Archive for March, 2015

h1

Kita yang buat dia, bukan dia buat kita.

19, March 2015

Itu lah kata-kata yang sering diungkapkan oleh emak, bila saja anak-anak mengadu masalah berbuat sesuaut.  Pada emak, musti ada jalan untuk menyelesaikan apa jua permasalahan. Macam semangat McGyver lah. Tentu ada saja penyelesaian. Workaround kata orang pejabat. Itu juga bahasa orang IT.

Emak menanamkan sifat berusaha terus tanpa mengalah.

Bila dipikirkan kembali, semangat itu sudah mula nampak pada anak-anak dan cucu-cucu emak. Pelbagai masalah yang menimpa, masih terus berusaha mencari jalan keluar tanpa mengalah atau menyerah kalah.

Dan muga emak tersenyum memerhati semasa kerehatan dibawah lindungan redha yang Pengasih dan yang Penyayang.

%d bloggers like this: