Archive for February, 2010

h1

Hanya di Kairo

25, February 2010

Di satu masjid di Kairo, semasa jemaah hendak memulakan solat jenazah datang seorang lelaki meminta imam jangan memulakan solat kerana dia ingin berkata sesuatu. Dia berkata yg si mati ada berhutang dengannya dan meminta jgn dimulakan solat jenazah hinggalah hutangnya dibayar dahulu. 2 orang anak simati yg ada disitu dengan sedih nya meminta supaya diselesaikan mayat bapa mereka begitu juga dengan para jemaah yg lain. Namun dia masih berkeras dan berteriak2 meminta hutang nya diselesaikan. Oleh kerana ramai yg tak tahan kerenah dan simpati dengan si mati, maka ada lah beberapa jemaah yg mengumpulkan duit utk dibayar kepada orang tersebut. Selepas cukup, baru lah mereka memulakan solat jenazah.

Selepas solat, tiada sesiapa pun yg mengambil jenazah untuk dikebumikan, hatta anak si mati pun tidak kelihatan. Setelah agak lama menunggu, maka para jemaah lain pun merasa hairan, lalu mereka pun membuka keranda jenazah untuk mengetahui jenazah siapakah yg mereka solat kan tadi.

Bila dibuka, kehairanan menjadi kepelikan lalu bertukar menjadi kemarahan dan juga kelucuan….waduh2… rupanya bukannya ada mayat, ¬†hanya karpet yg digulung2 dan dibungkus dengan kain kapan !

dan si anak dan si peminta hutang hilang bersama bertebarannya debu2 jalan Kairo…

Advertisements
h1

Sebahagian dari kebaikan islam

4, February 2010
HADIS 12, Arbain Nawawi
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
%d bloggers like this: