Archive for March, 2010

h1

Sabar pada tempatnya

21, March 2010

Seperti mana2 perkara, sabar juga perlu pada tempatnya. Penyalahgunaan sabar membawa pada musibah yg lebih besar.

Sabar perlu disusuli dengan tindakan yg sesuai dengan keadaan.

Masalan, sabar bukan bermaksud terus berdiam diri.

Jika kaum keluarga terdekat (anak dan isteri) membuat kemungkaran dan kemaksiatan, disamping SABAR, perlulah ditegur dan dinasihati supaya kemungkaran dan maksiat tidak berterusan dilakukan.

Jangan lah berdiam diri dengan alasan SABAR !

Begitu juga, bila kita ditimpa musibah dan bencana. Bersabar bukan bermaksud kita berpeluk tubuh, mengeluh nasib, dan pasrah, hanya berserah pada nasib sahaja.

Belajarlah dari kesilapan diri kita yang menyebabkan kita ditimpa musibah tersebut, agar tidak ditimpa musibah seperti itu lagi. Istighfar lah kerana menurut firman Allah, (Asy-Syura, ayat 30) kesusahan/bala bencana yg menimpa adalah disebabkan apa yg kita lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) ; dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kita.

Berusahalah sedaya-upaya untuk mengatasi musibah tersebut. Sebagai contoh, jika seorang pelajar selalu ketinggalan dalam pelajaran, dia perlu berusaha sedaya-upaya agar dia tidak lagi ketinggalan. Dia tidak boleh mengeluh dan menyerah kepada nasib bahawa dia tidak pandai.

Jika sesuatu musibah berulang kembali, walaupun kita telah berjaya mengatasinya sebelum ini, kita perlu terus belajar dari kesilapan yang mungkin kita tidak sedar sehingga berlakunya musibah tersebut.

rujukan : MUISPenyalah-gunaan Sifat Sabar

Advertisements
h1

bila hujan di tengahari

3, March 2010

Tiada siapa yg inginkan bencana datang menimpa dalam kehidupan. Segala usaha akan dibuat supaya kehidupan sehari2 berjalan dengan sebaik2nya. Menyediakan keperluan asas kehidupan keluarga, tempat berteduh dari hujan dan panas, makanan untuk menghilangkan lapar dan dahaga, pakaian untuk menutup aurat dan menjaga kehormatan.

Anak2 dididik supaya berketertiban, kenal erti dosa pahala,  paham adab sopan dan tingkah laku sebagai seorang anak, sebagai seorang ahli masyarakat dan apatah lagi sebagai seorang hamba Allah.

Bila semua berjalan sebagai yg diinginkan, maka akan bahgialah kehidupan, hidup bagai di syurga !

Tapi tak semua akan berlaku sebagaimana yg kita ingini.  Cuaca yg baik tak selalu berpanjangan hingga ke petang. Ada kalanya hujan di tengahari.

Bila bencana menimpa BERSABAR LAH !

h1

sabar

3, March 2010

Sabar menurut bahasa berarti menahan diri. menahan diri dari rasa gelisah, cemas dan amarah, menahan lidah dari keluh kesah, menahan anggota tubuh dari kekacauan, menahan diri dalam menghadapi hal-hal yang tidak disenangi.

Sabar – dengan tidak mengadu kepada sesiapa selain Allah.

%d bloggers like this: