Archive for the ‘HalEhwal Dalam Negeri’ Category

h1

Tipah tertipu..tertipu tipu tertipah

23, August 2008

Yaumul Khamis yg lepas, keluar berita di surat khabar disini mengenai kilang ijazah-palsu di negara Pakcik Sam yg juga melibatkan warga PakArab hingga menyebabkan penyiasatan oleh kerajaan.

 

Bila ditelek2 senarai yg disebutkan dalam berita itu, rupanya ada juga orang Malaya yg terlibat. Orang Malaya memang hebat dan tidak mahu kalah.

 

 

Jika anda mempunyai peranan dalam pengambilan pekerja di syarikat/organisasi tempat anda bekerja atau anda bertugas sebagai pegawai Sumber Manusia/Modal Insan di syarikat/organisasi anda, mungkin anda perlu melihat senarai itu, manalah tahu ada calun2 atau pekerja anda yg tercatat namanya disitu.

 

 

Oh ya..Semalam pun ada berita orang2 Malaya yang popular dan glamer bila muka masuk tv dan suratkhabar kerana dituduh memalsukan sijil2 akademik.

 

Advertisements
h1

belia betul laa lu….

28, July 2008

beberapa hari lepas, tersiar dalam berita rtm, seorang pemimpin Gerakan Belia 4B mengulas tentang muzakarah dua parti melayu/islam.

ada beberapa perkara pelik telah berlaku..

pertama :

pemimpin2 kedua2 parti tu di minta mengenepikan kepentingan polotik kepartian masing2 dan mengutamakan kepentingan orang melayu.pelik betul la….kalau dah namanya dari parti politik, macamana pula nak mengenepikan kepentingan politik parti masing2 agaknya ?

kedua :

semasa mengulas tu, ada di sebut, bangsa asing tak perlu curiga dan bimbang tentang muzakarah itu. bangsa asing mana lah pula pakcik ni maksudkan agaknya yer ? makhluk asing ?

[berita di Bernama ada lain sikit ler]

dan yg lebih pelik ialah bila dilihat kepada orang2 besau Belia 4B ni macam dah tak layak di panggil belia saja.

h1

Kenapa asyik liwat aja ni ?

3, July 2008

Semasa di Kuching, terdapat seorang staff yg….emmm..agak lain sikit cara menulis memo atau surat. Encik menjadi Incik… e menjadi i…mungkin dia menulis mengikut cara dia bercakap, ala 50an – 60an.

[Jika bahan di bawah kurang di fahami, cuba ditukar e menjadi i (vice-versa) di mana2 yg patut, mungkin memberi sedikit makna ]
……………………………..:~:……………………………….:~:……………………………….
Cerita lewat kembali menjadi tajuk berita di Malaya.

Mr A dituduh melewat buat kali kedua minggu lepas. Dan hari ini, Mr N pula disebutkan suka melewat.

Aduhhh.. apa nak jadi negaraku..ku…

———————————————————————-
Seorang kawan memberi msg di Gtalk,

Kunci : salam

me : salamz

Kunci : la ni terpaksalah kita ngaku jadi pinoy pulak…

me : pehal ? nak jadi kabayan ?

Kunci : …org malaysia melewat jer kerja ..hehe
abis satu dunia dah tau…huhu..

me : ooo, ingatkan apa ;ah tadi

Kunci : itu lah dia …malu semua org malaysia kat oversea..

———————————————————————–

Orang selalu liwat hari Isnin. Di panggil orang, Monday-Blues. Tidak puas di hujung minggu lah tu. Terbawa2 hingga ke hari Isnin. Tak tau lah apa yg tak puas tu. Tidak puas tidur kah atau tidak puas enjoy ! Tu yg selalu liwat hari Isnin tu. Oleh kerana dah biasa sangat, boss2 pun buat tak tau aje. Boss2 pun sama juga, ada juga yang kaki liwat.

Orang yg selalu liwat ni, memang suka liwat jalan belakang, supaya orang tidak perasan yg dia tu liwat. Kalau masuk liwat pintu depan, maka semua orang akan nampak, malulah.

Kalau pekerja selalu liwat, maka akan terganggu lah operasi syarikat atau organisasi. Banyak kerja tergendala. Jadi ramai orang tak suka pada orang yg selalu meliwatkan diri mereka ni. Menyusahkan orang lain saja. Susah nak menjawap jika di tanya boss.

h1

hari itu..terbongkar sudah lah

24, March 2008

haru biru petang kelabu
jerebu penuh debu

tiada kata-kata
dapat menidakkan nista

sungguh caci maki hangit bingit
bagai meludah kelangit
akan jatuh ke muka berbau tengit

mengapa masih terpinga2 ?

%d bloggers like this: