h1

Sabar pada tempatnya

21, March 2010

Seperti mana2 perkara, sabar juga perlu pada tempatnya. Penyalahgunaan sabar membawa pada musibah yg lebih besar.

Sabar perlu disusuli dengan tindakan yg sesuai dengan keadaan.

Masalan, sabar bukan bermaksud terus berdiam diri.

Jika kaum keluarga terdekat (anak dan isteri) membuat kemungkaran dan kemaksiatan, disamping SABAR, perlulah ditegur dan dinasihati supaya kemungkaran dan maksiat tidak berterusan dilakukan.

Jangan lah berdiam diri dengan alasan SABAR !

Begitu juga, bila kita ditimpa musibah dan bencana. Bersabar bukan bermaksud kita berpeluk tubuh, mengeluh nasib, dan pasrah, hanya berserah pada nasib sahaja.

Belajarlah dari kesilapan diri kita yang menyebabkan kita ditimpa musibah tersebut, agar tidak ditimpa musibah seperti itu lagi. Istighfar lah kerana menurut firman Allah, (Asy-Syura, ayat 30) kesusahan/bala bencana yg menimpa adalah disebabkan apa yg kita lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) ; dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kita.

Berusahalah sedaya-upaya untuk mengatasi musibah tersebut. Sebagai contoh, jika seorang pelajar selalu ketinggalan dalam pelajaran, dia perlu berusaha sedaya-upaya agar dia tidak lagi ketinggalan. Dia tidak boleh mengeluh dan menyerah kepada nasib bahawa dia tidak pandai.

Jika sesuatu musibah berulang kembali, walaupun kita telah berjaya mengatasinya sebelum ini, kita perlu terus belajar dari kesilapan yang mungkin kita tidak sedar sehingga berlakunya musibah tersebut.

rujukan : MUISPenyalah-gunaan Sifat Sabar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: