Archive for September, 2008

h1

Penantian

25, September 2008

Penantian


Berapa lama mesti kunanti Sinar cahaya matamu 

Gemerlap bagai bintang 
Menghiasi malam Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu 

Lontaran suara dari bibirmu 
Memecah hening taman Taman syurgawi 
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa 

Yang tidak tertanggung 
Oleh tubuhku yang kering dan layu 
Kepastian suatu penawar 
Dalam suka dan duka 
Yang meniti hidupku….

 

Musim anak2 kembali menjenguk ibubapa dan sanak saudara telah tiba lagi. Ke bendang, ke kali, kegemersik pohon bambu, ke kicauan burung, ke bunyi cengkerik di malam hari dan ke kedamaian kampung yg sentiasa menanti. Namun aku adalah antara yg tidak punya tempat begitu dan pulang hanya ke kampung ditengah kota cuma tanpa hiruk pikuk hutan batu mungkinnya.

Pesawat2 ke Malaya penuh dengan anak2 yg ingin pulang berhari raya bersama handai dan taulan. Sebut saja, samada yg singgah di Dubai, Doha, Manama atau Abu Dhabi apatah lagi yg terus menerus ke KLIA tentu kelihatan ramai muka2 melayu.  Bagi yg terus tentu saja tanpa kebosanan dan kegelisahan menanti penerbangan. Bagi yg singgah ini, masa menanti yg begitu panjang meletihkan segalanya. Tanpa tempat rehat yg enak spt di Abu Dhabi ini, membunuh waktu perlu kesabaran. Sangat tiada simpati para penguasa disini, dengan trafik yg begitu tinggi, ruang yg sempit ini bisa menyesakkan nafas, mungkin kerna oksigen juga telah berkurangan. Tambahan pula kemudahan  yg terhad kerana ruang yg terhad.

Mungkin rezeki, kenalan yg dicari sekian lama kebetulan naik pesawat yg sama. Kabar berita bertukar tangan menghilang tanda tanya terpendam sekian lama. Al hasilnya, perangai orang padang pasir ini, memang senang diduga, tidak kira disyarikat mana, jabatan apa, kerajaan atau swasta. Gaji ribu2, kerja tipu2.

Penantian juga kurang menyeksakan dengan capaian percuma ke alam maya ini.

[Abu Dhabi enroute to KUL @ 00:16 am ]

Advertisements
h1

di bawa angin lalu..

24, September 2008

pernah menguap bersama2 ? bila kita menguap, ternampak orang sebelah pun menguap ? atau memikirkan perkara yg sama ? bila kita bercakap tentang sesuatu, lawan bercakap pun terpkir benda yg sama juga.. hingga ada yg kata, “Great minds think alike !”. atau bila kita dengar berita kematian, kemudiannya akan ada lagi satu lagi berita kematian ? fenomena apakah itu agaknya ?

begitu lah juga berita orang bercerai… baru membaca cerita sedih orang bercerai, dapat pula berita kawan lama yg baru saja bercerai…  kenapa dan mengapa, tidak lah pula diberitahu dan kita pun tidak lah mahu mengesa2 orang bercerita jika dia keberatan. dia yg selalu ceria dan kelihatan gumbira dengan keluarga ditakdirkan begitu pula. ye lah, cerita keluarga apatah lagi hubungan suami isteri tidak ramai yg mahu menceritakannya, apatah lagi konflik2 yg memalukan diri sendiri.

memang susah hendak dipikirkan mengapa setelah sekian lama bersama, hati buleh beralih arah. hanya orang yg mengalaminya sahaja yg mengetahuinya.

perkahwinan memerlukan banyak pengorbanan. setiap keputusan bukan buleh dibuat dalam tergesa2 atau mengikut nafsu amarah dan emosi. jika ikhlas dan benar2 mahu melihat perkahwinan kekal, tentulah segala pertelingkahan akan diselesaikan dengan perbincangan dan hati yg terbuka. dalam keadaan marah selalunya dorongan untuk mengatakan perkara yg mengarut sangatlah tinggi. suami akan cepat mahu melafaskan cerai dan isteri akan cepat meminta untuk diceraikan.

jika tidak buleh diselesaikan antara suami isteri, gunakan lah orang tengah yg buleh dipercayai untuk usaha mendamaikan. 

kedua2 suami isteri patut berusaha bukannya hanya disebelah pihak sahaja. tetapi jika ada agenda tersembunyi, seperti suami yg dah ada calun baru atau isteri yg dah jatuh cinta dengan orang lain, memang lah tak perlu nak dicakapkan lagi. apa usaha pun tak kan menjadi.

kesianlah pada anak2.

dan kalau dah terpaksa bercerai juga, para suami tu, jadilah seorang LELAKI SEJATI, nafkah anak2 tu jangan dilupakan. kalau tidak sama taraf lah  kamu dengan ABROK, BAPOK, KEDI dan yg sewaktu dengan nya. buang saja anu kamu ke sungai batang lupar, berik makan dengan bujang senang dan anak cucunya.

khalas !

h1

Cendoi satu !

23, September 2008

Aiseh… dah tak boleh makan cendol ker macam ni ? Dah ada Geng Cendol buat hal pulak. Nak buat jahat pun jangan lah guna nama cendol…sensitip tu…

Cendol dengan pulut sedap juga yer.

Apalagi pulut bakar dibungkus dengan daun pisang macam stall kat Jalan Perhentian depan workshop keretapi Sentul. Alaa…Jalan Perhentian yg bersambung dengan Jalan Hj Salleh tu. Tapi mungkin stall tu pun dah tak ada agaknya. Sentul pun dah berubah sangat. 

Kalau dibulan puasa, bila tiba waktu berbuka, akan kedengaran siren dari workshop keretapi. Kuat betul hingga boleh didengar sampai ke Kg Chubadak.  Selain dari tinggal di quaters keretapi yg banyak di Sentul tu, ramai juga pekerja workshop keretapi yg tinggal di Kg Chubadak,  Kg Chubadak Tambahan dan Kg Chubadak Dalam.  

Bersebelahan Kg Chubadak ialah Kg Puah dan Kg Puah Seberang. Di Kg Puah Seberanglah orang2 yg telah pergi dahulu disimpan. Sebelum ada jambatan batu, ada jambatan kayu. Pernah sekali jenazah diusong merentas sungai kerana jambatan kayu telah rosak agak teruk.

Sentul akan terus berubah. Bukan stinggarden saja yg akan dihapuskan, malah dengar kabar kampung2 melayu seperti Kg Chubadak dan Kg Puah juga nampaknya akan hanya tinggal sejarah ditelan perubahan zaman.

[gambar dari sini ]

h1

10 hari terakhir.

21, September 2008

Qiamullail..  

 

rembang Ramadan

makin banyak godaan

leka lara

 

sunyi malam

mencari rahmat meluas

redha Ilahi

 

LailatulQadar kembali

berbahgia lah pencari

sujud dirahmati

 

sejuk mentari

menyinar bumi syahdu

pagi hari

 

mengintai2 malam Al-Qadar

[21 Ramadan 1429]

h1

One man’s meat is another man’s poison

19, September 2008

Manusia ini pelbagai ragam nya. Ada yg suka makan spaghetti bila orang ramai makan nasi. Ada yg suka melayan diri didalam sunyi dan sepi sementara orang lain riuh rendah bercerita ceriti. 

Ada yg suka melayan Facebook dan ada yg asyik  dengan Myspace. Ada yg ketagih Friendster sementara yg lain hanya  mengolah blog.

Setiap satu ada kelainannya.

Tak kuaso lah den nak melayan bendo2 yg memerlukan komitmen tahap tinggi. 

Kek sini ajo lah den. Ado maso tulis, tak do maso, takdo lah.

h1

Bila mulut dibuka baru lah tahu jantan betina..ehhh

19, September 2008

Ada orang tidak tahu bila nak berkata dan bila nak berdiam diri. Kadang2 bercakap hanya for the sake of cakap saja. 

Ada diberitakan kisah Imam Shafie sedang mengajar di Masjidil Haram. Oleh kerana keletihan beliau telah menjulurkan kaki untuk meredakan.  Tiba2 datang seorang Arab dengan pakaian yg putih bersih dan begitu tertib bagaikan lagak seorang yg terpelajar. Imam Shafie segera melipatkan kaki beliau dan duduk dengan sediakala mungkin kerana menghormati orang yg baru datang.

BIla selesai memberi pelajaran, maka Imam Shafie membuka peluang untuk sessi pertanyaan. Pelbagai soalan ditanya. Orang Arab tadi juga turut bertanya. Namun soalan yg ditanya sangatlah tidak terbayang di kalangan anak2 murid dan kalangan orang ramai malah menunjukkan tidak berapa tahunya dia. Imam Shafie lalu melunjurkan kaki beliau semula sambil berkata “Tiba masanya Shafie merehatkan diri”.

h1

harapan ini

17, September 2008
%d bloggers like this: