Archive for November, 2008

h1

walau dimana dikau berada.

28, November 2008

Musim haji tiba lagi. Berduyun2 manusia menyambut seruan ilahi.

Hati2 yg rindu dengan Masjidul haram,  Mekah almukaramah akan timbul syahdu dan sayu bila sahaja melibat Kaabah didepan mata. Tiada kata2 yg dapat mengambarkan segala perasaan bercampur baur menyedarkan betapa kerdil dan lemahnya diri didepan yg Maha Kuasa. Mengingatkan diri yg tiada daya upaya untuk sampai ke rumahnya melainkan dengan izin Yg Kuasa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ramai orang yg bercita2 utk sampai ke Mekah kerana cinta yg mendalam. Setelah sekian lama menghadap kiblat dengan kusyu’ dan kudhu’ sudah tentu kecintaan mendalam untuk sampai kerumah Allah yg utama itu dan mengadap kiblat didepan mata akan bertambah2 lagi.

Begitu juga dengan Masjidul Nabawi, Madinah Al Munawwarah. Bagi yg mencintai Nabi serta berusaha utk menghayati kehidupan Nabi dalam zaman manusia tidak mahu bertuhan ini, tentu sahaja begitu ingin sampai ke bandar Nabi serta melihat sendiri Masjid Nabi dan tempat2 yg disebut2 dalam sirah Nabi dan para sahabat. 

Menyahut seruan haji memungkinkan pencinta dan perindu untuk melepaskan rindu dendam yg tersimpan sekian lama.

Tetapi, memang pilihan Allah untuk menunaikan haji. Bukanlah dengan harta, kenderaan atau kuasa yg membolehkan kita menunaikannya.

Jika tiada keinginan, walaupun ada kemampuan dan berkuasa, malah yg duduk tinggal di Mekah sekali pun belum tentu dapat menunaikannya.

Semasa kuliah haji, ust menceritakan tentang sesaorang yg tinggal bertahun2 lamanya diMekah, tapi tak pernah menunaikan haji. Semasa diberitahu cerita itu, Nag cerita pula tentang cerita kawannya tentang seorang yg kerjanya membawa bas dari Jeddah ke Masjidil Haram menghantar jemaah, tetapi dia sendiri tidak pernah menjejak kan kaki kedalam Masjidil Haram !

Memang sesungguhnya kita tiada daya upaya untuk membuat apa pun, tapi jika tiada lansung niat dan keinginan, bagaimanakah akan diperkenankan ?

Walaupun badan berada jauh beribu batu dari Kaabah dan Masjidilharam, janganlah biarkan rumah Allah jauh dari hati, penuhkan lah dengan kecintaan dan rindu serta azam dan niat untuk kesana.

Begitu juga, walaupun jauh dari Masjid Nabawi, tapi segarkanlah kasih dan sayang kepada Nabi didalam hati dengan menghidupkan sunnah dan ajaran Nabi di kala manusia tidak peduli lagi kepada agama.

Apalah gunanya jika tanah2 mulia hanya sepelaung jauhnya tetapi hati berkiblatkan dunia penuh dusta noda dan tiada lansung keinginan membersih diri serta mendekati Ilahi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ketika ini, In the Valley of Elah sedang dimainkan di MBC Persia.

Hank cerita ttg David & Goliath  kepada David, anak Detective Emily. Bila Emily protes yg diceritakan itu tak betul, Hank pertahankan dan kata, “Of course it’s true. It’s even in the Quran.” 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita apa yg dibaca kepada anak2 malam ini ?

Advertisements
h1

praying mantis in monkey’s shadow

28, November 2008

suatu ketika dulu, dikala filem2 kungfu shoalin sedang melanda dunia, dek kerana kerap sangat menonton filem begitu, timbul keinginan untuk sama belajar ilmu tempur di shoalin temple. tapi bagaimana mungkin ya, bulehkah diterima belajar ilmu tempur beladiri shoalin tanpa menjadi pengikut budha ? sedangkan semua tok gurunya ialah tok sami belaka.

kalau la dapat tu, buleh la belajar tiger claw, floating snake bite, drunken monkey fist, leopard claw, crane fingertips dan dragon fire. wah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

h1

kegelisahan itu melemaskan

27, November 2008

Phobia secara umumnya ialah ketakutan kepada sesuatu, samada objek atau keadaan.

Phobia buleh juga terjadi kerana sesuatu peristiwa yg sangat traumatik.

Walaupun selalunya hanya melibatkan kelakuan yg extreme, adakalanya digunakan juga utk menceritakan ketidaksukaan terhadap sesuatu.

Makan ubat atau pergi hospital misalnya, walaupun nampak remeh, ada juga yg phobia dengannya.

Menghantar orang ke hospital, mungkin perkara biasa, tetapi bagaimana jikalau itulah destinasi akhir orang yg dihantar itu ? Tidak kah akan timbul phobia bila kita dihadapkan dengan keadaan itu lagi, bila perlu menghantar orang lain pula kehospital.

Apatah lagi dengan peristiwa dahulu, dimana orang yg dihantar itu, masih buleh berbicara dan jenaka kemudian perlu dimasukkan ke ICU dan kemudiannya telah menghembuskan nafas akhirnya disana. Sangat mengesankan.

Ya, sedikit sebanyak akan timbul phobia, bila seorang lain pula dihantar ke hospital. Hatta walaupun tidak dihantar secara lahiriah dan cuma dihantar dengan doa dan penuh harapan dari jauh diseberang lautan ini. masih ada kesan2 phobia itu.

Ya Rabbi, janganlah hambamu ini diuji dengan ujian2 yg tak tertanggung !

h1

daun2 kering berguguran

26, November 2008

siapa yg pernah bergelumang dengan pengurusan risiko tentu pernah terserempak dengan risiko2 jadian. maksud den bila proses mengenalpasti risiko2 di sesuatu organisasi di jalankan, samada secara bengkel perbincangan atau sessi temuduga degan para pengurusan atasan, seringkali mereka mengutarakan risiko2 yg terhasil dari sesuatu risiko yg lain. risiko jadian adalah akibat. risiko ini tidak perlu dikawal kerana ia akan terawat dengan sendirinya bila kita merawat risiko yg menjadi puncanya.

contohnya seperti berikut :

– hasil seperti yang ditetapkan dalam pelan perniagaan tahunan tidak dicapai. 

ini adalah risiko jadian kerana ianya adalah akibat dari suatu peristiwa yang lain. kita tidak akan dapat mengawal risiko ini, kerana ianya terjadi kerana sesuatu risiko yang lain.

risiko sebenarnya disini mungkin seperti berikut :

– kurangnya aktiviti penjualan untuk mencapai hasil yg ditetapkan.

– kurangnya sumber2 untukmenambah jualan

– sistem sokongan tidak membantu operasi penjualan

– kakitangan jualan kurang atau tidak mahir dalam bidang jualan

ini lah contoh2 risiko sebenarnya, yang jika dirawat segera maka akan mengurangkan risiko2 tersebut dan akan mencerahkan peluang syarikat untuk mencapai hasil yg ditetapkan dalam pelan perniagaan tahunan.

banyak perkara dalam kehidupan ini yg tersalah diertikan.

keutamaan merawat dan mengatasi masaalah dirosakkan kerana salah melihat sesuatu perkara.

sebab dan akibat tidak difahami.

sebagai contoh, jika daun sesuatu pokok yg patutnya hijau, tiba2 menjadi kekuningan dan terus kering, maka apa yg patut dibuat ? adakah kita mahu mewarnakan daun2 itu dengan cat warna hijau ? atau bagaimana ?

daun yg menjadi kuning adalah akibat atau kesan dari sesuatu masaalah yang lain. punca masaalah perlu dicari. kita tidak buleh terus merawat daun yg kuning untuk menjadi hijau. punca masaalah mungkin diakar pokok, tidak cukup baja atau makanan nutrient agaknya ? atau kekurangan air ?

bila dah tahu punca masaalah, maka rawat lah punca itu, samada diberi baja atau disiram air, maka secara lumrahnya, risiko daun2 menjadi kuning dan kering akan hilang dengan sendirinya.

oleh itu, cari punca masaalah, dan rawat.

jika tidak, masalah akan berulang kembali.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

beberapa hari lepas, seorang raja telah mengutarakan senarai 10 masalah utama di malaya seperti berikut :

1.    Violation of the Constitution.

2.    Erosion of the independence of the four branches of government.

3.    Arrogance of those in power.

4.    Denial of the fundamental rights of the citizens.

5.    Corruption.

6.    Mismanagement of the nation’s coffer.

7.    Unequal representation of the people.

8.    Lack of understanding of the nation’s history.

9.    Distorting of information.

10.  Poor education system.

beliau juga kata, jika 3 masaalah teratas diatasi, maka masalah2 yg lain akan selesai dengan sendirinya.

mungkin juga masaalah2 lain itu adalah kesan dari 3 masalah2 teratas ?

menurut hemat den, ada benda yg dia tertinggal. 

sebagai seorang islam, penyelesaian masaalah berpandu kan ajaran agama. sepatutnya, di tempat teratas bernombor sifar ialah tiadanya cahaya iman didalam hati/rosaknya iman orang islam. inilah punca masaalah. bila ini diatasi, masalah2 integriti akan terurai dengan sendirinya.

lihat sahaja insan2 mulia di awal islam serta para pendokong iman disepanjang zaman. dengan cahaya iman, lahirlah akhlak mulia yg ikhlas dari hati nurani, tanpa kepura-puraan. terserlah kepimpinan, kebijaksanaan, kehebatan dan pelbagai sifat2 mulia sanjungan manusia dan yg menjadi asas keperluan pembangunan negara dan masyarakat. kerana iman, tiada penyelewengan, korupsi dan pelbagai kebobrokan lagi. tidak kira siapa dia, pemerintah kah, peniaga kah, pekerja kah atau para penyapu jalan. semuanya akan usaha untuk melaksanakan tugas masing2 dengan suluhan cahaya iman.

tanpa iman, maka hancur lah semua nya. hawa nafsu shahwat menjadi pedoman. serakah pada dunia yg tidak pernah ada penghujungnya. hingga sanggup gunakan agama untuk mendapat laba dunia. orang tua2 kata seperti orang menyapu mukanya dengan kasut. mungkin muka dan pipi akan bersih, tapi sungguh itu perbuatan yg sangat bodoh !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

walau apapun, seperti yg selalu diingatkan dalam pengurusan risiko, semua tindakan rawatan hanyalah usaha kita dalam mengurangkan kesan2 risiko yg akan terjadi. tiada jaminan untuk terhapusnya semua risiko2. risiko tetap akan wujud.

selagi ada urusan perniagaan, selagi itu ada risiko perniagaan. no risk no gain. jika tidak mahu menghadapi risiko perniagaan, tutup kedai.

selagi ada manusia dan masyarakat, selagi tu lah ada risiko dan masaalah.

mana ada rangkaian komputer yg terlepas dari serangan virus, spam atau hackers ? orang kata,  “the safest network is no network

~ selamat /

h1

keakuan ku berkata

24, November 2008

kekuatan suatu kelompok, bila mereka bersatu. titik.

kekuatan bukan dengan bilangan ramai. kekuatan dengan bersatu, satu hati, satu fikir. bersatu teguh, bercerai roboh.

apa lagi penyatuan yg utama selain dari beriman kepada Allah dan meyakini kehidupan yg dibawa Nabi (peace be upon him)?

bila hati2 disatukan dengan agama, maka kekuatan ummah akan terserlah.

segala usaha dan sumber dapat digembelingkan untuk memastikann agama diutamakan dan tidak dipermain2kan oleh orang lain. maka tidaklah mudah orang lain untuk memperkotak-katikkan.

jka tidak, maka apa nak dihairankan bila orang lain mula berani biadap mempertikaikan urusan2 agama kita.

jika mahu menegur fatwa atau tindak tanduk penguasa agama, buatlah secara berhemah dan berbincang. jika tidak paham, mintalah penerangan. jika tak setuju, beri hujah dan minta dipertimbangkan utk disemak.

tetapi jika kita sendiri terang-terangan mempertikaikan hal2 agama islam dengan membuat demonstrasi, kenyataan akhbar, kempen dan sebagainya, maka ah loong, mutusamy dan john pun mulalah naik tocang dan berani bising menentang.

memang mereka sangat kurang ajar, tapi kita sendiri yang memberi jalan dengan menunjukkan kelemahan dengan tiadanya kesatuan.

orang berani kerana kita lemah. kita lemah kerana tidak bersatu.

itu saja !

h1

tak kan hilang

22, November 2008

21112008300

 

Ada perkara yg tidak buleh diperkatakan dan ada yang tidak perlu  diperkatakan. 

Mungkin kerana itu, ada perkara yg menjadi tanda tanya.

Tetapi janganlah tanda tanya dibiarkan begitu sahaja hingga membuahkan anggapan2 serong dan disebarkan pula kepada khalayak ramai. Jadi penyebar fitnah pula nanti jadinya,

Tanya saja dengan terus terang. Tak payah lah nak berbasa basi dengan kata2 penuh perli dan sindiran . Nanti orang tak paham, dan tanda tanya akan tinggal tanda tanya. Malah anggapan serong akan terus tersebar dan terpendam berbuku didada. 

Begitu juga pandangan2 serong masih terus berleluasa menyebabkan bertambahnya koleksi dosa2 kering percuma. 

Apa yg susah agaknya untuk bertanya ? Lebih suka bergosip dan mereka-reka cerita dari mengetahui cerita sebenar ?

Budaya melayu ker tu ? JIka ya, syabas kerana mengekalkannya  tak kira dimana anda berada, walau di padang pasir gersang bertemankan unta. Tak kan melayu hilang di dunia !

21112008298

h1

Bongo Bazar

18, November 2008

cabul carut caci maki !

fitnah tohmah dakyah  !

mulut kadang2 tak pandai nak di kawal. seperti punya akal sendiri. laser orang kata bila apa yang keluar dari mulut itu menghiris hati orang bak sembilu. luka di dalam.

terlajak perahu buleh di undur, terlajak kata ?

macamana pula terlajak mem-blog ? masih buleh di edit, delete atau remove terus dari posting, yer tak ?

tapi kadang2 ego atau semacam satu perasaan yang ada di tembuk maya menghalang jari2 dari mengubah atau menghaibkan terus entri yang ‘tersalah’ ditulis.

malu agaknya. entah pada siapa yg di malukan. sedangkan mungkin itulah kemaluan yg tak perlu di jaga sebenarnya !

 

[bongo bazaar]

%d bloggers like this: