h1

kepuasan diri

17, February 2011

kadangkala bila ada sesuatu yang menyentuh perasaan, akan timbul kemengkalan didalam diri. sayup pula surutnya.

selepas taklim suboh tadi, ketika mesyuarat harian, amir saab menyampaikan jemputan seorang kawan untuk majlis kahwin dua anak lelakinya. beliau pernah tinggal di marhalah kami ini. bila teringatkan keluarganya, timbul perasaan cemburu yang amat sangat. dua anak lelakinya itu hafiz dan cemerlang dalam pelajaran, seorang dalam bidang kedoktoran dan seorang lagi bidang pergigian. sangat berbudi pekerti dan hormat orang tua.

apakah lagi kepuasan untuk seorang bapa selain dari  melihat anak2 yang berkeperabadian tinggi serta patuh pada agama. apalagi jika mereka dapat menghafaz alquran serta cemerlang dalam pelajaran.

memang tidak dapat dinafikan, dia menjadi contoh tauladan dalam mendidik anak2 untuk kejayaan dunia akhirat !

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. masa terus berlalu. sekali silap langkah, kesan nya berpanjangan. anak yang salah dididik, kesannya akan dirasa kemudian hari.

tetapi seperti yang selalu diperkatakan orang tua2, selagi hayat dikandung badan, kita masih ada masa untuk merubah diri. masih belum terlambat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: