Archive for December, 2013

h1

Jumaat akhir tahun masihi

27, December 2013

Jam 11:00 am. Masjid mula penuh. Setiap ruang diisi. Selepas tahiyatul masjid, ramai yg mengambil naskah ummulkitab untuk dibaca. Yg lain berzikir sementara menanti masuknya waktu. Tidak kurang juga yg berbual sesama sendiri atau kenalan baru yg dijumpa.

Sheren entah kemana pergi, tidak kelihatan sejak berpisah selepas makan nasi mandi yg dibelinya di Aziziah. Dia yg mendapat berita kami di tanah haram telah juga datang ke sini walaupun baru saja tiba di Riyadh di hari yg sama kami tiba di Jeddah. Tidak sempat rehat katanya sebab tidak mahu lepas peluang untuk berjumpa.

11:20 am.
Masjid main padat. Ruang yg terhad kerana kerja2 pembesaran memerlukan pengorbanan untuk berkongsi apa yg ada.
Mengenangkan pasti ramai yg terpaksa solat di lapangan dibawah panas terik, apalah nak dikira sangat jika terpaksa berhimpit sikit didalam masjid. Walau ketika ini musim sejuk, disekitar Haram Mekah seolah-olah tidak terkesan, kerana suhu boleh menjangkau hingga 31C. Baju-baju panas yg dibawa boleh terus tinggal didlm beg.
——
Pagi tadi berita ttg penerbangan balik telah diketahui. Di tangguh lebih 20 jam dari jadual asal. Bagi yg tiada apa2 komitmen mungkin tidak ada apa2 yg perlu dirisaukan, tapi yg punya jadual padat, lewat sejam pun akan memberi kesan besar. Apatah lagi 20 jam !

h1

Sebatang tongkat kayu

27, December 2013

Ba’da fajar @ mataaf @ 26 Disember 2013

Ketika memimpin emak dan bapak keliling kaabah di mataaf yg baru, tiba2 datang seorang PRT yg hulurkan sebatang tongkat kepda bapak. Bapak yg terpinga2 diminta ambil, sambil dia menunjukkan kepada si pemberinya yg sedang ditolak diatas kerusi roda dan sedang tawaf. Kami hanya ucapkan terima kasih kepada puan yg pemurah. Dia pula hanya membuat isyarat supaya bapak dan yg lain2 berdoa utk dia.

Muga dia dikurnia tongkat yg lebih baik utk membawanya ke syurga !

h1

Menjelang maghrib ini

26, December 2013

Nota 5:13 petang. Di rumah yang paling mulia dimuka bumi.

Bersilang ganti, bersimpang siur berpusu-pusu mendapatkan rahmat.
Semakin hampir matahari terbenam, semakin ramai yang tiba. Dipenjuru2 ada yg bawa tamar dan chai. Tidak pun gahwah, buat para pencinta yg tdk lupa utk bersaum di khamis ini.
Yang berhampiran juga mendapat tempias secawan chai atau gahwah dan 2 3 biji kurma.
Langit tidak kelihatan ketika ini. Mungkin kerana jerebu atau ribut pasir. Pembangunan yg rancak di sekeliling masjid mungkin sebab musabab nya. Ini lah harga yg perlu dibayar. 2 atau 3 tahun lagi akan bertambah lah jemaah yg dpt beribadat dan beramal disini.

Seorang jemaah dari East London, Afrika Selatan datang menegur. Dia teringat akan sepupunya di Capetown bila melihat wajah ini. Mirip katanya. Perbualan berlanjut hingga ke kisah asal usul nya yg dikesan hngga ke melayu. Ahhh, patut lah muka dia pun muka melayu, asal baka yg sama rupanya.

Hari makin gelap. Jemaah yg datang mula mencari tempat sementara menanti maghrib tiba. Segenap penjuru mula dipenuhi pengemis rahmat dan berkat.

Muga2 dikasihani oleh yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani dengan limpahan rahmat yang tak terkira banyaknya.

h1

Perjalanan mencari redho.

22, December 2013

Di musim dingin ini, dikala sejuk seringkali menjengah hingga ketulang belulang paling dalam, syukur pada Mu Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menjejak kaki ke tanah penuh berkah ini. Dibumi yang sering dirindui para pencinta kekasihMu ini sentiasa bertali arus dengan pengunjung dan hampir tiada waktu sengang.

Syukur kehadratMu Ilahi pendosa ini diberi secebis ketika untuk sujud dan munajat di taman syurga. Semuga diperkenan pujuk rayu pengemis ini seperti juga rayuan semua yang berziarah, hanya pengampunan dariMu yang dipinta. Juga nikmat iman yang diberi muga kekal hingga akhir hayat.

Meski belum puas berbicara lewat munajat dan ziarah tanah bersejarah, tiba masanya ucap selamat tinggal kepada penghuni mulia Taiba untuk ke Bir Ali bagi memulakan perjalanan ke Al Mukaramah. Muga semangat perjuangan para penghuni mulia Taiba akan menusuk menerebus kedalam tiap pembuluh darah dan menghidupkan semangat beragama untuk jiwa-jiwa yang pernah singgah di Taiba.

Muga Kau berkati kami ya Rabbi !

@ haramain highway @ 3:45 pm

h1

13, December 2013

“Dan orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik pada isterinya”,

titik noktah.

tiada perlu kata apa-apa.

khatam ho gaya

khalas

yilek purenggek

bo liao !