Archive for July, 2012

h1

Elmina yang misteri dan mistikal

30, July 2012

Ghana – Hujung 90an.

semasa ke Ghana untuk lawatan kerja, orang tempatan telah bawa melawat ke Elmina Castle yang terkenal sebagai pusat pengumpulan hamba abdi sebelum  dihantar ke benua eropah dan amerika ketika zaman penjajahan diabad ke 18. (http://www.pbs.org/wonders/Episodes/Epi3/elmina.htm)

 

pelbagai cerita misteri dan mistikal yang diceritakan oleh pemandu pelancung tentang istana itu. bakal2 hamba disumbatkan beramai2 di penjara bahagian bawah yang sempit dan kotor. ramai yang mati kerana penyakit.

disalah satu bilik bawah tanah, ada pintu The Door of No Return yang menuju ke kapal yang sedia menunggu. siapa yang melalui pintu ini, tidak akan kembali ke afrika.

 

rujuk :http://www.ghana.photographers-resource.com/Gallery/Elmina/Thumbnail.htm

 

Guthrie Corridor Highway

sekarang ini, kalau mahu kembali ke tanjung, GCE yang selalu sunyi dari kenderaan menjadi pilihan dari NKVE yang kerap sesak dengan trafik.

semalam, semasa bersolat isya’ sendirian di RSA Elmina Utara, terdengar beberapa kali tapak2 kasut diluar.  terdetik di hati, mungkin ada yang baru tiba dan ingin bersolat. tetapi sehingga tamat solat qasar, tiada pula sesiapa yang masuk kesurau dan tiada pula kelibat sesiapa diluar. musykil juga…

tapi mungkin ada yang mahu kesungai tersesat ke surau agaknya dan berpatah balik ? mungkin…

~ 9 ramadhan 1433

h1

sungkei

26, July 2012

Ramadhan – 1989 –

tahun pertama di bumi kenyalang. masih bujang ketika itu. rumah pertama di Tabuan Jaya. sewa dengan seorang pegawai bank.

tanpa kenderaan sendiri, hanya bas saja jadi penghubung untuk kesana-sini.

bazar ramadhan di pasar satok ada bubur pedas dan manok pansoh buat sungkei….pergghhh… memang sukar untuk dilupakan. susah nak cari diluar ramadhan.

 

~ 6 ramadhan 1433

 

 

 

 

h1

kisah silam

25, July 2012

satu hari ketika bang long belum berkahwin, bang long balik dari teluk anson dengan seorang teman wanita. mengikut katanya, dia itu yang sangat ingin mengikut balik kerumah, bukannya bang long yang mahu bawa dia balik. kami agak terkejut kerana bang long ketika itu sudah bertunang dan akan melansungkan perkahwinan tidak lama lagi. kami hanya  terpinga-pinga menerima tetamu tidak diundang itu.

——

jika dia ini lah yang dikabarkan mahu berkongsi hidup dengan bang long, memang sungguh tabah dia. setelah hampir 40 tahun dan 4 perkahwinan, masih mahu bersama bang long. tapi sungguh musykil dihati kami, jika bang long pun tersangat ingin bersama dia.

bang long, tepuk dada tanya lah hati.

tanya hati kak long.

tanya hati emak

tanya hati lo, har dan ira

tanyalah hati sendiri, ini kah jalan yang mahu diambil, ketika meniti zaman persaraan ?

mungkin bang long tidak merasai hidup bersama emak ketika ujian melanda dulu. tapi kami yang masih bersekolah ketika itu dirumah melalui saat pahit getirnya. bayangkan dengan keadaan bang lang begitu, ditambah pula dengan ujian itu. bila diingat kembali saat-saat itu, ketika bersendirian diperantauan dan di kala malam hari, mahu berlinang air mata dibuatnya.

tentu bang long pun tahu, bagaimana masih remuknya hati emak, hinggalah sekarang.

hanya Allah sahaja yang boleh membolakbalik kan hati manusia dan muga Allah menerbitkan kembali kasih sayang dihati emak.

mungkin lebih baik bang long, jika benar kita mahu mengikut sunnah Nabi tercinta dalam hal ini, kita ikutlah cara yang sebenar ditunjukkan.

Nabi hanya bersama Khadijah selama hayat Khadijah r.a. Nabi tidak berkahwin lain, melainkan setelah kewafatan Khadijah r.a.

tapi memang, cinta itu boleh membutakan.

—–

jika boleh, berhenti lah sejenak. fikirkan lah akibat dari tindakan yang akan diambil.

kami semua berdoa, semuga bang long mengambil tindakan yang sewajarnya dan membuat yang terbaik untuk diri dan keluarga.

 

~ 5 ramadhan 1433

h1

Ujian melanda

24, July 2012

emak jatuh di bilik air pagi tadi.

jatuh diluar bilik air sebenarnya, ketika hendak keluar dari bilik air, tersadung selipar kata emak. bibik berada di dapur ketika itu, dan tidak dengar bila dipanggil oleh suara halus emak.

ketika kak oteh tiba waktu hampir tengahari, emak sedang duduk dikatil sambil menangis. pipi emak lebam dan merah, kesan terantuk dilantai. kaki emak tidak dapat digerakkan. kak oteh panggil ambulan untuk dibawa ke hospital islam di kg baru.

bang uda yg diberi mesej pesanan ringkas, telefon dan ajak balik dengan dia dan famili.

di hospital emak gagahkan diri cerita apa yang berlaku.

kak oteh menambah kata-kata doktor yang merawat, mungkin ini peluang anak2 cucu untuk bersolat terawih bersama imam yang dibawa dari tanah arab ke masjid kg baru. sambil melawat emak, bolehlah berterawih di masjid.

ujian anak-cucu untuk menjaga emak.

—–

di wad emak kak ngah sempat bercerita tentang bang long. isteri kak long telefon kak ngah sambil menangis. katanya bang long dah buat hal. nak kahwin dengan bekas girl-friend lama. padahal makcik tu dah janda 4 kali ! anak pula entah berapa.

bang uda marah cerita2 begitu depan emak. kalau nak gosip, diluar lah, katanya. hati emak yang hendak dijaga katanya kemudian bila bersama kami2 diluar wad. memang kami pun tahu, emak sangat sensitif dengan hal2 begini.

adikberadik dan ipar perempuan semuanya minta kami yang lelaki menegur bang long. kami yang lelaki pula semuanya setuju yang kita tak boleh buat apa-apa jika bang long ingin teruskan niatnya berkahwin lagi. kami mungkin boleh bertanya mengapa dan berharap semuanya dibuat dengan teratur tanpa menzalimi sesiapa.

bang uda kata, ini ujian untuk kak long.

– 3 ramadhan 1433

h1

Peperangan akan bermula esuk.

20, July 2012

Jika syaitan iblis dirantai mulai esuk, tinggal lah kita dengan musuh yang masih bersama iaitu NAFSU.

Nafsu jika dibiarkan bebas maka akan bermaharajalela melakukan semuanya.

Muga berjaya melawan nafsu.

Mencapai berkah mendapat rahmatNya.

كل عام وانتم بخير،رمضان كريم

http://kiwi6.com/file/kb3o51r525
http://kiwi6.com/file/kb3o51r525

h1

hanyut

2, July 2012

pengetahuan dapat membezakan anggapan kita pada sesaorang.

dapat memberikan pandangan yang mana salah dan yang mana betul.

 

jika kamu tidak kenal sesaorang, janganlah selalu mahu menjadi hakim. menghakimi hanya melalui luaran nya sahaja. atau menghakimi dengan bersumberkan cakap-cakap orang.

berlaku adil lah pada diri sendiri. 

jika tidak cukup pengetahuan, carilah. bertanyalah kepada yang tahu. mungkin akan ketemu titik tolak persoalannya. jika tidak, lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan sangkaan-sangkaan buruk atau pun umpatan dan fitnah semata-mata.

jangan terpedaya dengan manis mulut lembut gigi dari lidah.

—————————-

perkara asas yang sering dilupakan.

– yang muda hormat pada yang tua.

– yang tua, kasih pada yang muda.

– para ulama, dimuliakan !

mungkin kerana telah dibawa bekerja dipejabat tersohor, ego sudah naik melepasi kepala otak mereka, sampai tidak tahu menghormati orang tua dan yang lebih kanan.

ingatlah, merendah diri dalam semua hal dan kepada semua orang adalah polisi yang pasti menjadi bila-bila masa !

———

tak perlu bersedih, tak perlu berduka.

katakan pada semua ujian melanda, Allah sentiasa bersama kita !