h1

membunuh kesepian

26, April 2009

kebiasaan yg lazim itu menjadikan hari2 seperti rutin melulu. bangun pagi minum air jarang secawan. sebelum kesungai, singgah dulu didapur untuk menanak air. selepas solat suboh, ambik alquran, tafsir ibnu kathir dan muntakab al hadith lalu duduk di sofa. buka siaran peace tv semuga peace hidup hari ini. baca quran barang semuka, tafsir ayat2 lazim juz amma dan sehelai dua dari muntakab al hadis. ketika itu cerek air mengeluarkan bunyi menandakan telah mendidih.  rendam telur dua biji buat sarapan nanti dan air selebihnya simpan ditermos. 

sementara itu makan pisang sebiji dan minum apa2 jus buah2an yg ada dipetisejuk untuk melapik perut.

duduk lagi mengadap tv dan menjenguk berita2 online diinternet.

jam menunjukkan pukul 6:00 pagi. masa untuk mengerak2kan kaki  dan mengalirkan peluh. muga lemak2 berlebihan dapat dibakar dan dinyahkan.seluar sukan dan t-shirt disarung serta dengan sweater ber’hood’. muga cepat keluarnya peluh di suasana panas kering ketika ini.

untuk mempelbagaikan kerja dalam satu masa, tasbih dibawa sekali, semuga hati ini dapat dididik mengingatkan tuhan, solawat untuk nabi dan istighfar. walaupun hajat dihati hendak berlari, apakan daya tak sampai dek kaki. hanya berjalan sahaja yg terlarat dibuat. mungkin selepas lebihan bagasi telah berjaya digugurkan, hajat berlari dapat ditunaikan. muga234567…

entah berapa kali pusingan bak tawaf di atas bumbung itu dibuat….tidak pula dikira..tetapi setelah nafas tercungap2 maka itulah penanda supaya aktiviti itu dihentikan…

selepas itu sarapan dengan apa yg ada sambil beralih2 saluran dari CNN ke BBC ke RT ke AlJazeera ke CCTV9 ke Press TV ke Euronews ke Dawn News ke NDTV Arabia ke France24 ke KBS ke NHK atau ke Arirang…aduh..

begitu lah rutin pagi.

semenjak dua menjak ini, cubaan untuk berkawan dengan burung2 tidak lagi menampak kan akan berbuah hasilnya. tetapi selepas solat jumaat yg lepas, makanan burung telah dibeli bila kesempatan ke hyperpanda diperolehi. kalau dulu, hampir setiap kali selepas solat jumaat kami akan singgah di hyperpanda tetapi tidak lagi semenjak dua menjak ni. begitupun adalah dekat setahun agaknya tak berkunjung kesana. tup2 tukang bawa kereta mengistiharkan akan ke hyperpanda pula. bak pucuk dicita ulam mendatang lah kiranya tu…lama jugak dah teringin kesana, sebabnya ada kedai haiwan peliharaan di situ yg tentu nya ada jual makanan burung, ya tak ? bukannya apa, tapi bila timbul hajat berkawan dengan burung tu, baki2 roti-tak-jadi yg disimpan entah dah berapa lama, telah dijadikan sajian untuk burung di batu2 diluar itu. tetapi mungkin sebab keras agaknya, tidak lah berjaya menarik burung2 untuk datang menjamah. walaupun diletakkan juga bekas berisi air tidak juga berhasil nampaknya. jadi dengan adanya makanan burung yg hampir asli ini, mungkin niat suci dihati hamba ini akan tercapai juga akhirnya. pagi tadi, selepas senaman2 yg serba sedikit itu, semua baki2 roti-tak-jadi yg keras kematu itu telah ditukar dengan makanan burung. muga2 sudilah si burung2 terbang pagi singgah untuk sarapan dan minum pagi disitu..kita tunggu dan lihatlah nanti ya..

duduk dibumbung ini memang kesunyian. tetapi agak terhibur juga bila ada siulan burung dipagi dan petang hari. selalu mereka singgah ditingkap dan bersiul dengan bunyinya yg sangat dekat sekali rasanya. itulah timbulnya hajat nak berkawan dengan burung2 tu. ada orang kata, jika dibuat tempat mandian burung, tentu mereka akan singgah mandi-manda disitu. mungkin boleh dicuba jika terjumpa nanti, cumanya dikawasan yg panas terik dan kering ini, air akan cepat hilang mengwap.  tak sempat  nak mandi lagi kolam dah kering. bercakap pasal kolam, teringat pulak kepada kolam renang dihujung sana yg masih kering kontang tanpa air. kalau kering dimusim dingin yg baru lalu boleh lah diterima akal. tetapi bila dah masuk musim panas pun belum berisi air lagi nih, apa cerita ni beb ? Ohh ya,…pak aziz ada beritahu tuhari supaya disediakan surat dengan ditandatangani oleh penyewa2 yg sewaktu, memohon untuk disediakan kolam itu untuk aktiviti renang dan serahkan pada dia. dia nantinya akan memanjangkan surat itu kepada tuan punya bangunan agar diberi perhatian pada kebajikan para penyewa. aparaaa….nak  praktis kuang lentang pun nak tulis surat ker ?

 

dan petangnya, balik kerumah dikala hampir maghrib. burung2 pun dah takde kelihatan. kadang2 air dah tinggal separuh. mungkin diminum burung atau disejat dek kepanasan cuaca, tak tahu lah.

oh yaa… sempena hari bumi, beberapa tumbuhan hijau telah berjaya dimasukkan kedalam pasu dan diletak ditepi rumah. pokok2 tu di beli selepas kepasar mencari udang dan sotong. puas tawar menawar dengan bai sab tu. berkeras dia tak mau bagi kurang. ‘kamsah sitten’ katanya.  setelah beberapa kali kata ‘kullu sitten riyal, ana lazim heyna ! barulah dia nampaknya hendak mengalah. entah betul entah tidak dia tu. entah2 kalau pak arab mahu dimintanya kamsin riyal aje. ada pokok lidah buaya, pokok bunga kertas – ahmar dan dua pokok berbau wangi dan buleh dimakan serta satu lidah buaya kenit, semuanya 60 riyal. tapi tak de juga jual tanah untuk menanam. yg ada hanya bahan poros untuk pasu bunga..beli jugak lah sebungkus. entah lah… cubaan menanam pokok bunga ros didalam rumah ermmm…kira2 2 tahun lalu tidak berhasil. sekarang pokok2 diluar rumah pulak..tunggu dan lihat lah nanti hasilnya ya…

begitulah.. banyak lagi yg buleh dibuat dari duduk merintih sedu mengenang nasib bersendirian  …bak kata sharif chai-walla yg baru dipejabat tu…”MAFI FAEDAH !”

YALLA !

2 comments

  1. tanam pokok dlm rumah jgn lupa letak tpt bercahaya tak pun bg dok bwh lampu kuning😀


  2. owh..ya ker ? ni nak cuba kat luau pulak ni.. elok sangat lah..musim panas dah mula pulak tu..:)



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: