Archive for June, 2008

h1

tunggu apa lagi ?

25, June 2008

matahari terbit lagi di ufuk timur
naik bersama kicauan burung2. semuanya bersedia untuk memulakan hari baru.
kunjungan yg singkat tanpa dapat melihat lautan walau pun hanya setanak nasi jauhnya dari Amwaj.
sudah tiba masa kembali ke tengah dunia padang pasir.

hembusan angin utara, membawa debu2 pasir di jalanan.
timbunan bukit pasir sering berubah tempat. semalam di sini, esuk mungkin tidak lagi.
kelajuan angin menerbangkan debu2, jerebu menghadkan pandangan.
tapi masih juga tidak menghalang dari para pemandu yg tercicir dari sekolah F1 untuk memecut selaju mungkin.

setelah asar, matahari sudah hampir ke ufuk barat.
jerebu menenggelam kan kilauan cahaya, hingga buleh di lihat dengan mata telanjang bagaikan bulan purnama

sesekali kelihatan barisan unta2, bagai di atur2.
bergerak di padang pasir dalam ribut pasir.
ajaib sungguh. tiada terganggu dengan debu2 pasir beterbangan.
kuasa Tuhan yg menjadikan matanya kalis debu sesuai kehidupan di sini.

lebuhraya 3 lorong yg hampir lurus menyebabkan cepat rasa ngantok
apa lagi bila teman bermusafir kusyuk terlena di sebelah.
tanpa bahan untuk di kunyah atau teman bicara, kelayuan mata bagai tak dapat di sekat2

dalam tercari2 Istirehat untuk lelap seminit dua
kawan sebelah dah buka mata
lalu kacang Menglembu dan keadaan semasa
menjadi pencerah mata

pelbagai kisah dibuka
dari ehwal semasa Malaya
hingga lah cerita mantan2 rakan sekerja
apa kabarnya kawan2 lama
dengar cerita ada yg sakit
ada juga yg beranak kembar
dan telah jadi Pengurus Besar

hampir ke kawasan Nadj maghrib menjelang
berhenti sebentar untuk menyahut seruan Tuhan
agar diri tidak terleka dalam arus dunia yg serba pantas
keresahan di pundi2 juga dapat di legakan

perjalan disambung lagi
hari telah melabuhkan tirai
malam mula menunjuk diri
sinar neon kota kian terbentang di depan mata
menandakan destinasi kian di hampiri

Tamat musafir buat kali ini dan kembali ke rutin sehari2.

Owhhh…
sungguh sebentar sahaja masa berlalu
tahun juga telah tiba di pertengahannya
sebentar lagi Ramadhan tiba dan juga Hari Raya
kemudiannya musim Haji pula menjelma
dan berulanglah lagi bulan untuk tahun yg baru

aku masih di sini
seperti kau dan juga dia serta mereka2
didalam perjalanan hidup
masa untuk mengutip bekal2 sebanyak mungkin
untuk perjalanan yg jauh

perjalanan yg wajib di tempoh semua
tanpa teman
tanpa bahan kunyahan
tanpa apa2 bekalan lahiriah duniawi ini

perjalanan yg tiada kembali lagi…

h1

mogok

19, June 2008

Baru gah2 bercerita tentang dapat menonton siaran Malaya di padang pasir ni, siaran TV3 buat hal pulak.

Memang dari dulu pun, saluran tv3 ni tak berapa stable, tidak macam RTM1 dan 2. Kejap ada, kejap lagi scrambled. Kadang2 dengar suara aje, dan selalu juga langsung tak dapat apa2. Puas lah blind-scan ker, manual scan ker samo ajo..Cuma ada perubahan baru2 ni, identitinya dah bertukar, dari entah apa2, dah tercatat TV 3 Digital.

Tapi kenapa lah time ni pulak signal tak mau mari ? Dah terlepas 3 game Euro2008 dah ni !

 

h1

semakin nyata

18, June 2008

pergi lah sepi

jangan ganggu mimpi ku

 

pergi lah risau

jangan kau bawa resah

 

pergi lah rindu

jangan kau buat ku tertunggu tunggu

 

pergi lah bersama angin lalu

bersama ribut pasir jerebu

bersama sendu pilu

sungguh tidak kan ku tahan walau dengan detikan hati pun

 

h1

Qamar arba’a ‘ashar

16, June 2008

Bila di tunjukkan bulan mengambang penuh di langit, Nag menyebut Qamar Arba’a ‘ashar !

Katanya, sebutan itu kalau di katakan kepada perempuan, tentu mereka gembira.

Dan kalau emak atau saudara perempuan mengatakan calun isteri itu seperti Qamar Arba’a ‘ashar, maka cantik sungguh lah tu. Seperti Bulan Purnama 14 !

h1

AL Qamar

15, June 2008

Bulan purnama 14 hb.
Sering diumpamakan dengan wajah perempuan pujaan jejaka.

Bulan mengambang, Pak Ngah lah yang balik.
Ada yang hilang akal hingga di pasong di kurung.

Bulan penuh menerangi langit malam
Di pagari ribuan bintang2 bertaburan
Menjadi sumber ilham penyata rindu dendam sepanjang zaman

 

Nak Dara Rindu
[P. Ramlee]

Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu

Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Ayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

h1

Selak menyelak.

14, June 2008

Musim selak menyelak kembali.

Marilah saling singkap menyingkap.

Kita tenguk siapa yg ada kurap atau kudis buta disebalik celana atau kebaya.

 

 

Marilah sama2 memalukan sesama sendiri.

Biar dunia tahu cacat dan keji.

Biar semua gelak ketawa geli hati.

 

Tak per …bukan kah  kita sama2 takde harga diri.

 

%d bloggers like this: