h1

telah tiba waktunya menyahut seruan

22, November 2009

telah tiba waktunya buat  tetamu2 allah menyambut seruan nabi ibrahim beribu2 tahun dahulu. dari segenap penjuru alam, dari udara,

lautan

dan darat,

semuanya menuju ke tanah diberkati, tanah paling mulia dimuka bumi.

hayati lah pengajaran disebalik semua amalan2 haji.

perhimpunan agung dibumi arafah, tiada bezanya antara pemimpin negara dan rakyat biasa, pakar ekonomi atau para petani, peniaga mahupun pekerja. walau kulit, mata dan rambut berlainan warna dan repabentuk tapi semuanya berpakaian sama warna dan seragam bentuknya. dengan satu niat dan satu suara, hanya pengampunan diminta serta pelbagai pengharapan di waktu2 qabuliat begitu. begitulah hakikatnya disisi Yang Maha Berkuasa, tiada yg membeza kecuali taqwa semata2. mengingatkan kita juga yang ummat ini perlu sentiasa bersatu bagai satu badan, barulah ada kekuatan dan tidak diperkotak-katik, malah mendapat bantuan ghaib dari Yang Maha Berkuasa.

sebagaimana bersemangat melontar jamrat begitulah hendaknya bersemangat untuk melontarkan seruan2 syaitan jauh2 dari kehidupan.

ketika bersusahpayah melaksanakan kerja2 haji hayatilah pengorbanan yg dibuat oleh keluarga Ibrahim a.s dalam mentaati perintah Allah. semuanya diabadikan dalam kerja2 haji yg akan dibuat oleh semua muslim hingga hari kiamat. begitulah mulia nya pengorbanan kerana Allah.

dan amalan korban setiap kali eidul adha yg berkaitan rapat dengan haji juga sempena perintah allah  untuk ibrahim a.s. menyembelih ismail a.s. setelah kerap melihat korban lembu2 di malaya dan sempena merayakan hari raya korban dibandar padang pasir ini, adakah agaknya peluang untuk melihat korban unta  pada tahun ini ?

 

apa2 pun, samada kamu diberi kesempatan ketanah mulia atau berada dimana sahaja dimuka bumi ini, ingat lah pengorbanan yg ditunjukkan keluarga Ibrahim a.s. semata2 untuk Allah s.w.t. semuga kita tidak malas untuk menyahut seruan untuk bersusah payah sedikit untuk kepentingan Allah dan agama.

semuga mendapat Haji Mabrur wahai tetamu2 Allah !

[gambar2 dari sini http://justquraan.wordpress.com/2008/02/07/old-hajj-pictures/ ]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: