Archive for November, 2006

h1

27, November 2006

setelah hampir 6 bulan berusaha, akhirnya restoran melayu telah selamat di rasmikan.

Restoran Mutiara

walaupun restoran ini atas usaha orang2 melayu serumpun dari malaya, temasik, patani dan indonesia, tetapi kerana orang malaya yg jadi paksi, maka adalah nama malaya di restoran itu.

dato ambasador telah merasmikan pelancaran restoran dgn jemputan dari wakil2 saparat serta rakan dan taulan.

restoran menyediakan masakan, melayu, thailand dan oriental.
pekerja juga dari nusantara dgn tukang masak dari thailand dan malaya dan staff lain juga filipina.

 jangan lupa ke Mutiara bila bertandang ke Riyadh !

h1

Rindu

23, November 2006

Rindu datang lagi
bila kesepian sendiri

Memalingkan dari yg lain
mematahkan tingkah liaran
terbantut nasfu serakahan

terimbau jalan2 kenangan
terbayang cerita2 kita
segala patah bicara mu
segala lenguk langkah mu

hilang semua galau hati
bila rindu menyelami
tiada lain yg dipinta
tiada mau bicara

hanya bayangmu menjelma
tiada lain
tiada perlu yg lain !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mungkin ini bicara hati masa mula bertemu
anggap saja dinyanyikan dua dekad lalu !

Kasidah Cinta
Dhani Manaf

kujatuh cinta kepadamu
saat pertama bertemu
salahkah bilaku terlalu mencintai
dirimu yg tak mungkin mencintai aku

(oh Tuhan tolong )
aku langsung jatuh cinta kepadamu
cinta pada pandangan pertama
cinta yg bisa mengubah jalan hidupku jadi lebih berarti

oh mungkin hanya keajaiban Tuhan
yg bisa jadikan hamba-Nya yg cantik
menjadi milikku

aku bukanlah laki2 yg mudah jatuh hatinya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aduhhhhhhh aku jatuh cinta kepada mu !

lagi dan lagi dan lagi dan lagi…..

hingga tiada lagi…..

..

h1

Bukan anti

22, November 2006

isu yg sensitif bagi orang perempuan tapi selalu menjadi bahan jenaka dan bualan orang lelaki. perkara yg dibenarkan oleh agama, tetapi sangat di benci oleh orang perempuan.

siapa yg suka berkongsi ! itu hujah yg diberi orang perempuan. bila dibangkitkan perkara ini, pertanyaan yg sering ditanya ‘apa kurangnya saya ?’

mulalah terasa dikhianati dan tidak lagi dicintai.

mana pergi kasih sayang semasa bercinta dulu ?
mana pergi janji sehidup semati ?

yg berpatah arang sanggup minta di lepaskan, hilang sudah keinginan bersama.

tetapi lelaki tetap mempertahankan hak sebagai lelaki.

boleh pasang hingga empat
buka cawangan merata tempat

peduli apa perasaan orang yg menjadi teman setilam sebantal.
peduli apa perasaan orang yg susah payah bersama bertahun2 lamanya.

alahai …..ikut perasaan sangat orang perempuan ni. dah memang lelaki sifatnya dikongsikan, kongsi aje lah.

kemana pergi agaknya kasih sayang yg mula2 ?

kenapa agaknya mahu bercinta lagi setelah berkahwin ?
bukan cinta ? oooo..kalau bukan cinta, kahwin kerana nafsu ker ?

mahu membantu ? nak membantu kaum perempuan yg masih membujang ker atau membantu si awang kenit sendiri yg sentiasa mengaruk2 tak tentu arah tak pernah cukup ?

yg buat orang sakit hati, nikah sembunyi2. tak gentleman lansung ! lepas tu, cakap semua putar alam nak sembunyikan dari anak isteri. tak ke keciwa bila isteri dapat tahu ? keciwa di tipu hidup2 lebih parah rasanya dari di madukan. orang lain lebih tahu dulu dari keluarga sendiri. tak patut lansung. kalau betul2 LELAKI, cakap aje lah terus terang.

dan paling malang, selepas teruskan hasrat dgn segala macam alasan, lupa pula pada tanggungjawap pada keluarga pertama ! bengung apa ? memang mangkuk hayun betul. nampak macam orang beragama, kupiah tak lepas dari kepala serta berjubah dan berserban, tapi perangai menyebabkan orang pandang buruk. itu ker yg nak dijadikan pedoman buat orang lain ? buat malu kaum aje !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota :

Nabi s.a.w hanya berkahwin lain setelah Khadijah r.ha wafat.

Ali r.a hanya berkahwin lain setelah Fatimah r.ha wafat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s ini bukan cerita anti atau menolak ketentuan yg di tetapkan agama. segala apa ketetapan agama adalah kebaikan untuk semua umat, walaupun hati dan perasaan kita tidak menyukainya. Hanya Allah yg tahu apa yg baik untuk manusia ! manusia sahaja yg tak pernah mahu mengkaji dgn cahaya ilahi. cuma selalu bercakap ikut sedap hati !

%d bloggers like this: