Archive for the ‘Padang Pasir’ Category

h1

tis’a tis’a kamsah No More

5, June 2010

sesuatu yang sukar.

jika telah bersama sekian lama memang lah sukar melepaskan sesuatu kepada orang lain.

kemana2 telah bersama. lurah sama dituruni, bukit sama didaki. malah kehujung dunia juga telah kita jejaki.

jalan2 ketanah haram sering menjadi saksi. juga laluan ke wilayah timur yang sering berdebu pasir.

berpisah juga akhirnya kita, sepertimana titik akhir setiap kisah pertemuan.

jasamu tetap ku kenang. jika keadaan mengizinkan memang akan kau ku bawa pulang. tapi memang telah disuratkan  jodoh kita hingga di sini, tiadalah dapat dihalang2 lagi.

– c.u.t –

 

Advertisements
h1

Musibah

5, May 2010

Hujan melanda lagi. Kali ini dengan angin ribut yang mengegarkan malah menumbangkan pokok2 dan juga menara. Banjir kilat juga muncul di kawasan2 rendah yang tiada saliran yang baik.

Ramailah warga Riyadh yg tersangkut dijalan2 raya disebabkan kesesakan kerana banjir dan juga kemalangan2 jalanraya.

Esuknya, lebih banyak kesan2 hujan semalam ribut ditemui. Oleh kerana hujan turun bersama angin ribut, maka banyaklah tempat2 yang dimasuki air kerana tempias.  Hinggakan ada juga bilik server yang terlibat dengan server2 dipenuhi air. Bagaimana air buleh masuk  ke bilik yang berada ditengah2 bangunan itu pun masih menjadi tandatanya.

Mengikut konsep pengurusan risiko, kita mestilah bersedia dengan segala kemungkinan musibah yg akan melanda.  Perlu di fikirkan apa musibah yg mungkin terjadi dan kesannya keatas perjalanan operasi syarikat. Perlu difikirkan juga langkah2 untuk menghadapinya.

Mungkin hanya kerana hujan jarang2 turun disini maka risiko disebabkan hujan sangat2 tidak dipedulikan.

h1

di puncak

20, April 2010



tiada hiruk pikuk

tiada simpang siur

tiada ganggu gugat

tiada dendam kesumat

menanti hujan turun

untuk tumbuh lagi.

h1

Hilang punca

27, July 2009

Disebuah restoran di Jeddah.

hip hop pants

Seorang anak muda (shabab) masuk, dengan rambut mencacak terherot sini dan terherot ke sana. Seluar pula londeh sampai nak tercabut, dengan boxer terdedah bagaikan mahu menunjukkan  yg hanya dia yg pakai boxer. Hip hop lah kononnya tu…

Seorang pelayan datang dan bertanya apa yang hendak di pesan. Setelah diambil pesanan, pelayan bertanya pula, berapa roti yg dimahukannya ? Satu atau dua  ?

Shabab menjawap tanpa melihat kiri kanan, ‘Apa engkau ingat aku ni fellaata* yg makan banyak ? Bagi aku satu roti saja’

Tanpa disedarinya, terdapat seorang fellata yg duduk berhampiran yg juga sedang menanti untuk memesan makanan.

Pelayan yg sama pergi pula kepada fellaata dan bertanya pesanannya, dan bila tiba tentang roti, soalan yg sama ditanya, berapa roti yg dia mahu ? Satu atau dua ?

Fellata menjawap “Apa engkau ingat aku ni bapok ker ? Bagi aku roti banyak2, seperti mana selayaknya untuk seorang lelaki sejati!”

Orang keliling yg mendengar tidak dapat menahan dari ketawa.

(Untuk sejarah Saggy pants, baca disini :The Irony of Saggy Pants. Kabarkan kepada saudaramara kamu yg berminat sangat untuk berbudaya HipHop berseluar londeh. Walaupun disanggah oleh Snopes, tapi bagus juga untuk direnungkan)
saggy2
*Fellaata : tribes from west African, mostly from Nigeria – kuat bekerja dan juga selalu banyak makan. Baca disini untuk penerangan lanjut.

h1

Tanpa iman, di mana berada pun sama juga.

23, July 2009

Bragging on TV about sex lands Saudi in hot water

JEDDAH: Lewd remarks about sex by a Saudi man in Jeddah that broadcast last week on LBC’s “Red Line” has led to his arrest, Arab News learned on Wednesday.

Mazen Abdul Jawad appeared on the program last week in a red button-down shirt and open collar bragging in graphic detail about his sexual conquests.

In the segment, Abdul Jawad talks about having slept with a neighbor when he was only 14 and how this got him interested in sex. After discussing sex and foreplay in graphic detail and providing a recipe for an aphrodisiac, Abdul Jawad is seen getting into his vehicle at night on a Jeddah street.

“It all starts with turning my Bluetooth on while cruising around in my car,” he tells the camera.

————————-

Dengan undang2 yg ada pun, mereka boleh berani sebegini. Bagaimanakah agaknya jika tiada undang2 yg ‘keras’ dinegara ini ?

Tanpa iman, tiadalah lagi penyelamat kita dari terjerumus ke lembah kehinaan.

Nauzubillahiminzalik.

h1

Iqama dan kisah2 yg lain.

14, July 2009

[Para expat di sini diwajibkan mempunyai iqama (work permit). Iqama ada lah kad pengenalan untuk para expat. Tanpa iqama, semua urusan menjadi sukar spt nak buka akaun bank, nak memohon lesen memandu dan segala macam urusan lain yg berkaitan dengan pihak kerajaan atau lain2. Polis dan pihak berkuasa selalu membuat operasi menangkap pekerja2 yg tidak ada iqama, pendatang haram lah kiranya tu]

Alkisah al awal

Beberapa orang sedang bersedia untuk bersolah. Berlaku lah tolak menolak antara mereka untuk menjadi imam. Seorang bhai pakistani yg kelihatan layak untuk menjadi imam di anjurkan oleh yg lainnya, dan dia pun kedepan untuk menjadi imam. Beliau terus memulakan solah dengan bertakbir dan membaca AlFatihah.

Seorang makmum saudi telah menyebut “Iqamah !” kerana solah telah dimulakan tanpa qamat. Bhai tu terus juga solah. Saudi tu terus-terusan sebut dengan lebih kuat  “Iqamah…iqamah…” .

Tak semena2…bhai yg jadi imam tu telah lari dengan kelam kabutnya keluar solah dan keluar dari masjid.

(Mungkin dia pikir yg saudi tu penguatkuasa yg sedang meminta iqama untuk diperiksa.)

Alkisah al Thani

Sebuah zoo telah menerima seekor harimau sebagai residen terbarunya. Pada hari pertama, dia telah diberi makan pisang. Harimau berpikir, mungkin esuk nya dia akan diberi makan daging seperti sepatutnya. Esuknya, para penjaga zoo masih menyediakan pisang. Begitu lah hingga seminggu lamanya. Harimau pun telah hilang sabar. Kenapa dia tidak diberi daging ? Penjaga zoo tidak tahukah yang harimau makan daging ?

Bila penjaga zoo datang, maka harimau pun bertanya ” Kenapa hari2 bagi pisang ? Bukankah makanan harimau adalah daging ? ”

Penjaga zoo pun jawap ” Memanglah daging tu makanan harimau, tapi kamu tu dibawa masuk ke Saudi dengan iqama monyet, sebab tu lah kami beri makanan monyet !”

h1

the best

9, May 2009

Albaik

kalau orang2 riyadh ke jeddah atau mekah atau madinah sudah tentu akan ke al-baik.

memang baik punyer. 

di airport jeddah, penumpang membawa beberapa bungkusan al-baik telah menjadi pemandangan biasa.

dengar kabarnya al-baik tidak mendapat kebenaran membuka cawangan di riyadh. hasil desakan dari pemegang francais kfc yg mungkin ada hubungan kabel besar dengan kerabat2 diraja disini lah tu kabarnya. jika tidak, harus sunyi sepi kfc, walaupun dibuka disebelah al-baik sebagaimana yg buleh dilihat terjadi disatu cawangan di jeddah. kiasar pemandu limosine di jeddah tempoh hari kata, yg ada didalam kfc tu, hanyalah penjaga kaunter sahaja. memang sangat jelas hakikatnya.

kabarnya tauke al-baik orang palestine dan satu riyal dari setiap jualan akan didermakan utk palestine.

terdapat satu cerita yg mungkin sangat digembar gemburkan, iaitu semasa musim haji, ada jemaah yg siap mewakilkan kawannya untuk melontar di jamrat semata2 kerana hendak beratur di al-baik yg berhampiran mina.

hebat betul penangan al-baik. …waduh2 tijah !

%d bloggers like this: