Archive for March, 2013

h1

salam dari utara

28, March 2013

salam bro lope,

semuga kamu dalam sihat.

banyak yang terjadi dalam beberapa bulan ini dan yang terdekat beberapa pekan ini.

namun hidup masih dalam bayangan dunia yang tidak pernah berhenti untuk menghidangkan kesedapan santapan nafsu serakah. dalam kehidupan yang hampir mencapai setengah abad, hati masih tidak terenggang dengan asyik masyuk duniawi.

sungguh cemburu yang amat sangat aku dengan mereka yang kekal dalam perjuangan menentang hawa nafsu.

lope,

orang yang ku kasihi telah pergi. pergi meninggalkan kami semua, buat selama-lamanya. meninggalkan kami yang masih merindui kasih sayangnya  merindui senyuman nya. merindui gelak tawanya.

setelah keluar masuk hospital untuk beberapa bulan, dengan kesihatan yang tidak teratur, kami semua perlu akur, masanya telah tiba untuk kami melepaskan emak pergi dulu berjumpa Pencipta yang Maha Pengasih dan Penyayang.

entah mengapa, adakah ketahanan diri yang tinggi atau kezulmatan yang telah menebal dalam hati,  sukar benar rasanya untuk menitiskan airmata. sepertinya sengat kehilangan ini masih belum benar-benar menusuk kejiwa-raga.

hanya sedikit kepuasan, kerana telah dapat bersamanya sejak kembali dari perantauan.

tetapi tidak puas sepenuhnya kerana tidak dapat menatap matanya buat kali terakhir sebelum emak diberi bantuan pernafasan. dan emak tidak sedar-sedar hinggalah ke pernafasan terakhir setelah 5 hari di ICU.

masih banyak yang mahu aku bicarakan. masih banyak yang mahu aku kongsikan. itulah yang selalu dikatakan oleh orang yang terpaksa berpisah.

memang sukar perpisahan ini, kerana tiada pertemuan kembali.

hanya disana nanti, muga dipertemukan semula, bonda yang kucintai.

sementara itu, semuga damai lah bonda disana,  disisi Tuhan yang Esa.

h1

Dunia itu….

12, March 2013

menipu !

matilah kau

matilah kau  dunia..

—————————————

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia ooh

%d bloggers like this: