Archive for July, 2014

h1

“Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah”

27, July 2014

Al Khair penuh pagi ini ketika solat suboh. Bagaikan solat Jumaat lagaknya. Mungkin saja hasil tarbiah dibulan ramadhan ini hingga jemaah tidak mahu ketinggalan menghidupkan malam terakhir ramadhan tahun ini. Semua golongan ada bersama, tua dan muda, karyawan dan usahawan, orang tempatan dan pekerja luar negara. Semuanya rapat dalam barisan saf-saf.

20140727-170428-61468136.jpg

[https://www.facebook.com/Masjid.AlKhair/photos/a.10151802576806866.1073741833.194522891865/10152543555406866/?type=1&theater]

Imam sebak semasa membaca surah. Begitu juga ketika qunut. Mungkin sedih mengenangkan ramadhan akan berlalu pergi bersama mentari syawal esuk hari.

Kuliah suboh menyegarkan minda bagi yang mendengar walau jasad keletihan berjaga malam 29 ramadhan. Al Ustaz Zainal Arifin Sarbini Hafizahullah masih bertenaga memperincikan kebesaran Allah yang patut diimani. Betapa Allah berkuasa membuat segalanya walau mustahil pada fikiran insan. Kun fa ya kun ! Akal kita yang terhad tidak akan dapat memikirkan, hanya perkabaran dari Ummul Kitab yang menjelaskannya. Itulah iman bagi yang menyakini. Penyesalan lah di hari pembalasan bagi orang yang tak mahu beriman seperti yang dirakam di akhir surah Al Naba’ “Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah”.

~ masjid al-khair, 1 Teck Whye Cresent.

h1

Sisi gelap itu makin kelam

10, July 2014

ada satu sisi yang sukar dibuang dari kehidupan. sisi yang tidak ketahuan oleh orang sekeliling. sisi yang mahu diselindungkan dari orang ramai. selalunya sangat bertentangan dengan wajah yang ditunjuk kepada umum.

hipkorit ?

bermuka-muka itu memang sifat hipokrit.

tetapi jika kekurangan dan sifat buruk disembunyikan dari mata-mata manusia, lebih baik biarkan begitu, jangan lah pula membuka aib sendiri dengan menceritakan kepada khalayak ramai.

Allah dah tutup, jangan dibuka pula.

berusahalah… untuk menjadi diri sendiri seperti yang sepatutnya

jangan bayangan gelap menghantui kehidupan…

——–

berhembus angin malam, mencengkam menghempas…

 

 

h1

bila lagi mahu kembali ?

4, July 2014

dia yang tercari-cari jalan pulang telah mengambil langkah jitu untuk mengikuti jalan itu. jalan yang membawa bahgia bukan sahaja di alam fana ini, malah ke alam-alam seterusnya. jalan yang memastikan tempat tujuan pengakhiran segala alam-alam ini adalah tempat yang diimpikan semua.

 

kita yang telah di tunjukkan jalan itu sejak lahir hanya masih bermain-main dengan hati dan akal untuk tidak bersungguh mengikuti jalan itu. masih ada waktu, bisik hati. ketika muda ini, biarlah ikut aku, hasut nafsu. sekurang-kurangnya kita sudah tahu jalan itu, mudahlah nanti nak berpaling ketika umur tua, ketika kudrat mula merosot, pujuk hati lagi.

IMG_0614-002

kita masih bermain-main dengan nikmat utama yang diberi, tanpa rasa curiga nikmat boleh diambil pergi dalam sekelip mata bagai ombak tsunami, hilang semuanya tanpa sempat kita berbuat apa-apa.

 

begitulah, masa yang berlalu akan terasa begitu pantas. tanpa sedar, waktu senja telah hampir, tiba masa setiap pengembara dipanggil pulang. bila diimbas kembali perjalanannya selama ini, barulah disedari akhirnya yang kita hanya akan sendiri menghadapi kehidupan yang akan datang. tiada siapa yang dapat menolong dan tiada siapa yang dapat membantu. segala apa yang diperbuat selama perjalanan hidup ini, itulah sahaja yang akan menghantui perjalanan seterusnya.

ketika senja berlabuh, perjalanan yang baru akan dimulai. namun kita tiada daya upaya untuk berbuat apa-apa dalam perjalanan yang panjang itu. hanya menerima apa pun yang akan menimpa. tiada upaya untuk mengelak atau menolak, azab mahupun nikmat ganjaran masing-masing. semuanya hanya bersendirian. sendiri merasa.

perjalanan di sini, hanya seketika. perjalanan disana, lama masanya.

hanya sang pengembara sering terlupa, hanya di sini tempat mengumpul segala bekalan untuk perjalanan yang jauh di sana.

jika lupa mengumpul bekalan,  sengaja menempah safar panjang yang penuh sukar dan sengsara !

 

 

 

 

 

 

h1

al – hidayah II

3, July 2014

dikala para hamba mencari-cari rahsia seribu bulan

ada yang masih tidak terkesan dengan suasana rahmat

 

dikala para kekasih mencari-cari rashia malam syahdu

ada yang masih terleka dengan kesibukan dunia yang bagai tiada penghujungnya

 

hanya hidayah yang dapat mengubah segalanya

menarik diri rapat kehadratMu

 

tapi…

usaha kena perlu

pujuk rayu tanpa letih dan putus asa

diakhiri dengan doa muga Pemegang Hati memenuhi hati-hati kita dengan hidayahNya

 

Hidayah

Senja memanggil pulang sang pengembara

Menangis ia

Melihat keperihan zaman pencarian

Katanya…aku sendiri

Perjuangan dulu hanyalah ujian

Hanyalah bayangan

Untuk menghadapi perang yang utama

Hanyalah diriku sendiri

Dan hidayah selama ini

Hanyalah engkau yang ku dambakan

Dan semoga sejahteralah

Engkau padaku

Oh! Hidayah

Dan tanpamu apalah aku

Apalah aku tanpa hidayah

—-

Senja memanggil pulang sang pengembara

Menangis ia

Melihat keperihan zaman pencarian

Katanya aku… yatim.

~ M.Nasir ~

%d bloggers like this: