h1

tambah lagi

19, January 2011

Den pergi lagi ke kedai itu kerana bekalan makanan puyu dan sepat biru sudah kehabisan. Lambat lah nak besau depa tu kalau kurang makan. Cik kidding selalu mengiat, ayah ni suka ekk ikan tu besau, nanti bolehlah ayah masak kan..kan..kan….Memang begitulah yang den katakan. Sebenarnya begini, dulu den cuba bela ikan kap, tapi asyik mati aje bila di alihkan sekejap semasa kolam dibersihkan. Tak lalu pula untuk dibikin lauk. Akhirnya den beli ikan puyu aje. Kalau mati, bisa di goreng bikin lauk, begitu kata den pada cik kidding. ha..

Sungguh mengasyikkan ikan2 didalam kotak akurium, di kedai. Rasa nak dibeli kesemuanya. Setelah berlegar beberapa kali pusingan antara ikan2 tu, akhirnya  disamping makanan2 ikan yang menjadi tujuan asal ke kedai tu, den terbeli juga 4 ekor lampam.

Semalam den tanya cik kidding, ada tenguk ikan tak ? Kenapa, dia tanya. Manalah tau dia beranak ke bertambah ker ?

Sebentar tadi selepas balik sekolah agama, cik kidding melihat kolam.

Ehhh…ayah beli ikan lagi ekk…

3 comments

  1. hah ikan puyu…belilah ikan laga depa bleh fight…


  2. sobonar eii den teringin sangat nak makan ikan puyu..hehehe… dah bosar nanti sauk dan goreng lah…


  3. saya suka ikan laga bro..warnanya!..biru metalik, kuning, hitam menawan..siripnya sungguh mengujakan, kembang dan terlambai lambai dikala berenang..misainya meliuk lintuk, matanya!…ahh bro, sungguh mempersona!



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: