Archive for March, 2009

h1

Why you come and work here ?

29, March 2009

Perjalanan meredah kesejukan pagi dari bandara King Khalid membuka lagi basa basi dengan pemandu limo asal benua india. Tiada soalan yg lain akan keluar dari mereka2 ini jika dikatakan yg kita dari Malaya. “Mengapa datang kerja sini, Malaya kan banyak kerja !”. Memang payah nak memahamkan mereka atau mencari jawapan yg sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Jika sebelum memandu kereta sendiri dan menaiki limo setiap hari pergi balik kepejabat, hampir setiap kali itu lah soalan mereka bila kita cuba berbual. Pada mereka yg susah mencari pekerjaan dinegara sendiri, ada lah menjadi kehairanan bila ramai warga India, Pakistan dan Bangladesh bersusah payah ingin ke Malaya utk bekerja, tiba2 ada pula orang Malaya yg keluar dan bekerja di sini.

Kadang2 bila patahkan balik pada mereka, “sebab aku datang kerja sini lah, orang2 engkau boleh datang kerja ke Malaya”, adalah yg juga boleh terima walaupun secara gurauan sahaja.

“Rezki aku kat sini lah”. Inipun antara jawapan yg dapat menutup mulut sebahagian dari mereka. Terutama bagi yg paham qada & qadar, rezeki, pertemuan, ajal & maut semua adalah ketentuan tuhan, maka akan tersenyum dan mengangguk2 kepala. 

Memang ada benarnya kata2 mereka. Rezeki yg baik adalah ditempat sendiri.

Kesejukan pagi rupanya akibat penangan hujan semalam dan sepanjang peninggalan singkat tempoh hari, Riyadh telah beberapa kali dilanda ribut pasir yg melampau .

..dan warna keperangan kering padang pasir serta langit biru tanpa awan  menimbulkan kerinduan mendalam kepada bau selepas hujan, bunyi cengkerik, warna kehijauan serta kicauan burung ciak sahut menyahut diMalaya yg baru hanya kelmarin ditinggalkan.

Advertisements
h1

Hasad No More

25, March 2009

panggilan bro Naj dari Riyadh membawa kabar terbaru tentang kepimpinan didalam syarikat.

akhirnya, CEO jaga parking telah dikorbankan. Naj bercerita dengan penuh semangat. ada nada gumbira. sudah semestinya begitu. jika orang yg selalu menjadi duri dalam daging telah dinyahkan, maka tiadalah lagi derita kesakitan ditikam2 dek duri sembilu.

muga kerja2 disyarikat itu menjadi lebih sempurna dan tidak tertahan2 kerana tunggul kayu yg menjadi penghalang telah dialihkan.

muga2 semuanya lebih produktif

h1

Bakati samo barek, mauku samo panjang

23, March 2009

berat sama dipikul

ringan sama dijinjing

hati gajah sama dilapah

hati kuman sama dicicah

h1

Kepada penguasa bandara AbuDhabi dan pengurus Etihad.

12, March 2009

Sungguh cantik terminal 3 yg baru dibuka untuk pengguna.

Pesawat yg saya naiki dari Riyadh petang tadi telah mendarat di Terminal 3 dan kami pengguna yg perlu bertukar pesawat telah menanya pegawai bertugas, di terminal mana perlu kami tunggu untuk penerangan selanjutnya. Malangnya pegawai bertugas tidak tahu dan hanya bergantung kepada maklumat di boarding pass. Jika tiada maklumat disitu, maka beliau tidak dapat memberikan sebarang jawapan. Terpulang lah kepada penumpang dimana mereka ingin menunggu.

Saya telah memilih untuk masuk ke kawasan Terminal 3 untuk melihat2 kawasan yg baru berserta kedai2 dan restoran. Saya telah ke sebuah restoran untuk makan malam dan telah memesan Nasi goreng dan Kari daging. Saya bertanyakan samada mereka boleh menerima Saudi Riyal, tetapi dimaklumkan yg mereka hanya menerima matawang Dirham dan dolar Amerika sahaja. Saya diminta menukar wang dibawah. Saya fikirkan tentu ada pengurup wang di tingkat bawah, tetapi rupanya saya perlu ke Terminal 1. Saya pun ke Terminal 1 untuk menukar wang.

Bila di Terminal 1, saya telah ke Transfer Counter untuk menanyakan dengan pegawai Etihad, diterminal mana yg selalunya penerbangan ke Kuala Lumpur akan berlepas. Pegawai yg bertugas juga seperti tidak mempunyai maklumat, dan meminta saya memerhatikan maklumat yg dipaparkan di Display Panel sejam sebelum masa berlepas. Walaupun sakit tekak saya menceritakan alangkah penatnya saya nanti berualngalik dari Terminal 1 dan Terminal 3 yg mengambil masa 10 minit berjalan kaki, tetapi masa menunggu yg panjang menjadi modal dia mendesak saya supaya menunggu saja maklumat dipaparkan nanti.

Saya mengambil keputusan untuk makan sahaja di Terminal 1 ini kerana restoran nya menerima Saudi Riyal dan juga kerana sudah agak lapar.

Baru sebentar tadi, semasa melawat laman web Etihad, saya terjumpa maklumat berikut :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I’m traveling today – which terminal do I check-in at?
Please check the table below to determine if your flight currently departs from Terminal 3.  Terminals 1 and 3 share the same arrival facilities.

 

 Terminals Flights departing to:
 
 Terminal 3 Almaty, Bangkok, Brisbane, Brussels, Dublin, Frankfurt, Geneva, Jakarta, Kuala Lumpur, London Heathrow, Manchester, Manila, Milan, Minsk, Moscow, Munich, Paris, Singapore, Sydney, Toronto.
 
 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wah, sudah ditetapkan rupanya penerbangan mana yg akan menggunakan terminal 3 itu. Menjadi kehairanan pula, bagaimanakah maklumat ini tidak diketahui oleh staf ADAC malah staf Etihad sendiri ? 

Sebelum saya mengakhiri surat ini, ingin saya mencadangkan kepada tuan2 supaya memastikan staf bertugas supaya mempunyai maklumat terkini mengenai penerbangan dan terminal yg berkenaan. Ini akan mengelakkan para pengguna dan penumpang tidak keliru dan staf tidak akan kelihatan sangat dungu.

Dan seperkara lagi, sila pastikan kedai2 dan restoran di Terminal 3 supaya dapat menerima matawang2 lain seperti Saudi Riyal seperti yg dibuat oleh kedai2 di Terminal 1.

Sangat mendukacitakan, saya telah memilih makan malam di restoran di Terminal 1 sahaja dan tidak lah saya tahu apa yg terjadi kepada pesanan saya yg telah disediakan di restoran di Terminal 3 tadi. Mungkin dimakan saja oleh amoi2 yg bertugas.

Sekian. Selamat malam.

(Penumpang Etihad dan pengguna ADAC yg sedikit kuciwa)

[Terminal 1,  Bandara AbuDhabi]

21:48 | 12 March 2009.

h1

Berkat ibu

7, March 2009

[Cerita Shaikh tentang kisah hidup bapanya]

Bapanya ada lah anak bungsu dari 4 orang adikberadik.  Telah kematian ayah ketika berumur 4 tahun. Kemudian beliau yang menjaga ibunya hinggalah keakhir hayat si-ibu. Segala kemahuan dan kerenah ibu yg telah tua dilayan dengan penuh hormat dan kasih sayang. Pembantu rumah selalu merungut yg si-ibu meminta yg bukan2, tetapi selalu dipesan agar memenuhi apa sahaja permintaannya.

Mungkin dengan berkah menjaga ibu, perniagaan bapanya semakin maju dan kehidupan mereka agak senang dibandingkan adikberadik yg 3 orang lagi itu. Semasa bapanya meninggal, aset terkumpul beliau ialah 4Bil riyal.

Bapa shaikh tidak sekolah tinggi atau belajar keluar negeri samada ke London atau US. Beliau hanya punya prinsip kerja yg mudahnya iaitu:

i.     Ikhlas dalam semua perkara.

ii.    Bekerja keras setiap masa. Walaupun ketika umur agak lanjut dan punya syarikat yg kukuh, beliau tetap bekerja keras.

iii.   Bertawakal pada Allah. Setelah berusaha, terima sahaja apa keputusannya dengan reda dan sabar. Setiap perkara ada hikmahnya.

h1

kasih sayang pada ibu

7, March 2009

ini cerita kasih sayang antara anak dan ibu.

setiap bayi yg dilahirkan umpama kain putih. terpulanglah kepada ibubapa untuk mencorakkannya.

sedikit petikan dari cerita AR Rahman mendapat hidayat:

Talking about his reversion, Rahman said, “The whole process started with a sequence of dream. It was in 1988. I was in Malaysia and had a dream of an old man who was asking me to embrace Islam. For the first time, I did not take it seriously, but then I saw the same dream several times and I discussed it with my mother. She encouraged me to go ahead and to respond to the call of the Almighty.

bagi masyarakat benua kecil india, kedudukan ibu sangat penting dalam kehidupan. alangkah beruntung AR Rahman, bila ibunya menyokong penghijrahan nya kepada islam.

disekitar awal 90an,  ada seorang kawan (asal keturunan benua india) yg sama2 bertugas di kuching, sangat berminat dengan islam. selalu membaca dan mengkaji, malah pernah ikut sekali solat subuh di surau. hanya ibunya sahaja menjadi penghalang dia untuk menjadi seorang islam.  dia  berkata, ibunya mengugut akan membunuh diri jika dia masuk islam. begitulah dia hingga kembali bertugas di malaya.

ujian iman tidak mengira keluarga, keturunan dan juga bangsa. hanya Allah (swt) dan Nabi Muhammad (saw) sahaja yg mesti dikasihi lebih dari segala2nya. lebih dari bangsa, keturunan dan keluarga walau ibu sekalipun.

apalah kabarnya sekarang ? kali terakhir bertemu dengannya lebih 10 tahun yg lalu bersama anak isteri. muga masih ada jazbah disudut hatinya untuk mendapat jalan kebenaran dan muga cahaya hidayat menembusi dan menyinari kehidupannya.

h1

bergetar pancaindera

4, March 2009

Penghijrahan pulang beramai2 masyarakat expat di negara teluk sedikit sebanyak tempias juga kepada orang2 Malaya disini.

Walaupun mungkin bukan kerana kesan krisis ekonomi dunia, persepsi orang begitu-begitu lah. siapa sahaja yg pulang ketika ini akan dicap sebagai mangsa krisis.

Pada yg telah menjelaskan situasi mereka di kalayak ramai, tentu tiada masalah jerangkap samar prasangka serong. Namun bagi yg punya banyak rahsia, sembunyi2 dalam almari, tentu mengundang prasangka yg pelbagai.

Kawan datang dan pergi.

Dalam bahasa pasar para expat, kawan disebut sadiq.

Semalam dikelas hadis, Ust menerangkan perkataan sahib yg berbeza sedikit dari sadiq.

Sahib seperti sahabat adalah lebih rapat/akrap dari sadiq yg secara umum merujuk kepada kawan biasa. Sahabat ialah orang yg selalu bersama kita kesana sini.

Yer, mungkin juga boleh disebut, kawan datang dan pergi, tapi sahabat untuk selama2nya ?

Getaran dan gelombang krisis ekonomi sedikit sebanyak akan terkesan dimana2 jua. Umpama kita menjentik air di takungan, disetiap penjuru akan bergetar dan menerima gelombang. Apatah lagi bila air digegar gempa, tsunami melanda keseluruh pelusuk alam.

%d bloggers like this: