h1

Hanya di Kairo

25, February 2010

Di satu masjid di Kairo, semasa jemaah hendak memulakan solat jenazah datang seorang lelaki meminta imam jangan memulakan solat kerana dia ingin berkata sesuatu. Dia berkata yg si mati ada berhutang dengannya dan meminta jgn dimulakan solat jenazah hinggalah hutangnya dibayar dahulu. 2 orang anak simati yg ada disitu dengan sedih nya meminta supaya diselesaikan mayat bapa mereka begitu juga dengan para jemaah yg lain. Namun dia masih berkeras dan berteriak2 meminta hutang nya diselesaikan. Oleh kerana ramai yg tak tahan kerenah dan simpati dengan si mati, maka ada lah beberapa jemaah yg mengumpulkan duit utk dibayar kepada orang tersebut. Selepas cukup, baru lah mereka memulakan solat jenazah.

Selepas solat, tiada sesiapa pun yg mengambil jenazah untuk dikebumikan, hatta anak si mati pun tidak kelihatan. Setelah agak lama menunggu, maka para jemaah lain pun merasa hairan, lalu mereka pun membuka keranda jenazah untuk mengetahui jenazah siapakah yg mereka solat kan tadi.

Bila dibuka, kehairanan menjadi kepelikan lalu bertukar menjadi kemarahan dan juga kelucuan….waduh2… rupanya bukannya ada mayat,  hanya karpet yg digulung2 dan dibungkus dengan kain kapan !

dan si anak dan si peminta hutang hilang bersama bertebarannya debu2 jalan Kairo…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: