h1

Tarsh al bahr

11, April 2009

Begitu rupanya anggapan orang2 asli Nadj terhadap orang luar. Tarsh al bahr = muntahan dari laut. Patutlah orang luar dipandang sebagai sampah saja. Mereka pikir, mereka lah raja di tanah Nadj ini. Jika memandu dijalan2 raya, baiklah mengalah jika ada provokasi dari arab bedui terutama nya jika para syabab (anak muda). Mereka pikir jalanraya mereka yg punya. Jika ada cubaan melawan maka tunggulah makian dan perbuatan jahat dari mereka hingga sanggup menyebabkan kemalangan hanya untuk menunjukkan mereka berkuasa ditanahair mereka ini. Polis yg datang selepas kemalangan pun akan marah pada kita dan menanya kenapa tidak mengelak ?

Namun jika Allah ingin meninggikan mertabat sesaorang, tiada siapa pun yg dapat menahannya, dan jika Allah ingin merendahkan sesaorang, tiada apa kuasa pun yg dapat menahannya. Adil Kalbani dilantik sebagai imam berkulit hitam pertama MasjidilHaram. Walaupun bukan keturunan Arab, tetapi bila Allah ingin memuliakan beliau, siapa pun tidak dapat berbuat apa2. Ini Allah punya kuasa.

Beliau sebelum ini menjadi Imam di Masjid King Khalid, di Um AlHamam. Suaranya gemersik merdu menjadikan siapa yg pernah menjadi makmum akan merindui lagi solat berjemaah dengan beliau. Setiap kali Ramadhan, Masjid King Khaled akan penuh dengan jemaah berterawih. Jalan ke Um Al Hamam ketika itu akan mengecil dari 3 lorong kepada hanya 1 lorong kerana kereta2 jemaah diparking melimpah ke jalan raya.

Masyarakat Riyadh terutama di Um AlHamam akan merindui beliau. Kerinduan yg akan diubati cuma dengan mengikuti siaran lansung solat jemaah dari Masjidilhatam di tv atau hadir sendiri berjemaah di sana.

One comment

  1. rindu pada ketenangan jiwa bak gemersik padang pasiaq dengan alunan surah-surah yang menruntum jiwa….

    mari kita dengar alunan surah2 yang boleh menenangkan jiwa dan nurani…

    tadi pagi anak den Ateha membaca surah Al humazah…menitis air mata den….anak den



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: