Archive for December, 2009

h1

Ikut sunnah ker ?

21, December 2009

big love

Pasang satu lagi memang salah satu bahan cerita yg menarik di malaya.   Apatah lagi jika berkaitan dengan orang terkenal, antara politikus dan artis misalnya. Surat kabar buleh laku dibuatnya. Hits laman web buleh naik.

Walau dibenarkan dalam agama, tetapi tetap akan ada pihak yg terasa disisihkan. Maka keluarlah kenyataan2 membela diri berikut:

“Banyak hati yg hendak dijaga”

“Saya pun kena menjaga hati orang lain dan mungkin ketika ini juga sebenarnya ada pihak yang sudah terguris”

Piii rahhhh….banyak lah engkau punya songel. Jaga hati apa kebendanya kalau dah menguris hati orang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘Nak ikut  sunnah’ menjadi salah satu kata2 yang digunakan orang malaya sbg alasan untuk beristeri lain.

Betul ker tu ?

Semua sedia maklum yang Nabi hanya berkahwin lebih dari satu setelah isteri pertama baginda Khadijah r.ha wafat. Dan semua sedia maklum betapa cintanya baginda kepada isteri pertamanya hingga menimbulkan kecemburuan Aishah r.ha.

Begitu juga bila Nabi mendengar rancangan puterinya akan dimadukan, baginda menegur supaya jangan sekali-kali menyakiti Fatimah puteri Baginda, kerana itu adalah serupa dengan menyakiti baginda sendiri.  Saidina Ali r.a akur dengan teguran itu. Saidina Ali r.a  hanya berpoligami setelah kewafatan Fatimah r.ha.

Nah, sekarang sunnah siapakah yg diwar2 kan ? Nafsu ?

Mungkin global ikhwan ada jawapannya ? Ingin meramaikan ahli ker ?

h1

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

19, December 2009

Syafiq yg sudah bertukar ke anak syarikat datang ke pejabat pagi tadi. Setelah lama tak jumpa, dia masih dengan pertanyaan nya yg biasa.

” How’s life without wife ?”

Sambil memandang kepada Usop disebelah, “Ha  ha ha..Usop, dia tak tahu lah., hahhaha… Try ask me tomorrow”

“Why ? ”

” My family will be here tonight”

“Owhh….whole family ?

“Yes, Insyaallah !…”

“Ohh..now you want to spend your money haaa”

“Ya laa.. I am miskeen now”

“Ohh..honeymoon aaaa… you want our help ? you no..we can help you to decorate the car..like new marriage you know. We can even decorate the bathroom if you want!… hehehe”

“Ha ha ha…”

——————————————–

Baik, esuk2 buleh lah tanya  “How’s life with wife ?”

Ahhh… sudah gerahu cendana pula..

h1

Pojok Pak Tuo Jenggut

7, December 2009

Bersoal jawap apa saja bersama Pak Tuo Jenggut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tarikh : 7 Dec 2009

Apa masalahnya ?

Soal :

Salam Pak Tuo,

Saya ada masalah sikit lah. Saya ni merasa seperti di pulaukan oleh masyarakat lah. Saya ni duduk di negara orang, di tengah padang pasir pulak tu. Orang Malaya disini bukan nya ramai mana pun. Buleh lah lagi dikira dengan mesin kira. Tak lah sampai juta2 macam orang Bangladesh atau Indonesia kat sini. Namun saya merasa sangat mushkil lah kerana kawan2 Malaya yg duduk sama blok dengan saya selalu dijemput makan2, kenduri ke atau jamuan makan ker tetapi saya ni tidak pula dijemput sama. Kalau nak dikatakan tuan rumah tu tak kenal saya, mustahil lahpula sebab pernah berjumpa di majlis2 dan mereka juga ada yang datang ke rumah jiran seblok saya tu. Apakah sebabnya Pak Tuo ? Adakah sebab saya ni anti-masyarakat ? Adakah saya ni muka tak berseri ? Adakah saya ni sombong sebab tak pandai bercerita seperti orang lain ? Adakah sebab saya ni bujang takde isteri disni ? Apolah sobab ee ?

Jawap :

Sabar ! Ekau jangan marah kalau orang tak jomput. Mengikut sifat ikram muslimin, ekau kono bagi hak, tapi jangan minta hak. Contoh eeh, macam kes ekau ni lah. Kalau ekau buek kenduri, jomput semuo orang, tapi kalau orang buek kenduri jangan lah nak mengharap orang tu jomput ekau ! Diam2 ajo. Kalau dijomput, Alhamdulillah, kalau tak di jomput pun Alhamdulillah lah jugak. Jangan lah kocek hati yer. Sonyum ajolah orang nak buek apo pun.

salam.

h1

janganlah takut bersendirian

2, December 2009

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

%d bloggers like this: