Archive for August, 2012

h1

dikala penghujung ramadhan

18, August 2012

emak masuk hospital lagi ketika para pencinta mencari-cari malam seribu bulan.

emak tidak lalu makan mengikut kata oteh, tidak seperti sabtu sebelumnya ketika anak cucu ramai-ramai iftar bersama emak.

walau tak lalu makan, emak mahu terus berpuasa. mungkin sebab tu emak sangat lemah.

berkampung lagi kami berbuka diwad bersama emak dihari-hari akhir ramadhan.

hari ni kabarnya emak sudah dibenarkan keluar. kata doktor emak tak sabar nak balik ke rumah beraya bersama anak cucu.

aku yang berada dikejauhan hanya dapat mendoakan kesihatan emak untuk menyambut Hari Raya.

————–

semalam terawih terakhir di temasik ini. masjid al-khair masih penuh dengan jemaah hingga melimpah ruah ke luar.

begitu juga ketika suboh, masih ramai jemaah yang tekun mengimarahkan.

 

~ 29 ramadhan 1433

@choa chu kang central

h1

masih mengejar fatamorgana

9, August 2012

dunia ibarat fatamorgana. hanya bayangan yang akan hilang bila dikejar. makin di kejar, makin hilang.

tiada yang kekal, hanya sementara.

~ ust. surau muttaqin, putra bertam. 8/8/2012

 

begitulah hakikat dunia sebenarnya. hanya sementara cuma dan tidak yang sebenarnya.

siapa yang kejar bayang-bayang nescaya tidak akan dapat memeluknya.

tetapi jika pegang benda yang sebenarnya, nescaya bayang-bayangnya juga akan dapat kita peroleh.

dunia adalah bayangan akhirat. ini hakikat.

senang didunia hanyalah bayangan kesenangan sebenar di akhirat.

susah didunia hanyalah bayangan kesusahan sebenar di akhirat.

mahu terus kejar bayang-bayang atau mengejar yang hakiki?

buatlah kira-kira sendiri,

 

~ 20 ramadhan 1433

 

h1

manusia unta

8, August 2012

“Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh. [Hadith riwayat al-Bukhari]

 

~ 19 ramadhan 1433

%d bloggers like this: