h1

Angin keinsafan 15 Ramadhan

6, September 2009

Hawa musim panas semakin berundur. Ketika Ramadhan menjelang sampai ke pertengahannya, keperitan insan2 mewah dan berkeupayaan semakin berkurangan. Derita seperti yg dirasai insan2 kelaparan sehari2 sudah kurang terasa. Derita keperitan insan2 fakir miskin yg sering kekosongan perutnya, bukan hanya satu bulan sahaja, malah berpanjangan. Itulah keperitan yg telah kian kurang terasanya kerana berpuasa 15 hari. Itupun juga kerana hikmah dan berkahnya sahur dipagi hari. Bagaimanakah bagi mereka yg tak punya apa2 digerobok dapur, malah dapur sering tidak berasap kerana tiada apa yg ada untuk dimasak, malah tiada apa2 untuk buat bersahur ?

Ramadhan mengajar insan2 yg punya segalanya untuk kenal erti kelaparan. Betapa peritnya menahan lapar dan dahaga. Segala kesakitan yg berpunca dengan kelaparan akan dirasa. Gastrik, kembung dan pelbagai lagi. Kelaparan yg bukan sebab tiada keupayaan mendapatkan makanan, tetapi kerana perintah dari Allah azza wajalla.

Namun, sudah insafkah kita dengan penderitaan orang yg tak punya apa2 untuk dimakan sehari2 ? Adakah ianya dapat menimbulkan sekelumit azam dihati untuk membantu mereka yg fakir miskin ? Adakah ianya telah membenihkan tekad untuk terus memberi kepada yg memerlukan bukan hanya dibulan Ramadhan ini sahaja, malah terus-terusan sepanjang tahun ?

Muga angin 15 Ramadhan ini dan dihari2 seterusnya akan terus meniup masuk kedalam setiap rongga yg terbuka dan menjalar menyusuri salur2 darah dan terus menusuk kedalam hati sanubari lalu  membenihkan serta mencambahkan butir2 keinsafan yg akan tumbuh segar membugar menjadikan kita insan2 yg peduli dengan sesama insan. Muga menjadikan kita tekun memperhatikan masyarakat sekeliling agar tidak ada yg kelaparan disebelah rumah, sedangkan kita terduduk kekenyangan. Muga menyedarkan kita yang HablumminALLAH perlu berjalan seiring dengan Hablumminannas dan hak sesama insan perlu ditunaikan. Hak orang miskin ada pada kamu wahai orang kaya !

Muga angin 15 Ramadhan terus menyegarkan semangat keislaman dalam diri.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a. daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. [Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: