Archive for December, 2010

h1

betrayal?

20, December 2010

defeated ?

betrayal ?

——————

It feeds

It grows

It clouds all that you will know

Deceit

Deceive

Decide just what you believe

——————–

ada dendam rupanya.

memang firasat gua tentang ini memang benar2 terjadi.

sungguh pandai bersandiwara.

——————

I see faith in your eyes

Never you hear the discouraging lies

I hear faith in your cries

Broken is the promise, betrayal

———————-

pandai sungguh

berpura2

———————

Broken is the promise

Betrayal, betrayal, betrayallllllllll

 

 

h1

Hidup

20, December 2010

Hidup

bagaikan dinginnya air

Hidup

bagaikan panasnya api

membakar

membeku

meresap

dalam tubuh

itulah arti hidup

 

 

Hidup

penuh dengan cubaan

Hidup

penuh dengan cubaan

bahagia

sengsara

suka dan duka

arti hidup

 

<Clique Fantastique>

 

 

h1

dejavu

19, December 2010

ketika memohon untuk mendapat vss satu ketika dulu, ketua kantor kata gua tak layak, kerana selalu cemerlang. mungkin sepatutnya jika ingin memohon vss, perlu membuat kerja sambil lewa dan main2. barulah layak untuk memohon vss.

ketika melayan kerenah ketua kantor disini pula, yang seperti tidak suka gua ke sini,  terdetik dalam hati, baik buat kerja yg tak berapa bagus, biar tidak lagi dipanggil untuk ke sini.

nah, seperti di makbulkan ! ada pihak yang tidak puas hati dengan hasil kerja gua dan meminta di tamatkan kontrak dengan segera. voila ! you got what you wish for ! cuma tersikit tercalar rasanya ego gua.

tapi… hidup musti terus !

h1

makin mencekam

19, December 2010

musim dingin makin menunjukkan mukanya.

di tengah padang pasir ini, sejuknya bukan seperti di malaya. sejuknya tidak dapat dibendung dengan pakaian musim sejuk yang biasa2. paling enak duduk di rumah sahaja dalam selimut duvet. kalau di luar paling mujarab ialah pakai  jubah guni, begitu kata abu umar ketika bercerita tentang cuaca sejuk disini.

dan seperti selalu, bila bertukar cuaca, sakit berkaitan cuaca seperti flu, batuk dan sakit tekak sukar untuk di elak.

dan entah kerana cuaca atau tekanan2 di tempat kerja kali ini, seperti selalu juga, kepala berdenyut2 dan mencucuk2. panadol sudah tidak memberi apa2 kesan.

 

h1

petang di colaba

5, December 2010

Setelah 4 tahun berlalu, den kembali ke bumi penuh exotik ini. Kali ini ke tempat yang terkenal kerna Slumdog millionaire. Seperti lain2 bandar di benua kecil ini, sesak ! Kabarnya, penduduknya ialah 21 juta ! banyak tu beb.

Kesempatan hari minggu, dapek lah den jalan2 keliling kota. Dari hotel ke kawasan tumpuan pelawat-agak jauh, tak boleh nak naik autorickshaw, kenalah naik teksi. Untuk ke selatan teksi-walla bawa melalui jambatan baru Bandra Worli Sea Link, yang merentangi laut. Kalau diambil gambar dari daratan, begini lah gambarnya ketika matahari hampir terbenam.

Kami juga melaui tempat yang dipanggil Haji Ali Circle. Di situ terdapat satu bangunan yang di panggil Haji Ali Dargah. Kabarnya, Haji Ali yang terkenal alim di zamannya telah meninggal diMekah. Kerandanya kemudiannya didapati telah berada ditempat bangunan itu didirikan.

hajiali

Orang ramai tak putus2 ke sana, sama seperti yang kelihatan dalam gambar ini. Memang sungguh kata seorang kawan, orang2 kawasan sebelah sini memang sangat spritual. Betul atau tidak semua belakang kira.

Mulanya den ingek nak ke Marina Drive aje, dan kemudian berjalan ke Crawford Bazar, tenguk2 apa yang patut dibeli dan akhirnya ke Mohammed Ali Road untuk cari kedai makan, tapi setelah berborak dengan teksi-walla dalam rojak english-urdhu , dia kata nak bawak ke Colaba. Ada kedai makan Islami dan Gateway of India kata dia. Kedai nak beli saree pun ada berdekatan. Itu pun lepas den kato, nak makan dulu dan belibelah sikit.

Lapar pula rasanya masa tu. Dia bawa ke restoran Delhi Dobor. “Kana acha”, kata dia. Hajat hati nak makan Mutton Beriyani, tapi dah habis pula. Den pun minta Rosh Jogann untuk dimakan bersama nasi putih serta garden salad dan sweet lassi. Harganya sangat berpatutan dengan keadaan restoran dan layanan.

Lepas makan teksi-walla bawa ke kedai berdekatan untuk cari saree. Jenuh duduk situ, depa tunjuk lepas satu, satu. Sedar2, sudah hampir nak gelap dan sebuah beg sarat dengan kain ditangan. “Thalatash” biji semuanya kata pembantu kedai yang nampak macam boleh berbahasa arab, sama seperti penjual yang melayan den yang boleh cakap arab beserta dengan loghat2 tempatan Oman, Qatar, Jordan, Iraq dan macam2 lagi. Rupanya dia pernah tinggal ditimur tengah selama 32 tahun ! Aduh, den berharap dalam hati sangat2 untuk berkebolehan seperti dia, tidak lah hanya boleh cakap arab seperti urdhu juga, hanya “tora-tora” saja.

Semasa balik, teksi-walla bawa juga melalui Gateway of India walau hari telah gelap dan sesak dengan manusia  dan kereta yang bersimpang siur dengan kereta kuda. Beginilah gambarnya jika den dapek berhenti mengambil gambar.

Sesak di mana2.

%d bloggers like this: