Archive for January, 2007

h1

Resepi Mee Kolok

7, January 2007

Bagi pencinta2 Mee Kolok yg jauh dari Bumi Kenyalang tentu mencari2 kaedah mengolah Mee ini.

Bahan2
Mee Gulong/Kering/Sanggul
Daging
Tulang
Rempah ratus
Lada sulah
Cili api
Bawang putih
Bawang merah
Minyak
Garam
Taugeh
Lobak masin

Sup
Rebus daging bersama tulang dan rempah ratus.
Setelah daging empuk, hiris nipis2.

Cili
Blend cili api dan bawang putih
Campurkan dgn kicap dan sedikit gula.

atau

Hiris cili merah
Rendam dalam kicap cair

Mee
Goreng bawang dgn minyak.
Keluarkan bawang goreng.
Mee di celur dgn air panas dan toskan airnya.
Setelah itu, gaulkan mee dgn minyak bekas menggoreng bawang.
Campur sedikit garam dan lada sulah
Setelah gaul, letakkan dalam mangkok.
Tabur daging yg dihiris nipis, bawang goreng dan lobak masin.

Tuangkan sup kedalam mangkok dan tikam sedikit taugeh.
Hidang bersama cili kicap.

h1

Peringatan di khemah Mina.

6, January 2007

Ba’da suboh. by Shaikh Hassan

12 Zulhijah 142.

 

Amalan selepas Haji tiada kaitan dengan penerimaan haji. 

Walaupun Haji di terima, tetapi tiada jaminan untuk ketaatan selepas menunaikan Haji. 

Oleh itu supaya sentiasa dalam ketaatan, perlu belajar ilmu agama. 

Perlu juga pastikan fikrah juga betul. Quran + Sunnah + Ijtihad Ulama perlu jadi panduan. 

Hanya hadis sahih patut digunakan untuk Hukum – Halal, Haram, Wajib, Sunat, Makruh dan Mubah. 

Khilafiah/perbezaan dalam hukum hakam – tiada masalah. Buleh amalkan mana sahaja asalkan tahu dalil2.