Banyak yg buleh di pelajari dari kejadian sehari2 samada dari orang2 sekeliling kita, kejadian alam, malah dari kehidupan binatang dan haiwan2 melata sekalipun.
Bukan perlu tunggu duduk di kelas, ataupun bilik2 seminar ataupun menghadiri persidangan2 antarabangsa. Guru2 tidak rasmi ramai disekeliling. Cuma perlu peka dan berlapang hati untuk menerima.
Cuma perlu pastikan pintu ilmu tidak tertutup.
Pintu ilmu akan tertutup, jika kita mengatakan kita sudah tahu ! Namun selagi kita berkata, kita perlu belajar atau saya masih belajar, walau dalam apa bidang pun, maka selagi itulah pintu ilmu masih terbuka, dan kita akan di ajar melalui pelbagai cara, melalui pelbagai orang dan pelbagai peristiwa.
Tidak mustahil kita buleh mendapat ilmu hatta dari pengemis atau penyapu jalan sekalipun.
Semuga ego tidak menghalang kita dari menerima ilmu dari Tuhan.
+ oo…itu tag line john grisham tu, dalam buku baru dia lah, the appeal, bahan bacaan i di sungai tu…
– wah…amboi u ni, suka membaca kat sungai ekkk…tentu mendamaikan fikiran ekk..
+ hahaha…. iyo lah tu, entah la.. yer la kot
– eehh…betul ke u ni, tapikan kat negeri kita pun dah jadi lebih kurang mcm buku tu lah..
+ ooo…macamana tu ?
– alaaa..macam tu lah, kalau nak pastikan menang kes mahkamah tu, pastikan hakimnya orang yg buleh mendengar cakap. alaaa..bukan u tak tau, bukan kah itu hari diorang lantik orang dia menjadi antara hakim terkanan..
+ o..ha ah ekk..
– macamlah takde lagi hakim2 kat malaya tu yg buleh buat kerja..dari luar pulak tu, bukannya hakim2 sediaada…
+ emmm…. ha ah betul tu
– so…bila hakim perdana bersara nanti, dilantik lah orang dia tu jadi hakim perdana. haa.a.. kan senang nak pastikan keputusan kes2 penting berpihak pada dia
+ ooo…gitu…masalah negara tu kan…tak tau lah i, yg i tau, i ni suka membaca…sebab tu bila ke sungai pun i membaca…tapi apa kita nak buat ekkk ?
Arus pembangunan terus berjalan dengan pesat. Di padang pasir ini, setiap hari kelihatan bangunan baru dibina. Ar Riyadh makin rancak dan semakin berkembang. Tanah2 keras kering kontang bertukar menjadi hutan2 batu. Ikut bercambah ialah, gudang2 perniagaan yg muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. bagi yg hobinya membelibelah, disini lah syurga nya. cakaplah apa saja, peratusan untuk mendapatkan nya sangat tinggi. Hanya perlu kaki yg kuat dan kesabaran yg tinggi untuk mengharungi berpuluh2 kalau tidak pun beratus2 pusat membelibelah.
Dipagi sabtu ini, sang suria muncul suram. Kabut menyelubungi pemandangan di lebuhraya. suhu pun tidak sepanas hari2 dulu.
Masuk saja ke jalan Mekah/NRR, kelihatan kereta berjalan perlahan dan dihadapan bersusun kereta, zammah jiddan ! Mungkin ada kemalangan diwaktu2 jerebu begini apatah lagi semuanya memecut paling kurang 120 km/jam.
Keputusan di buat utk terus masuk ke jalan Al– Orouba bagi mengelak zammah, cuma kena beratur di isyarah lah pulak dan bersabar saja dengan aksi pemandu2 arab yg datang dari kiri, kanan depan dan belakang untuk mencelah. Cuma dari atas saja tak de kereta yg datang.
Semuanya seperti tiada kesabaran umpama membawa pesakit tenat kronik yg dah nazak. Bayangkan dia mahu ke kiri, tetapi berada di barisan paling kanan (kerana kurang kereta di situ), dan di tengah lampu isyarat terus menghimpit ke kiri.
Menyumpah seranah lah sebanyak mana pun atau sebinggit mana pun hon di bunyikan, semuanya bagai makanan harian mereka. Itu lah yg makin menyesakkan di pagi hari dan di masa2 puncak. Mungkin mereka yg sangat2 perlu terkejar kesana kesini seperti dia saja yg perlu menggunakan jalanraya di haramkan menaiki kereta dan di suruh naik unta atau kuda agar bebas masuk selit menyelit ke kiri ke ke kanan, melintang menegak tergolek terlentang. lantak lah.
Tapi kalau tiba masa begitu, kereta2 juga sudah kurang jualannya, mungkin kena cari kerja lain lah pula kita ni pun..or balik kampung saja lah ya…
ketika musim kering hampir berlalu, gelap malam semakin cepat menghalau siang dan makin lembab berangkat pergi di pagi hari. air di kali tidak lagi panas suam2 kuku dikala pagi, menandakan suis pemanas air perlu di buka sekarang untuk bermandi manda dipagi hari.
namun hari yg datang, bersemarak bercahaya, limpah rahmat yg Maha Mulia. semua bagaikan mengikut rentak tari mistikal penuh senada berirama. tiada yg janggal.
ceria dan gumbira menambahkan seri hari. syukur nikmat dianugerahi tanpa henti. syukur lagi dan lagi. muga terusan begini tiada lara keciwa atau prasangka yg hanya menambah siksa di jiwa.
masa terus berlalu tanpa ada lampu isyarah yg bisa menghentikan detik waktu. detik demi detik semakin menyingkatkan kehidupan dialam fana ini. detik demi detik semakin hampir pada titik noktah terakhir kehidupan yg pasti tiba. tanpa sangsi tanpa ragu, ianya pasti dan pasti. singkat hidup bagaikan diantara azan dan qamat, hanya 25 minit. titik. apa yg mungkin di buat sesingkat itu ?
peluk lah, dakap lah, genggam lah dan gigit lah segala nikmat yg diberi cuma pinjaman hari ini. esuk mungkin diminta kembali. ketika itu redha dan redha lah. aku dan kamu saling meredhai. kerana kita tidak punya apa2 sebenarnya, kosong tangan kosong dada, hanya nikmat sebentar sebagai pinjaman jangka pendek. mungkin 60 – 70 tahun sahaja.
peganglah, genggamlah kesahihan iman yg luhur murni dan amal penuh kesolehan tanpa ada ragu dan haru biru…
You are currently browsing the Pojok Seorang.Orang blog archives for October, 2008.
Hadith
"Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, Allah telah mewajibkan atas kalian berpuasa di dalamnya, dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka jahim serta dibelenggu pemimpin-pemimpin setan, di dalamnya Allah mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan siapa yang dihalangi untuk mendapatkan kebaikannya maka ia telah benar-benar dihalangi dari kebaikan". Hadits riwayat An Nasai