h1

Iqama dan kisah2 yg lain.

14, July 2009

[Para expat di sini diwajibkan mempunyai iqama (work permit). Iqama ada lah kad pengenalan untuk para expat. Tanpa iqama, semua urusan menjadi sukar spt nak buka akaun bank, nak memohon lesen memandu dan segala macam urusan lain yg berkaitan dengan pihak kerajaan atau lain2. Polis dan pihak berkuasa selalu membuat operasi menangkap pekerja2 yg tidak ada iqama, pendatang haram lah kiranya tu]

Alkisah al awal

Beberapa orang sedang bersedia untuk bersolah. Berlaku lah tolak menolak antara mereka untuk menjadi imam. Seorang bhai pakistani yg kelihatan layak untuk menjadi imam di anjurkan oleh yg lainnya, dan dia pun kedepan untuk menjadi imam. Beliau terus memulakan solah dengan bertakbir dan membaca AlFatihah.

Seorang makmum saudi telah menyebut “Iqamah !” kerana solah telah dimulakan tanpa qamat. Bhai tu terus juga solah. Saudi tu terus-terusan sebut dengan lebih kuat  “Iqamah…iqamah…” .

Tak semena2…bhai yg jadi imam tu telah lari dengan kelam kabutnya keluar solah dan keluar dari masjid.

(Mungkin dia pikir yg saudi tu penguatkuasa yg sedang meminta iqama untuk diperiksa.)

Alkisah al Thani

Sebuah zoo telah menerima seekor harimau sebagai residen terbarunya. Pada hari pertama, dia telah diberi makan pisang. Harimau berpikir, mungkin esuk nya dia akan diberi makan daging seperti sepatutnya. Esuknya, para penjaga zoo masih menyediakan pisang. Begitu lah hingga seminggu lamanya. Harimau pun telah hilang sabar. Kenapa dia tidak diberi daging ? Penjaga zoo tidak tahukah yang harimau makan daging ?

Bila penjaga zoo datang, maka harimau pun bertanya ” Kenapa hari2 bagi pisang ? Bukankah makanan harimau adalah daging ? ”

Penjaga zoo pun jawap ” Memanglah daging tu makanan harimau, tapi kamu tu dibawa masuk ke Saudi dengan iqama monyet, sebab tu lah kami beri makanan monyet !”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: