h1

tiada apa lagi yang dipinta

18, March 2014

Ya Allah, kasihanilah ibu kami yang telah Engkau panggil pulang setahun yang lalu,

Walau dikala kami masih mahu bermanja dan mendengar tutur katanya.

Walau dikala kami masih mahu diberi kesempatan berbakti dan menghulur kasih sayang seorang anak kepadanya. miski kami sedar tidak akan setara dan terbalas segala jasa bakti dan kasih sayang yang diberi sejak kami masih kecil hingga dewasa.

Tak kan kami lupa senyuman yang sentiasa terukir bila bertemu.

Tak kan kami lupa segala tunjuk ajar didikan yang diberi dalam kelembutan kasih sayang seorang ibu.

Semua permintaan anak cucu jarang dihampakan walau berapa sukar pun ia.

Segala suka duka yang kami harungi bersama ibu akan jadi kenangan hidup ini.

Ampunkan ibu kami ya Allah, jika ada sebarang kesalahan dan dosa. Ampunkan lah.

Kasihani lah beliau seperti mana beliau mengasihi kami semasa kecil.

Ya Allah Ya Tuhan, kami bermohon padamu ya Allah, jauhkan  siksa kubur mu untuk ibu, berilah cahaya penerangmu ya Allah, lapangkanlah kubur untuk ibu, juga berilah ketenangan dan kebahagiaan untuk ibu di alam sana.

Tiada daya upaya kami lagi untuk berbakti kepada beliau.

Hanya doa dari kami anak-anak nya.

Kau terima lah ya Allah.

Kau terima lah ya Allah.

Hanya engkau yang tahu kesedihan dan kerinduan kami ini.

Janganlah kau biarkan kesedihan dan kerinduan kami ini sia-sia, melainkan kau ampuni lah ibu kami dan rahmati lah beliau.

Kau mudahkan lah kehidupan dialam2 seterusnya sehinggalah kau masukkan beliau kedalam Syurga Firdaus mu..

Ya Allah…

Ya Allah…

terima lah ya allah… ya Rahman..ya Rahim..

18 Mac @ 11:15 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: