h1

Menjelang maghrib ini

26, December 2013

Nota 5:13 petang. Di rumah yang paling mulia dimuka bumi.

Bersilang ganti, bersimpang siur berpusu-pusu mendapatkan rahmat.
Semakin hampir matahari terbenam, semakin ramai yang tiba. Dipenjuru2 ada yg bawa tamar dan chai. Tidak pun gahwah, buat para pencinta yg tdk lupa utk bersaum di khamis ini.
Yang berhampiran juga mendapat tempias secawan chai atau gahwah dan 2 3 biji kurma.
Langit tidak kelihatan ketika ini. Mungkin kerana jerebu atau ribut pasir. Pembangunan yg rancak di sekeliling masjid mungkin sebab musabab nya. Ini lah harga yg perlu dibayar. 2 atau 3 tahun lagi akan bertambah lah jemaah yg dpt beribadat dan beramal disini.

Seorang jemaah dari East London, Afrika Selatan datang menegur. Dia teringat akan sepupunya di Capetown bila melihat wajah ini. Mirip katanya. Perbualan berlanjut hingga ke kisah asal usul nya yg dikesan hngga ke melayu. Ahhh, patut lah muka dia pun muka melayu, asal baka yg sama rupanya.

Hari makin gelap. Jemaah yg datang mula mencari tempat sementara menanti maghrib tiba. Segenap penjuru mula dipenuhi pengemis rahmat dan berkat.

Muga2 dikasihani oleh yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani dengan limpahan rahmat yang tak terkira banyaknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: