Archive for November, 2012

h1

perjalanan penuh makna

29, November 2012

kerusi glamor di kuantang

cuti pertengahan minggu menghasilkan cuti panjang. orang-orang  di rumah membuat perancangan impromptu untuk ke Kuala Terengganu.

aku pung masukkan beberapa entri dalam itinerari mereka. antaranya, mee calung dan studio rajawali.

setelah berdebat samada taman cenderawasih dan taman cenderawasih indah adalah tempat yang sama atau berlainan tempat, kami akhirnya sampai ke lokasi yang gempaq itu.

anak-anak mengecam lokasi studio dengan bahan-bahan seni di pondok seberang jalan tempat AJ membatik.

dan sudah tentunya bergambar dikerusi ajaib.

————-

tempat seterusnya ialah mee calung beserah.

setelah hanya mendengar sejak lebih sepuloh tahun dulu dari Dol, akhirnya dapat juga merasa mee ini.

tidak menghampakan.

—-

lawatan ke KT penuh makna dengan kejayaan menemui seorang teman yg telah lama tak bersua, hampir 12 tahun, di losong hj mat shafie. sungguh terharu.

—-

orang rumah gembira selepas memborong batik di payang.

—-

bila sampai dirumah, kami diberi pengajaran hidup yang hakiki – setiap benda didunia hanyalah pinjaman dan amanah untuk dijaga sementara. bila-bila masa boleh diambil pergi dari kita.

itu lah KEBENARAN yang tidak dapat di PALSUKAN kebenaranya !

%d bloggers like this: