h1

Foul wa laham dan pisau cukur cap buaya

23, February 2009

[dari seorang Zoul]

Dinegara Zoul sebuah kedai baru menjual kacang foul sebagai hidangan utama telah dibuka. Didepan kedai terpampang papantanda kedai yg berbunyi, ‘Foul berserta daging’.

Ramai lah pelanggan datang untuk merasakan kelainan dan kelebihan foul berserta daging yg tiada dijual dimana2 kedai makan yg lain.

Tapi hairan sungguh. Foul yg dihidangkan sama sahaja seperti foul biasa. Tiada pula terasa isi dagingnya. Semua pelanggan merasa begitu.

Sekumpulan anak muda juga datang untuk mencuba. Mereka meminta foul untuk lapan orang. Bila pesanan tiba dan mereka merasanya, masing2 tertanya2, apa beza nya foul disitu dari kedai2 yg lain ? Mereka mula berkata yg tuan punya kedai telah menipu mereka.

Tuan punya kedai dipanggil dan di tanya, mengapa diatas kedai ditulis ‘Foul dan daging’ tetapi sebenarnya tiada sedikit pun daging dalam foul yg dihidangkan ? Adakah dia hendak menipu pelanggan ?

Beliau menjawap, ‘Ya shabab, jika kamu lihat pada kotak pisau cukur, kadang2 ada gambar buaya, kadang2 ada gambar singa dan kadang2 ada gambar helang. Tapi bila kamu beli pisau cukur tu, adakah kamu dapat buaya, atau singa atau helang ? Begitu juga dengan barang2 lain, ada saja benda2 lain yg diletak bersama barang2 tersebut, tapi bila kita beli, tidak pula dapat benda2 yg digambarkan. Dah..sekarang pergi makan foul tu dan jangan bising2 !’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: