h1

Jumaat akhir tahun masihi

27, December 2013

Jam 11:00 am. Masjid mula penuh. Setiap ruang diisi. Selepas tahiyatul masjid, ramai yg mengambil naskah ummulkitab untuk dibaca. Yg lain berzikir sementara menanti masuknya waktu. Tidak kurang juga yg berbual sesama sendiri atau kenalan baru yg dijumpa.

Sheren entah kemana pergi, tidak kelihatan sejak berpisah selepas makan nasi mandi yg dibelinya di Aziziah. Dia yg mendapat berita kami di tanah haram telah juga datang ke sini walaupun baru saja tiba di Riyadh di hari yg sama kami tiba di Jeddah. Tidak sempat rehat katanya sebab tidak mahu lepas peluang untuk berjumpa.

11:20 am.
Masjid main padat. Ruang yg terhad kerana kerja2 pembesaran memerlukan pengorbanan untuk berkongsi apa yg ada.
Mengenangkan pasti ramai yg terpaksa solat di lapangan dibawah panas terik, apalah nak dikira sangat jika terpaksa berhimpit sikit didalam masjid. Walau ketika ini musim sejuk, disekitar Haram Mekah seolah-olah tidak terkesan, kerana suhu boleh menjangkau hingga 31C. Baju-baju panas yg dibawa boleh terus tinggal didlm beg.
——
Pagi tadi berita ttg penerbangan balik telah diketahui. Di tangguh lebih 20 jam dari jadual asal. Bagi yg tiada apa2 komitmen mungkin tidak ada apa2 yg perlu dirisaukan, tapi yg punya jadual padat, lewat sejam pun akan memberi kesan besar. Apatah lagi 20 jam !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: