Archive for May, 2010

h1

di kala di rundung kegalauan.

27, May 2010

hati buleh menjadi resah tak tentu arah. bila timbul sesuatu persoalan yang tiada jawapannya kegelisahan tak akan kunjung padam. sementara menanti terjawapnya semua persoalan, kepada siapa lagi yang dapat diadukan segala kegelisahan ? kepada siapa ?

Menjaring matahari

[pak ebiet]

Kabut
Sengajakah Engkau
Mewakili Pikiranku

Pekat
Hitam Berarak
Menyelimuti Matahari
Aku Dan semua yang ada di seklilingku
Merangkak menggapai dalam kelam

Mendung Benarkah Pertanda Akan segera turun hujan
Deras Agar Semua Basah Yang ada di muka bumi
Siramilah juga jiwa kami semua
Yang tengah dirundung kegalauan

Roda Jaman Menggilas Kita
Terseret Tertatih-tatih
Sungguh Hidup terus diburu berpacu dengan waktu

Tak ada yang dapat menolong selain yang di sana
Tak ada tempat yang membantu selain yang di sana
Dialah Tuhan
Dialah Tuhan

h1

haiku sembrono nyanyian rindu

17, May 2010

—1—

dua dekad sudah

ikat janji terpadu

terus tersemat

—-2—-

dunia berubah

tika kau sambut

bisikan hati ku

—–3—–

maafkan aku

bulan madu diawan biru

masih impianmu

————————

KEKASIH

[oleh tongkat warrant]

Akan ku pintal buih-buih

Menjadi tali mengikat mu

Akan ku anyam gelombang-gelombang

Menjadi hamparan ranjang tidur mu

Akan ku tenun awan-gemawan

Menjadi selendang menudungi rambut mu

Akan ku jahit bayu gunung

Menjadi baju pakaian malam mu

Akan ku petik bintang timur

Menjadi kerongsang menyinari dada mu

Akan ku jolok bulan gerhana

Menjadi lampu menyuluhi rindu

Akan kurebahkan matari

Menjadi laut malam mu

Menghirup sakar madu mu

Kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti

dengan syurga ilusi

h1

jangan dilanjutkan tanpa usul periksa

16, May 2010

satu email telah masuk ke petisurat hari ini.

—————————————————————

JANGAN BELI BUAH-BUAHAN YANG  TELAH SIAP DI POTONG!
A 10 year old boy, had eaten pineapple about 15  days back, and fell sick, from the day he had eaten. Later when he  had his health check done…doctors diagnosed that he had  AIDS. His parents couldn’t believe it…Then the entire  family under went a check-up… none of them suffered from Aids. So the doctors checked again with the boy if he had eaten out…The boy said ‘yes’. He had pineapple that  evening. Immediately a group from Malaya Ho spital went to the  pineapple vendor to check. They found the pineapple seller had a  cut on his finger while cutting the pineapple, his blood had spread  into the fruit. When they had his blood checked…the guy was  suffering from AIDS….. but he himself was NOT aware.  Unfortunately the boy is suffering from it now. Please  take care while you eat on the road side. Please  forward this mail to your dear one.

————————————————

mungkin kerana membuak2 semangat untuk menyampaikan sesuatu untuk kebaikan semua membuatkan si pengirim terus sahaja melanjutkannya kepada email groups tanpa usul periksa.

tapi alangkah baiknya kalau di teliti dulu message yg diterima itu, adakah benar atau hanya sampah. jika malas memeriksa, lebih baik jangan nak rajin2 pula melanjutkannya kepada orang lain.

jika dibuat carian ttg nya akan diketahui yg ianya hanya salah satu dari sampah2 di-internet. jika di google katanama “pineapple aids” telah tersenarai di tangga teratas spt berikut :

——–

14 Aug 2006  Did a child contract AIDS through eating a pineapple that had been  The summer of 2006 saw a rumor similar to the panipuri/pineapple one 
http://www.snopes.com/horrors/food/pineapple.asp

7 Apr 2006  Message claims that a ten-year-old boy was diagnosed with AIDS after  He had pineapple that evening.Immediately a group from Mallya 
http://www.hoax-slayer.com/aids-burger.html

———

kalau nak lebih pasti, buat carian ditempat2 yg memang kerjanya mengkaji  sampah2 yang tersebarluas dalam alam maya seperti berikut :

http://www.snopes.com/snopes.asp

http://www.hoax-slayer.com/

h1

Nota 15 May 2010.

15, May 2010

berhenti menjadi doktor kerana menjadi pendakwah sepenuh masa setelah mendengar sh ahmad deedat. [dr zakir naik on how he started doing dakwah, interview peace tv]

persoalannya :

bagaimana ya kalau semua doktor islam meninggalkan profession kedoktoran dan menjadi pendakwah sepenuh masa ? tidak boleh kah doktor membuat dakwah sambil terus bekerja sebagai doktor ?

————————————-

h1

Meletak sesuatu biarlah pada tempatnya

9, May 2010

[coretan menghiris di hari ibu]

walaupun emak asalnya satu kampung dengan ayah, tapi beliau tidak menggunakan gelaran opah, seperti biasanya gelaran untuk nenek yg digunakan oleh keluarga sebelah ayah. semua cucu2  disuruh memanggilnya atok. maka ada 2 atok lah, atok lelaki dan atok perempuan. adakah disengajakan atau tidak, tapi keadaan ini dapat mengelakkan dari cucu2 keliru dengan seorang nenek lagi dalam keluarga kami, yg dipanggil opah.

aku yg sering bersama emak di waktu2 sukar, melihat dan boleh merasakan kepedihan dan kelukaan hati emak bila dikejutkan dengan saingannya dalam keluarga kami. walaupun ketika itu ada seorang anak yg ditimpa sakit perlu diberi perhatian,  tempat bergantung kasih sayang pula telah menambah satu tanggungjawap lain.

memang menyedihkan bila tempat bergantung harap sering tiada dirumah dengan alasan ke luar daerah. ada ketikanya, diwaktu itulah abang yang sakit mengamuk dan sukar dikawal. aku sering dikerah emak untuk memberitahu ayah melalui cawangan syarikat tempatnya bekerja.

alangkah sedihnya bila akhirnya diketahui yang keluar daerahnya ayah adalah untuk kerumah satu lagi.

setelah berdekad masa berlalu, tapi bekas2 luka masih dapat dikesan dari tingkah laku dan tutur bicara.

ketika melihat satu komen dimukabuku oleh seorang cucu atok yang akan menghabiskan masa hari ibu dengan melawat atok dan opah, terasa hati seperti ditoreh dengan pisau belati. ketika atok yg sedang agak uzur dirumah kesaorangan, mengapa opah itu yg diraikan ? mengapa ?

p/s : wahai cucu2 atok, maafkan aku kerana masih tidak berupaya membawa kaki ini ke rumah opah kamu !

h1

Musibah di negara pakcik sam

5, May 2010

Mike seorang Arab Nasrani, sedang berusaha mendapatkan kerakyatan negara pakcik sam. Kabarnya dia akan ke sana sedikit masa lagi untuk mengangkat sumpah.

Siapa yg pernah berurusan dengan beliau tentu tak kering gusi. Ada saja lawak yg dibuatnya dan selalunya yg berbau dewasa.  Dia buleh bercakap tentang apa saja.

Dicelah2 perbincangan tentang keperluan untuk sistem baru bagi syarikat, beliau mengeluh tentang banyaknya musibah yg melanda negara pakcik sam. “Oh tuhan, apakah salah kami ?”, katanya. Tumpahan minyak di Teluk Mexico,  cubaan bom di Times Square dan macam2 lagi musibah katanya.

tapi ada satu yg menjadi pantang si Mike nih, jangan sebut “Come again !” bila berbincang dengan dia.. memang menjadi kepantangan betul pada dia…musti disergahnya awal2 lagi..

h1

Musibah

5, May 2010

Hujan melanda lagi. Kali ini dengan angin ribut yang mengegarkan malah menumbangkan pokok2 dan juga menara. Banjir kilat juga muncul di kawasan2 rendah yang tiada saliran yang baik.

Ramailah warga Riyadh yg tersangkut dijalan2 raya disebabkan kesesakan kerana banjir dan juga kemalangan2 jalanraya.

Esuknya, lebih banyak kesan2 hujan semalam ribut ditemui. Oleh kerana hujan turun bersama angin ribut, maka banyaklah tempat2 yang dimasuki air kerana tempias.  Hinggakan ada juga bilik server yang terlibat dengan server2 dipenuhi air. Bagaimana air buleh masuk  ke bilik yang berada ditengah2 bangunan itu pun masih menjadi tandatanya.

Mengikut konsep pengurusan risiko, kita mestilah bersedia dengan segala kemungkinan musibah yg akan melanda.  Perlu di fikirkan apa musibah yg mungkin terjadi dan kesannya keatas perjalanan operasi syarikat. Perlu difikirkan juga langkah2 untuk menghadapinya.

Mungkin hanya kerana hujan jarang2 turun disini maka risiko disebabkan hujan sangat2 tidak dipedulikan.

%d bloggers like this: