
kelas dunia beb !
1, February 2009di sini ramai yg setuju, ‘first world technology, third world mentality’. teknoloji semuanya canggih, tetapi supporting resources hampeh !
walaupun kadang2 customer service sangat lembab, bengung dan menyakitkan hati tetapi applikasi bank dalam talian sangat menakjubkan dan memudahkan urusan seharian.
daftarkan sahaja bayaran apa yg ingin dibuat, samada bil elektrik, kad kredit (walaupun dari bank lain) atau bayaran hutang bank (walaupun dari bank lain juga). voila ! setiap bulan akan terpapar berapa bayaran yg perlu dibuat. tidak perlu masukkan jumlah yg perlu dibayar, semuanya akan terpapar seolah2 dari sumbernya sendiri.
semasa membuka laman kawanku semalam, terpapar mesej “Malaysia’s First Bank to present Online Bills” dimuka depan.
oooo…. baru nak mula ropanya depa yer….
Leave a Reply