Archive for September, 2012

h1

Perjalanan mencari Tahawi dan dunia islam ketinggalan 100 tahun.

25, September 2012

Lawatan ke Philly memberikan kesempatan untuk mendapatkan naskah Tahawi mengikut pandangan berbeza dari naskah ulasan dari Darussalam, Riyadh. Perolehan terus dari penerbitnya di AICP Walnut St + 45th St.

Masih musykil. Jika kedua2 pihak menghormati dan menjadikan AtTahawi sebagai rujukan dalam ilmu tauhid, kenapa masih berbalah dalam hal ini ? Mungkin ulasan AtTahawi ini boleh beri sedikit sebanyak jawapan.

——————————————

Semasa di tanah Pak CIk Sam ini, di kebanyakan dunia islam masih panas mengenai filem Desert Warriors (inilah tajuk asal filem ini). Setiap hari berita umat islam berdemo di sana-sini di siarkan, apatah lagi dengan kematian duta dan rakyat mereka di Libya (walaupun baru sekarang Rumah Putih mengesahkan yang kematian itu tidak ada kena mengena dengan filem tersebut). Semasa mengulas berita umat islam berdemo di sana-sini, seorang pengulas telah berkata lebih kurang begini,

“dunia islam ketinggalan 100 tahun dari US/Barat, sebab itu tidak hairanlah mereka bersikap begitu…”

Ketinggalan bagaimana agaknya tu ? Banyak yang boleh didebatkan tentang perkara ini.

Namun, memang wajar kita marah bila Nabi dipersendakan.

Tapi adakah wajar kita melepaskan kemarahan kepada pihak yang tidak sepatutnya ?

Yang lebih patut ialah, lebih banyak orang persendakan, lebih kuat kita mahu mengikuti tariqah yang ditinggalkan Nabi.

Tetapi, jika kita sendiri tidak mahu ikuti tariqah Nabi, kenapa nak marah orang ? Malu lah kita pada diri sendiri.

Advertisements
h1

Jumaat yang panjang

23, September 2012

15 Sept 2012.
Perjalanan ke barat melalui timur akan menyebabkan hari menjadi panjang.

Walau bermula jam 11:00 pagi dari KUL, tiba di LAX jam 3:00 petang di hari yang sama.
Tanpa pemeriksaan yang ketat, alhamdulillah dapat keluar dengan cepat. Niat ke masjid berdekatan terpaksa dibatalkan kerana bila dicongak2 masa yang ada, besar kemungkinan tidak cukup untuk kembali ke LAX untuk penerbangan ke Philly.

Sebuah sudut di Terminal 1 menjadi tempat menunaikan kewajipan harian.

h1

The Gunners menembak jatuh The Reds ketangga bawah

3, September 2012

4:00 pm @ 2 Sept 2012

–   : ayah, hari ni arsenal lawan liverpool

+ : yer ker… arsenal menang lah, 2 – 0.

8:55 pm. semasa salam perpisahan.

+  :  umar, arsenal 2-0 tau. jangan nangis tau umar…hahhahah

+  : emmm… tenguk lah nanti siapa menang.

——————

8:00 am @ 3 Sept 2012. selepas baca keputusan EPL

+ : HAHAHAHAH…..

 

3:50 pm. panggilan telefon ke rumah.

+  :  hello…umar

–   :  ye…

+ :   apa jadi semalam…heheheh.

–  :   he he…betul lah wish ayah semalam…

+ :  hahaha…apa ni, ada suarez ke, sterling ke…semua tak jadi.. cuba lagi ekk.. hheheheh

–  :   hehehe…ye lah…

 

 

 

%d bloggers like this: