Archive for November, 2014

h1

Episod : Hari terakhir pejabat

7, November 2014

Hari ini hari terakhir disitu. Semuanya perlu dikemaskan dan dibawa keluar. Walau berat hati, ianya terpaksa dilakukan. Tuan punya sudah lama bersabar dan memberi masa yang panjang untuk penyelesaian. Namun masih tiada nampak bayang-bayang jalan keluar untuk kemelut yang panjang ini. Terpaksalah akur pada kesan yang mendatang.

Tiada dendam dihati.

Apa sahaja yang bernilai dan berguna diambil untuk simpanan. Jika pejabat baru dibuka nanti boleh lah diguna semula. Jika tidak, jadi harta sendirian berhad lah nampaknya. Dengan hutang syarikat pada staf yang masih sangat banyak, kemungkinan barang2 yang diambil menjadi harta sendiri sangatlah besar.

Biarlah begitu. Daripada dijual pada pembeli barangan terpakai dengan harga yang tak seberapa dan hasilnya perlu diberi pada orang lain baik kita simpan sendiri. Buat kenangan lah katakan, ya tak?

Well, itulah halikat hidup ini. Tiada yang kekal abadi. Semuanya bertaraf sementara cuma.