h1

petang di colaba

5, December 2010

Setelah 4 tahun berlalu, den kembali ke bumi penuh exotik ini. Kali ini ke tempat yang terkenal kerna Slumdog millionaire. Seperti lain2 bandar di benua kecil ini, sesak ! Kabarnya, penduduknya ialah 21 juta ! banyak tu beb.

Kesempatan hari minggu, dapek lah den jalan2 keliling kota. Dari hotel ke kawasan tumpuan pelawat-agak jauh, tak boleh nak naik autorickshaw, kenalah naik teksi. Untuk ke selatan teksi-walla bawa melalui jambatan baru Bandra Worli Sea Link, yang merentangi laut. Kalau diambil gambar dari daratan, begini lah gambarnya ketika matahari hampir terbenam.

Kami juga melaui tempat yang dipanggil Haji Ali Circle. Di situ terdapat satu bangunan yang di panggil Haji Ali Dargah. Kabarnya, Haji Ali yang terkenal alim di zamannya telah meninggal diMekah. Kerandanya kemudiannya didapati telah berada ditempat bangunan itu didirikan.

hajiali

Orang ramai tak putus2 ke sana, sama seperti yang kelihatan dalam gambar ini. Memang sungguh kata seorang kawan, orang2 kawasan sebelah sini memang sangat spritual. Betul atau tidak semua belakang kira.

Mulanya den ingek nak ke Marina Drive aje, dan kemudian berjalan ke Crawford Bazar, tenguk2 apa yang patut dibeli dan akhirnya ke Mohammed Ali Road untuk cari kedai makan, tapi setelah berborak dengan teksi-walla dalam rojak english-urdhu , dia kata nak bawak ke Colaba. Ada kedai makan Islami dan Gateway of India kata dia. Kedai nak beli saree pun ada berdekatan. Itu pun lepas den kato, nak makan dulu dan belibelah sikit.

Lapar pula rasanya masa tu. Dia bawa ke restoran Delhi Dobor. “Kana acha”, kata dia. Hajat hati nak makan Mutton Beriyani, tapi dah habis pula. Den pun minta Rosh Jogann untuk dimakan bersama nasi putih serta garden salad dan sweet lassi. Harganya sangat berpatutan dengan keadaan restoran dan layanan.

Lepas makan teksi-walla bawa ke kedai berdekatan untuk cari saree. Jenuh duduk situ, depa tunjuk lepas satu, satu. Sedar2, sudah hampir nak gelap dan sebuah beg sarat dengan kain ditangan. “Thalatash” biji semuanya kata pembantu kedai yang nampak macam boleh berbahasa arab, sama seperti penjual yang melayan den yang boleh cakap arab beserta dengan loghat2 tempatan Oman, Qatar, Jordan, Iraq dan macam2 lagi. Rupanya dia pernah tinggal ditimur tengah selama 32 tahun ! Aduh, den berharap dalam hati sangat2 untuk berkebolehan seperti dia, tidak lah hanya boleh cakap arab seperti urdhu juga, hanya “tora-tora” saja.

Semasa balik, teksi-walla bawa juga melalui Gateway of India walau hari telah gelap dan sesak dengan manusia  dan kereta yang bersimpang siur dengan kereta kuda. Beginilah gambarnya jika den dapek berhenti mengambil gambar.

Sesak di mana2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: