Archive for October, 2013

h1

Kuda pantas itu tidak mahu berlari

9, October 2013

bila sesaorang mengaku dia hebat, mereka ini perlu diberikan tugas mengikut kehebatan mereka itu.

jika kita punya kuda yang pantas, seharusnya lah kita bawa untuk berlumba supaya kepantasan kuda itu dapat dimenafaatkan.

 

cuma kadang-kadang..atau mungkin selalunya, manusia sangat suka bergebang menunjukkan yang mereka sangat hebat dalam sesuatu bidang.

tapi bila diminta menjalankan tugas-tugas yang ada kaitan dengan bidang yang digebangkan itu…. pandai pula nak mengelak…

 

golo deeh !

h1

kembali ke asal

8, October 2013

dari mana kita datang ?

tujuan apa kita datang ?

kemana kita kan pergi ?

———————

walau telah berulang dipesan

masih mungkin tersasar

memangpun namanya insan

lupa tugas selalu alpa

hanya kembali ke alami

kaedah tahan di uji

taman syurgawi di baiti

perlu hidup kembali

majlis  kitabi penyuluh nurani

hidup kembali hati yang mati

muga terus teguh dikekali

hingga nyawa tiada lagi

terimalah niat azam hambamu ini

wahai tuhan Rabbul  Izzati !

 

%d bloggers like this: