Archive for January, 2011

h1

tambah lagi

19, January 2011

Den pergi lagi ke kedai itu kerana bekalan makanan puyu dan sepat biru sudah kehabisan. Lambat lah nak besau depa tu kalau kurang makan. Cik kidding selalu mengiat, ayah ni suka ekk ikan tu besau, nanti bolehlah ayah masak kan..kan..kan….Memang begitulah yang den katakan. Sebenarnya begini, dulu den cuba bela ikan kap, tapi asyik mati aje bila di alihkan sekejap semasa kolam dibersihkan. Tak lalu pula untuk dibikin lauk. Akhirnya den beli ikan puyu aje. Kalau mati, bisa di goreng bikin lauk, begitu kata den pada cik kidding. ha..

Sungguh mengasyikkan ikan2 didalam kotak akurium, di kedai. Rasa nak dibeli kesemuanya. Setelah berlegar beberapa kali pusingan antara ikan2 tu, akhirnya  disamping makanan2 ikan yang menjadi tujuan asal ke kedai tu, den terbeli juga 4 ekor lampam.

Semalam den tanya cik kidding, ada tenguk ikan tak ? Kenapa, dia tanya. Manalah tau dia beranak ke bertambah ker ?

Sebentar tadi selepas balik sekolah agama, cik kidding melihat kolam.

Ehhh…ayah beli ikan lagi ekk…

h1

mencari-cari

16, January 2011

Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu sayang…

h1

Stanza X – Tabularasa

4, January 2011

Ode. Intimations of Immortality from Recollections of Early Childhood – William Wordsworth

Stanza X

Then sing, ye Birds, sing, sing a joyous song!
And let the young Lambs bound
As to the tabor’s sound!
We in thought will join your throng,
Ye that pipe and ye that play,
Ye that through your hearts to-day
Feel the gladness of the May!
What though the radiance which was once so bright
Be now for ever taken from my sight,
Though nothing can bring back the hour
Of splendour in the grass, of glory in the flower;
We will grieve not, rather find
Strength in what remains behind;
In the primal sympathy
Which having been must ever be;
In the soothing thoughts that spring
Out of human suffering;
In the faith that looks through death,
In years that bring the philosophic mind.

h1

putaran hidup kembali

4, January 2011

ketiadaan mobil2 yang terpaksa di bengkelkan meninggalkan hanya sepeda motor dirumah untuk kesana sini.

tina yang sering mahu dihantar kesekolah walaupun duit bas achik telah dibayar untuk bayaran pergibalik sangat teruja bila dibawa dengan sepeda motor ke sekolah.

begitu lah kawan, sepeda motor lebih memudahkan dalam kesesakan sehari2 diwaktu2 persekolahan begini.

 

%d bloggers like this: