repeating those times in your life.
 
8. Don’t belittle her desires. Comfort her. Sometimes the men may look down upon the requests of their wives. Rasul Allah – sal Allahu alayhi wa sallam set the example for us in an incident when Safiyyah – radi Allahu ‘anha – was crying because, as she said, he had put her on a slow camel. He wiped her tears, comforted her, and brought her the camel.
 
9. Be humorous and Play games with your wife. Look at how Rasul Allah – SalAllahu alayhi wa sallam – would race his wife Aisha – radi Allahu ‘anha – in the desert. When was the last time we did something like that?
 
10. Always remember the words of Allah’s Messenger – SalAllahu alayhi wa sallam: “The best of you are those who treat their families the best. And I am the best amongst you to my family.” Try to be the best!

h1

Sambal ikan goreng semalam dan kenangan bersama emak

11, May 2008

Emak selalu mengajar supaya tidak membazir. Bukan hanya cakap2 saja, tapi juga dengan amalan. Makanan2 lebihan semalam seperti ikan goreng, akan di masak semula contohnya menjadi sambal. Kadang2 sambal ikan itu lebih enak dari kuah/lauk yg baru.

Entah kenapa semasa kecil dulu, saya kerap bersama emak. Bila emak ke pasar di hari minggu saya selalu di bawa bersama. Buat meneman dan tukang bawang barang2 pasar. Seronok berjalan dengan emak. Emak tunjuk  macamana nak memilih ikan  dan sayur2an. Boleh lah ke pasar sendiri lepas tu. Siapkan list aja. Antara gerai yg wajib disinggah ialah gerai Apek menjual jagung rebus ataupun kacang rebus. Kalau minggu ni jagung, minggu depan kacang pula. Dan bila terjumpa cendol, musti mengenden emak utk singgah.

Selalu juga bersama emak di dapur. Belajor lah sikit2. Macamana nak siang ikan, potong sayur, basuh beras dan memasak. Walau pun tidak menjadi pakar seperti sesetengah orang, cukup lah perkara asas utk survival sendiri. Masakan emak ringkas tapi sedap. Kuah masam, taucu, kicap dan singgang.  Cukup mudah. Asalkan banyak kuah dan bila makan buleh itik berenang kata orang, tentu makan berpinggan2. Semua perlu cukup untuk kami 11 beranak. Dan jika lauk tu, emak akan siapkan bahagian untuk semua.

Dan hari ini bila makan lauk sambal ikan goreng semalam, tiba2 rindu dengan masakan emak dan tentunya juga teramat rindu pada emak.

Semuga emak dipanjangkan umur dan di rahmati Allah dengan kesihatan  utk terus kekal dalam ketaatan dan amal.

[anak yg jauh]

h1

Yang bertakhta akhirnya….

10, May 2008

Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyuluh dalam kegelapan
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyatukan kita dari terpisah
Oleh cinta palsu

h1

Aku sahaja yg sering terlupa, lena dan tersasar

3, May 2008

satu perjalanan yg kelmarin ini
sungguh aku kepingin lagi dan lagi
hingga akhir nanti

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Duhai Kekasih.
kembali lagi aku ke rumah Mu
yg penuh damai, tenang
disebalik hiruk pikuk dunia sekeliling
dicelah2 ribuan tetamu dari seluruh alam
yg mencari redha Mu
yg mencari ampunan Mu
yg menyambut panggilan Mu

Ohhh..Ya Majid
betapa hina aku yg pendosa ini
yg selalu lupa mensyukuri nikmat2 Mu
yg sentiasa leka dengan buaian nafsu
yg kerap bermain dengan murka Mu
betapa hina aku datang mengadap Mu

Ohh.. Ya Wadud
betapa Engkau masih mengasihani ku
masih mengizinkan ku di sini, di rumah Mu yg mulia
menjejak kaki yg hina dina
bersujud, bertilawah, berzikir dan berdoa,
memohon ampun taubat

Ohh… Ya Ghafur
keampunan Mu ku harap kan
segala salah silap
besar dan kecil
sembunyi dan terang2an
bersendiri dan di khalayak ramai
yg dahulu dan akan datang

Ya Samad
jangan biarkan aku
hanyut di bawa ombak kehangatan nafsu dunia
tertipu dengan hembusan si laknat iblis
hingga lupa tujuan
bagai hilang pedoman
mahu kemanakah nanti ?

Ohh…Ya Rahman
Aku takut menghadapi hari di alam muka
dengan dosa berbeban-beban
Aku hanya makhluk yg lemah lagi hina
tidak akan tertanggung siksaan

Ya Rahim
hanya ampunan Mu ku harapkan
kasih sayang dari Mu yg Maha Penyayang
kasihani lah aku
ampunikah dosa-dosaku…
kasihani lah aku
kasihani lah aku….

Ohhh… Tuhan
berikan ku kesempatan
menjadi muslim
menjadi mukmin
menjadi mukhlisin…
menjadi hamba Mu sejati
seperti yg kau ingini
seperti yg di tunjukkan Nabi..

Ya..Allah…Ya Rahman.. Ya Rahim…Ya Dzul-Jalaali wal Ikraam…

al musafir.
[Baitullahil Haram – Ba’da Jumaat /2 May 2008]

%d bloggers like this: