h1

Perjalanan mencari Tahawi dan dunia islam ketinggalan 100 tahun.

25, September 2012

Lawatan ke Philly memberikan kesempatan untuk mendapatkan naskah Tahawi mengikut pandangan berbeza dari naskah ulasan dari Darussalam, Riyadh. Perolehan terus dari penerbitnya di AICP Walnut St + 45th St.

Masih musykil. Jika kedua2 pihak menghormati dan menjadikan AtTahawi sebagai rujukan dalam ilmu tauhid, kenapa masih berbalah dalam hal ini ? Mungkin ulasan AtTahawi ini boleh beri sedikit sebanyak jawapan.

——————————————

Semasa di tanah Pak CIk Sam ini, di kebanyakan dunia islam masih panas mengenai filem Desert Warriors (inilah tajuk asal filem ini). Setiap hari berita umat islam berdemo di sana-sini di siarkan, apatah lagi dengan kematian duta dan rakyat mereka di Libya (walaupun baru sekarang Rumah Putih mengesahkan yang kematian itu tidak ada kena mengena dengan filem tersebut). Semasa mengulas berita umat islam berdemo di sana-sini, seorang pengulas telah berkata lebih kurang begini,

“dunia islam ketinggalan 100 tahun dari US/Barat, sebab itu tidak hairanlah mereka bersikap begitu…”

Ketinggalan bagaimana agaknya tu ? Banyak yang boleh didebatkan tentang perkara ini.

Namun, memang wajar kita marah bila Nabi dipersendakan.

Tapi adakah wajar kita melepaskan kemarahan kepada pihak yang tidak sepatutnya ?

Yang lebih patut ialah, lebih banyak orang persendakan, lebih kuat kita mahu mengikuti tariqah yang ditinggalkan Nabi.

Tetapi, jika kita sendiri tidak mahu ikuti tariqah Nabi, kenapa nak marah orang ? Malu lah kita pada diri sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: